Sumber : Google Images

Wahai ibu bapa, berpada-padalah menakut-nakutkan anak …..

Anak adalah penyeri sesebuah perkahwinan. Juga amanah besar dariNya  agar terbentuk menjadi anak yang soleh dan berguna . Keletah mereka sentiasa mencuit hati namun adakalanya juga menuntut banyak kesabaran daripada ibu bapa.

Dalam menangani sesetengah perlakuan, kerap kali ibu bapa menggunakan kaedah mengugut dan menakut-nakutkan anak dengan tujuan untuk mengelakkan risiko atau implikasi negatif hasil perlakuan tersebut.

Contohnya kerana tidak mahu anak-anak bermain -main di dalam bilik air semasa mandi, ibu bapa  mengatakan ada ‘sesuatu’ di bilik air yang akan muncul dan ‘menunjukkan diri’ jika mereka bermain-main atau berlama-lamaan di bilik air atau tandas. Wajahnya menakutkan, matanya merah, taringnya yang tajam serta kukunya yang panjang dan lain-lain gambaran mengerikan diberi.

Muslihat sebenar tidak lain untuk mengelakkan berlakunya kemalangan di bilik air atau tandas memandangkan semua orang tahu bahawa kebanyakan lantai bilik air licin. Kemungkinan tergelincir, terjatuh dan kepala terhantuk pada dinding atau lantai. Sudah banyak juga kes di mana kaki terperosok dalam lubang tandas, tidak dapat ditarik keluar lalu terpaksa meminta bantuan daripada pihak Bomba dan Penyelamat. Itu belum lagi kes lemas di dalam baldi atau kolah takungan air.

Berpada-padalah menakut-nakutkan anak walaupun tujuan berbuat demikian adalah untuk keselamatan mereka. Ini kerana teknik mendidik dengan cara menakut-nakutkan mereka lebih banyak memberi kesan negatif kepada anak itu sendiri. Hasilnya memang tidak kelihatan dalam sehari dua. Tunggulah sehingga mereka sedikit membesar, barulah nampak kesannya.

Teknik Mudah Tapi Berkesan Mendidik Anak

Sebagai orang yang terlibat secara langsung dalam bidang pendidikan, saya dan rakan sekerja bukan sekali berhadapan dengan masalah murid kencing atau berak di dalam sekelas. Bukan kerana takutkan guru tapi takut hendak ke tandas. Apabila disoal, antara jawapan yang keluar takut terjumpa dengan hantu !

Lihatlah bagaimana perbuatan menakut-nakutkan itu yang pada mulanya bertujuan mencegah menjadi punca kepada masalah lain pula.

Dari aspek pembangunan diri, anak-anak ini membesar menjadi pelajar yang kurang keyakinan diri, sentiasa bergantung kepada orang lain dan tidak mempunyai keberanian serta kurang berdikari. Adakah anda sebagai ibu bapa mahu anak-anak anda membesar menjadi golongan begini ?

Justeru, berpada-padalah menakut-nakutkan anak 🙂

Dari aspek kesihatan pula, ketakutan berlebihan juga boleh mendorong kerosakan sel otak. Kerosakan sel otak ini boleh menjadi punca penyakit Alzheimer, Parkinson, nyanyuk sebelum masanya ( premature senility ) dan juga mempercepatkan proses penuaan ( Sumber: 365 Tip Sihat Gaya Rasulullah oleh Dr. Mohammad Ali Toha )

Dari sudut agama, bagi memberi kekuatan pada hati daripada kebimbangan dan ketakutan selalulah membaca :

12 Comments

  1. ketika zaman dulu kebanyakan ibu bapa sengaja menakutkan anak-anak mereka supaya tidak melakukan sesuatu yang tidak baik.. ianya tidak lagi sesuai pada zaman kini memandangkan kemungkinan boleh membuatkan anak-anak menjadi trauma dan seorang yang pasif..

  2. Memang dah tak buat benda2 macam ni. Kalau tak nak anak buat itu dan ini, saya akan terangkan kenapa sebabnya.

    Biarpun byk kali, tp itu lebih relevan dan lebih senang diterima anak2

    terima kasih sis dja berkongsi

    1. Author

      Budak2 sekarang lebih cerdik dan terbuka, jadi mendidik kena ikut zaman mereka

  3. kalau dulu memang anak-anak selalu ditakutkan sebagai satu cara untuk melarang anak-anak dari buat sesuatu tapi sekarang ni tak releven dah cara tu kan. Lebih elok terangkan kepada anak-anak kenapa mereka dilarang membuat sesuatu perkara itu

    1. Author

      Ya,sebaiknya terangkan sebab dan akibatnya … tak perlu berselindung di sebalik macam2 alasan

  4. betul2.hehe. tak leh la nak buat mcm tu. nanti kalau budak dah biasa ditakut mcm tu, sampai ke besar jadi penakut.huhu

    1. Author

      Betul tu Pahan…nanti bila dah kahwin n ada anak, kena laa belajar 😀

  5. memang cuba elak menakutkan anak2 sebab susah saya nak buat kerja lain nanti, skrg ni diorg boleh ke bilik air, ke dapur sendirian, takdelah perlu berteman even nak buang air kecil, hmmm ibu ambil kesempatan hehehe

  6. Memang betul la, orang kita suka ambil jalan mudah dengan takut-takutkan anak-anak. Kadang-kadang saya juga terikut-ikut…sebab mudah. Perlu berhati-hati selepas ini. TQ

    1. Author

      Semua orang pernah buat salah. Yg penting kita belajar dari kesalahan dan bersedia memperbaikinya

  7. budak2 sentiasa ditakutkan dengan hantu
    memang tak sepatutnya begitu

    1. Author

      cara nenek moyang kita dulu memang begitu, tapi tak relevan lagi pada zaman sekarang

Leave a Reply to ajumohit Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *