Marshmallow Elle : Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu dan Anak

Dengan Bismillah

Marshmallow Elle : Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu dan Anak dengan 11 pilihan warna kesukaan ramai sudah pun berada di pasaran dan tanpa perlu tangguh-tangguh lagi dah boleh anda dapatkan segera di sini 😀

Nak diingatkan sekali lagi, segera dapatkannya sebelum stock kehabisan sebab setiap tahun pasti berulang perkara yang sama. Bila dah 3 hari lagi nak raya , baru lah kalut nak order sedangkan masa tu tinggal kayu gulungan kain saja yang ada manakala abam posmen pun tak hengat dunia dah seronok dok mencucuh meriam buluh kat kampung ko .. huhuhu

Hihihi, gigih hakak karang ayat nak provoke korang supaya beli cepat tau .. tapi langsung tak termakan korang yer 😀

Ok, seriously …  Marshmallow Elle : Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu dan Anak adalah design terbaru keluaran Butik Tudung Si Comel khas untuk sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2019.

Rekaan menggunakan kain Moss Crepe istimewa ini kali ini menekankan konsep simple tapi elegan bagi memberi kelainan terhadap penampilan ibu-ibu dan anak-anak yang sukakan gaya ringkas namun dalam masa sama tetap mahu kelihatan cantik menawan. Hal ini demikian memandangkan terdapat banyak lambakan tudung instant berkepak kiri atau kanan sedangkan bukan semua sukakannya. Jadi dengan adanya Marshmallow Elle, tudung sarung terus tanpa bercorak ini dapat memberi pilihan kepada mereka yang sukakan gaya ringkas.

Lebih istimewa lagi, terdapat dua pilihan Marshmallow Elle iaitu dengan piping warna cream ( Marshmallow Elle C ) dan piping merah ( Marshmallow Elle R ) yang boleh dibeli pada harga hanya RM29.90 sahaja sehelai.

RM29.90 ini secara peribadinya bagi saya sendiri sebagai pengguna adalah satu harga yang sangat murah dan berbaloi untuk dibelanjakan. Jarang sekali kita jumpa harga tudung sarung instant dengan harga sebegini rendah. Lagi best tudung ini datang dalam versi sedondon untuk ibu dan anak. Memudahkan lagi urusan pembelian tudung raya memandangkan kedua-duanya ada di butik yang sama.

Ok, bagi memudahkan mak-mak puan-puan di luar sana untuk membuat pertimbangan sebelum membeli, apa cerita kata saya senaraikan di sini kelebihan tudung sarung instant Marshmallow Elle ye 🙂

Marshmallow Elle : Tudung Raya Sarung Terus Sedondon Ibu dan Anak

  • Dihasilkan menggunakan material Moss Crepe Istimewa. Memang sejuk dan selesa memakainya.
  • Ironless sebab kain ini jenis yang tak mudah renyuk
  • Awning scuba dijahit menggunakan teknik khas. Awning on point kata orang
  • Banyak pilihan warna ( 11 warna ). In Sha Allah pasti ada satu yang sesuai dengan baju raya tahun ni
  • Jahitan yang kemas dan teliti
  • Reben jenis pin yang boleh ditanggalkan dan diubah posisi pemakaian
  • Harga terlajak murah
  • Terdapat dalam banyak pilihan size dari sekecil umur 2 tahun sehingga size dewasa ( size L )
  • Jaminan 180 hari .. mana nak dapat yang macam ni weihh

Orait itu ceritanya tentang Marshmallow Elle : tudung raya sarung terus sedondon ibu dan anak . Bonus berganda lagi, jika beli dalam masa terdekat ini anda akan dapat sehelai tudung sama secara percuma untuk setiap pembelian 3 helai ke atas tauuuu . So, apa tunggu lagi ..moh ler kite 😀

Moga entry tudung raya kali ini dapat membantu memberi pilihan kepada yang masih belum siap menyediakan pakaian raya anak-anak. Boleh je lihat koleksi warna penuh tudung ini di Butik Tudung Si Comel atau boleh ke page Zaza Muslim untuk pembelian atau pertanyaan.

Selamat menyambut bulan Ramadhan untuk semua. Moga Ramadhan ini Ramadhan terbaik untuk kita .. In Sha Allah

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me