Alhamdulillah, Khamis 3 hari lepas, kami sekeluarga selamat kembali ke rumah setelah seminggu menghabiskan cuti di rumah mertua di Terengganu.

Perjalanan pada hari tersebut berjalan lancar dan Alhamdulillah tidak tersangkut dalam mana-mana kesesakan jalan raya seperti lazimnya sebelum ini. Balik 3 hari lebih awal ni pun adalah satu strategi untuk mengelakkan ‘jam’ di samping menjimatkan penggunaan petrol. Ye lah, kalau dah stuck beberapa jam kat atas bukit Lebuh Raya Timur-Barat tu, tak ke surut tangki minyak tu kan… emmm nasib baiklah Shell sentiasa jadi pilihan kami . SHELL, Go Further ! Hehehe … apa kes ni bodek-bodek Shell pulok 😀

Haha, sebenarnya ada satu cpuv ‘Shell Helix- Love My Engine’ sedang running kat blog ni. Kalau ada nampak iklan, sila klik tanda like 😀
Ok, berbalik kepada cerita balik kampung ni, sama seperti setiap kali cuti, keropok keping, keropok lekor dan budu adalah buah tangan yang tak pernah lupa dibawa balik untuk kaum keluarga dan jiran. Ha ha, sukonye ..orang Perlis dapat makan berudu, opps budu. Ngeeehe

Namun kali ini, di samping semua buah tangan yang disebutkan tadi tu, saya juga bawa balik 2 balang puri @ pati buah durian belanda. Bukannya tak ada kat sini, tapi dah kebetulan berjumpa dengan agennya, so saya beli siap-siap 2 balang sebagai stok bulan puasa. Haaa, jangan tak tau pulak, ini antara jus feveret Cik Kiah okkkk.

Popular pulok ekk minuman tu kat sana . Semasa singgah kat gerai dan restoran di Kelantan & Terengganu, kelihatan banyak poster minuman ni dengan istilah Jus Buah Kampung. Mulanya saya ingatkan buah apa la pulak, rupanya buah durian belanda.

Ok, kalau ada yang tak kenal buah durian belanda, sila lah belek puas-puas gambornye kat sini ye.

 photo ca6f837b-e052-465b-ad38-8547cfd4cdbd_zps6kbk7bgr.jpg

Nak dijadikan cerita, semalam semasa ke pasar pagi atau lebih dikenali sebagai ‘ Nat Sabtu ‘, kebetulan jumpa dengan seorang lelaki tua menjual buah durian belanda. Sebenarnya, amat jarang sekali dapat melihat peniaga di sini menjual buah tersebut. Mungkin kerana pokoknya yang semakin pupus, atau generasi sekarang memang tak makan buah durian belanda ni.

Dek kerana sifat asal saya yang suka bereksperimen, saya beli buah 3 biji buah ni dengan harga RM 15 sekilogram. Tak taulah sama ada ini memang harga pasaran semasa atau pakcik tu yang ‘cekik’. Astagfirullah, ya ampunnn … tak baik berprasangka.

Salah sebiji daripadanya sudah masak ranum, manakala 2 biji lagi perlu diperam. Saya beli kerana hendak dibuat jus durian belanda segar dan nak buat perbandingan rasa dengan pati buah yang dibeli sebelumnya. Sama ke tidak …

Di rumah, tanpa membuang masa saya gunakan sebiji buah yang masak ranum tu untuk dijadikan jus durian belanda. Of course la jus durian belanda kan. Takkan la guna buah durian belanda untuk buat jus epal pulak hihihik… magik la kalau boleh buat macam tu kan.
Cara untuk buat jus durian belanda ni tersangatlah mudahnya. 10 minit terus boleh siap dan minum.

Cara Buat Jus Durian Belanda

  • Oleh kerana buahnya dah masak ranum, saya just koyakkan kulitnya untuk ambil isinya yang putih tu.
  • Asingkan biji nya ( bijinya lebih kurang macam biji buah ciku ).
  • Masukkan isi buah tu ke dalam blender.
  • Campurkan dengan air dan beberapa sudu gula lalu blend sampai halus.Ok, done. Ready to drink
Kredit : Puriasli.Com

Yang seronoknya, rasanya memang amazing. Sooooo sedap ! Betul-betul sama seperti puri buah dalam balang tu. Tapi ekk, lagi power yang fresh dari ladang ni. Rasanya pekat, sedap dan pure. Memang best lah . Nak-nak lagi minum pada waktu cuaca panas. Sejuk aje rasa tekak..

Dikatakan jus durian belanda ni sesuai dan berkesan untuk merawat banyak jenis penyakit terutama kanser. Saya kerap dah mendengar tentang jus durian belanda ni dapat merawat kanser, tapi maaflah tak pasti pula untuk kanser apa. Dalam kes ni, untuk merawat penyakit, sediakan jus durian belanda ni tanpa gula. Makan begitu saja pun boleh.

Ada juga petua orang tua-tua yang mengatakan bahawa tangkai dan daun buah durian belanda ni juga berkesan untuk menghalau tikus. So, kalau anda ada masalah tikus di rumah, letakkan saja beberapa tangkai daunnya di atas siling atau lain-lain kawasan serangan. Tapi minta maaflah, ia sama sekali tak berkesan untuk menghalau ‘ tetikus ‘ …hehe.

Ok, jom jadikan jus durian belanda ni sebagai minuman berbuka puasa nanti. Mungkin juga jus ini sesuai dijadikan sebagai sebahagian daripada menu dalam bisnes air anda pada bulan Ramadhan nanti 🙂

Related Posts

7 thoughts on “Jus Durian Belanda

  1. Pati durian belanda asli untuk dijual..

    – 1 Kg RM 30
    – Penghantaran RM 5 sekitar Putrajaya, Bangi,
    Dengkil, Cyberjaya..
    – Penghantaran ke lokasi sekitarnya juga
    dipertimbangkan.
    – Diskaun dan COD pembelian melebihi 10kg

    Jika berminat boleh hubungi saya
    Sharifah
    Whatapp 0196671614

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *