Salam Ahad

Ke mana anda dan keluarga cuti kali ini ? Jika masih belum ke mana-mana, rancanglah ke mana-mana destinasi yang sesuai . Dekat pun ok, janji bercuti. Ini peluang untuk merapatkan semula ikatan kekeluargaan, meredakan ketegangan atau stress di samping memberi pendedahan dan pengalaman baru kepada anak-anak. At least celik juga minda mereka tentang budaya sesuatu tempat kan … 🙂 Haaa, tak betul ke apa yang Cik Kiah perkatakan tu ?

Eceli, Cik Kiah sendiri sekarang ni berada di Terengganu. Bukan lah bercuti sakan, cuma dah memang acara tahunan balik ke rumah mertua kat sini. Semalam siap sambut birthday, hadiahnya makan ikan baung masak tempoyak jer. Eh eh kepoh nak bagitau birthday Cik Kiah sama dengan DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong lagi tau … hehehe. Kepoh laaa sangat 😀

Ok , serius !

Sebenarnya entri yang hendak dibincangkan hari ni adalah berkaitan 5 tips asas jika hendak membela kucing. Emmmm kucing lagi … 😐

Iye lah, nak buat macam mana kan. Tuan blog ni peminat kucing, jadi memang tak lepaslah daripada bercerita tentang kucing. Teringat 6 ekor kucing ( asalnya 11, tapi 5 dah mati kerana penyakit ) yang ditinggalkan kat rumah, dah diberi makan ke belum ..

Sebagai panduan kepada yang berura-ura atau ada angan-angan nak membela kucing, di sini saya kongsikan 5 tips asas jika hendak membela kucing sebagai persediaan atau jaminan awal , agar anda dapat membela mereka dengan baik.

1. Minat

Apa-apa sekali pun yang dilakukan jika tanpa minat, biasanya akan dilakukan sambalewa. Tanpa kesungguhan, kemungkinan kucing yang anda bela akan terabai baik dari segi pemakanannya, jenis dan bentuk rawatan bagi penyakitnya serta keperluan fizikal dan emosinya yang lain. Jika ini berlaku, jelas sekali anda sedang melakukan penganiyaan terhadap haiwan. Emmm, jangan lupa kucing pun makhluk Tuhan yang ada emosi ye ! Hehe 😀

2. Kesesuaian persekitaran

Jangan lupa ambil kira tentang ini. Sama ada anda tinggal di rumah yang luas, rumah sewa,apartment, rumah berdekatan jalan raya atau apa saja berkait dengan ruang, persekitaran dan keselamatan. Sebagai contoh, jika anda menyewa, penting untuk anda memaklumkan atau mendapatkan kebenaran terlebih dahulu daripada pemilik serta penghuni yang berdekatan agar di kemudian hari tidak timbul masalah atau bermasam muka sesama jiran hanya kerana masalah bau hancing kucing,kucing berak merata-rata dan sebagainya. Jika rumah terletak berdekatan jalan raya pula, anda ada risiko besar kucing anda dilanggar orang. Walau bagaimanapun, ini bukanlah penghalang besar untuk anda membela kucing kerana setiap masalah tentulah ada jalan penyelesaiannya bukan .. orang kata hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

3. Kesesuaian baka atau jenis kucing yang hendak dibela

 photo 7989dee0-e18c-43bf-aa88-7aa60e903582_zpsy2zdnrle.jpgIni pun agak penting untuk diketahui. Jika anda hendak membela kucing, pastikan anda memilih baka kucing yang sesuai mengikut gaya hidup anda dan keluarga. Ya, usah terkejut … jenis kucing pun perlu dipilih mengikut gaya hidup anda. Personaliti kucing berbeza-beza begitu juga dengan kecenderungan terhadap sesejenis penyakit. Ada sesetengah kucing yang sangat manja dan mengharap perhatian yang lebih daripada pemiliknya manakala sesetengah kucing yang lain pula lebih ‘tertutup’, ‘ cool’ , bersifat aktif dan tidak suka dipeluk belai. Jadi pilihlah seekor yang sesuai. Pada zaman teknologi seperti sekarang ini, anda boleh mengenalpasti baka kucing yang sesuai dengan hanya melayari Petfinder.

4. Budget bulanan

Budget bulanan yang dimaksudkan di sini adalah budget khas untuk kos makanan kucing, rawatan dan ubatan bagi penyakit-penyakit kucing serta keperluan lain seperti syampu mandian kucing, pasir , sangkar dan sebagainya lagi.

5. Penerimaan dan kerja sama ahli keluarga

5 Tips asas jika hendak membela kucing yang terakhir  ini sangat penting bagi menjamin anda mendapat sokongan penuh daripada ahli keluarga yang lain. Penerimaan dan kerjasama ahli keluarga akan membantu memudahkan anda menguruskan kucing-kucing anda terutama pada masa-masa anda sibuk dengan tugasan lain, ketika anda out station atau mungkin juga ketika anda tidak sihat. Tugas-tugas memberi makan, merawat, membersihkan kucing, membersihkan kotak najis serta sangkarnya boleh diagih-agihkan. Jadi tidaklah anda lelah sendirian kan ..kan .. kan

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 Comments

  1. Saya ada 2 kucing kat umah hasil pemberian jiran, mula2x tak berapa suka sangat lama2x jadi suka siap rindu2x lagi. hahaha

  2. dulu pernah bela.

    la ni, dah tak bela dahh..

    bela anak je. hehe

  3. saya ada banyak kucing tapi bukan kucing bela. kucing2 ni suka datang kat pintu belakang bila lapar. peluang nak buat sedekah dengan bagi kucing makan in shaa Allah.

    1. Author

      Betul, bagi kucing makan pun dianggap sedekah … dan kadang-kala membuka pintu rezeki untuk kita. Biasanya, sekali bagi kucing makan, ia akan lekat terus kat rumah kita kan. itu pun boleh dianggap berbuat kebaikan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me