Nak tahu tak bagaimana cara hilangkan hanyir ikan patin masak tempoyak ?

Syawal ke 8 hari ini, tekak dah tak ada selera nak makan daging, rendang dan yang seangkatan dengannya.

Yang terbayang sayur manis rebung, sambal belacan dan ikan gelama masin. Fuhhh, menitik air liur kalah orang mengidam 😀

Kebetulan ke pasar beberapa hari lepas mencari stok bahan memasak tapi sayang sekali bayang pak cik yang berniaga menjual ikan gelama masin tu pun tak nampak. Apa lagi yang menjual rebung segar .. hmm 🙁

Lepas tawaf dua tiga kali , terjumpa peniaga yang menjual ikan patin. Bukan ikan patin buah macam yang terkenal di Temerloh tu. Ini ikan patin apa saya pun kurang pasti. Isi ikan patin yang siap dipotong ni warnanya kekuningan. Mungkin ikan patin kolam agaknya.

Tak kira lah isi kuning atau isi putih, memang agaknya dah tertulis rezeki si abang. Menu ikan patin masak tempoyak adalah menu kegemaran si abang , anak sulung saya.

Bila bercakap pasal menu ikan patin masak tempoyak ni, teringat Kuala Jengal yang terletak di bahagian Hulu Dungun, jalan sama sebelum berjumpa dengan Pasir Raja.

Di Kuala Jengal inilah , kali pertama saya makan ikan patin masak tempoyak yang disediakan oleh seorang pekerja sekolah ketika hari perkhemahan unit beruniform berlangsung. Kali pertama menjamah ikan patin masak tempoyak, terus jatuh cinta dengan menu kampung ini. Banyak lagi menu kampung termasuk lemang dan rendang orang Kuala Jengal yang tak dapat saya lupa dan tiada tandingannya sehingga ke hari ini. Salute pada orang Kuala Jengal yang pandai memasak . Wahhh gituuu ..

Tapi bukan semua orang suka ye dengan menu ni. Mungkin disebabkan bau dan rasa tempoyak atau kerana hanyir ikan air tawar ni yang memang kalau tak kena cara buat, langsung hilang selera nak menjamah.

Jadi bagi menghilangkan bau hanyir ikan patin masak tempoyak ni, langkah pertama selepas mencuci perut dan darah-darah yang melekat padanya saya masukkan 4 sudu besar tepung gandum ke dalam bekas ikan tadi dan bilas-bilas dengan air bancuhan tepung tersebut lalu biarkan terendam selama 10 atau 15 minit.

Sementara menunggu , cuci beras untuk menanak nasi. Ambil kesempatan ini untuk simpan air cucian beras sebab ada gunanya nanti.

Selepas 10 atau 15 minit, keluarkan ikan patin tadi dan masukkan pula ke dalam air cucian beras yang disimpan tadi. Air bancuhan tepung rendaman pertama tadi jangan dibuang kerana boleh dicampur dengan air cucian beras rendaman ikan nanti untuk dijadikan bahan siraman pokok bunga. In Sha Allah subur je pokok-pokok tu nanti.

Ok, tempoh merendam ikan patin tu sama dengan proses pertama tadi iaitu biarkan terendam dalam tempoh 10 atau 15 minit juga.

Selepas tempoh tersebut , tos ikan patin tadi dan bilas dengan air bersih sebelum mula memasak.

Proses ini boleh dilakukan dan In Sha Allah berkesan untuk ikan-ikan air tawar yang lain seperti baung, haruan dan sebagainya.

Sebenarnya banyak cara diguna pakai dalam usaha menghilangkan bau hanyir ikan seperti menggunakan air perahan asam jawa, garam dan limau nipis. Namun dalam banyak-banyak cara saya suka dua cara di atas bagi menghilangkan lendir dan bau hanyir ikan air tawar.

Apabila selesai proses, boleh lah mula memasak dengan senang hati.

Terdapat banyak cara atau resepi ikan patin masak tempoyak mengikut versi daerah masing-masing. Tapi saya ikut cara yang saya pelajari dari orang Kuala Jengal. Hanya menggunakan 5 bahan asas sahaja iaitu cili padi / cili api, kunyit hidup , garam , tempoyak dan daun kesum

Cili padi ditumbuk lumat bersama kunyit hidup dan garam sehingga lumat . Masukkan ke dalam periuk bersama tempoyak dan air lalu renehkan sehingga mendidik barulah masukkan ikan dan daum kesum.

Kredit Google Images

Ok, itu ceritanya bagaimana cara hilangkan hanyir ikan patin masak tempoyak ikut versi den yang bukanlah pakar pun dalam bab masak-memasak ni.

Jom kongsi cerita atau resepi bagaimana cara memasak resepi patin masak tempoyak kat tempat korang di blog apacerita ini kalau sudi 🙂

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me