Kali ke-2, Blog Kena Hack

Kali ke-2 Blog Kena Hack

Awal Ramadhan ( 1445H / 2024 ) baru-baru ni tergerak hati nak menjenguk “cinta hati ” yang lama saya abaikan. Memang betul-betul terabai, bukan kerana bertemu cinta baru tapi ada sebab-sebab lain yang kalau nak diceritakan di sini, mungkin akan ambil masa 3 hari 3 malam . Haaaaahhh gituuuu 😀

Paparan awal muncul pesanan @ error 509 Bandwidth Limit Exceeded >>>your website is using more bandwidth than your hosting plan allows.

Masalah  509 Bandwidth Limit Exceeded & Cara Mengatasinya
Image pinjam dari Pakcik Google

Keesokannya masih serupa.

Wah, sempat lah perasan sekejap … blog kau mokcik walau tak diupdate sejak 2020, traffic bersesak masuk sampai cecah had bandwith. Cari resepi apa  lah agaknya kan hahaha..

Saya segera berhubung dengan khidmat pelanggan Sempoi Hosting. Yup. ini hosting provider yang saya guna since 2013. Kiranya 11 tahun dah bersama. Lamaaaaaa sangat dah kan..  Orang berkahwin, kalau tempoh ni agaknya dah bertambah 3 orang anak kot  huhuhu

Selepas itu dan ini, akhirnya tahu lah saya bahawa blog ini sudah beberapa minggu digodam. Patutlah tak keluar apa. Kena hack ! Dan mengikut SH, kemungkinan besar serangan DDos. Hmmm…. saya tak pandai sangat bab ni, tapi faham lah sikit cara kerja serangan DDos ni. Kalau nak tahu apa ke mende ni, goggle lah ya. Takut salah explain nanti dan tak membantu pun awak semua  nanti.

Banyak back up gagal dibuat, banyak file hilang, widget dan plugin pun lesap tapi Alhamdulillah dengan bantuan team Sempoi, saya  dapat semula blog ni.

Kalau anda scroll,scroll ke bawah … boleh tengok kan setiap entry dah hilang gambarnya…. Haaa, ini lah hasilnya yang dihadiahkan oleh Encik Hacker 🙁

Ini merupakan  serangan kali ke-2 dalam tempoh 11 tahun saya berblog.

Geram, sakit hati, letih sangat bila terkena hal macam ni. Namun saya bersyukur team SH sangat cepat membantu apabila diminta.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hari ni,sementara tak masuk kerja lagi saya ambil masa untuk fix sikit-sikit bahagian yang bermasalah.

Terkial-kial juga sebab dah 3 tahun lebih tinggalkan semua blog matters ni … Nasib lah kan…

Moral of the story, jenguk-jenguk lah blog anda kalau rasa blog tu masih diperlukan.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *