
Salam Sejahtera
Sudah hampir seminggu bumi Kota Gapura ini basah dengan hujan. Adakalanya lebat, ada waktu-waktunya sekadar gerimis. Pagi dan petang berselang seli. Rezeki petani yang baru saja selesai membajak, sebahagian kecilnya sudah pun mulai menabur benih. Tapi saat titis air yang jatuh dari sarat perut awan itu menujah keras dan kasar, hati mereka dibajai kebimbangan. Bimbang didatangi banjir mengejut, akan habislah anak padi dihanyutkan air.
Banjir atau tidak, inilah yang dikatakan kekuasaan Allah. Rahmat dari hujan yang turun, dariNya rezeki datang, kepadaNya juga ia kembali.
<< Panduan & Tips Murah Rezeki >>
Hujan yang turun sekejap-sekejap tetapi kerap ini membawa angin sejuk dan virus selesema. Inilah keadaannya sejak seminggu lebih, ada kemungkinannya tempias daripada banjir yang sedang melanda wilayah Bangkok di Thailand.
Ramai yang demam-demam, batuk-batuk dan disusuli gejala seakan asma.Hal sama yang tak terlepas dari melanda kami sekeluarga. Bermula dengan saya sendiri 4 minggu lepas, diikuti si Hafiy, kemudian berjangkit kepada Mr Hubby. Berpindah semula kepada saya sekali lagi, barulah menghinggapi si Abang. Hmm, beginilah agaknya apabila umur makin meningkat dan antibodi menjadi begitu lemah 😐
Apalagi lawan ‘berkokok’ lah kami siang dan malam. Waktu ini segala petua mengatasi batuk dicuba. Terbaru disarankan cuba minum air coca-cola suam yang telah dididihkan, malangnya satu pun tak menjadi 🙁 . Akhirnya klinik juga jadi pengubatnya.
Di sekolah, ramai murid yang demam-demam dan batuk-batuk. Terbaru, hari ini adik kepada seorang murid kelas saya dimasukkan ke wad kerana demam yang tak kebah-kebah. Keadaan yang sama juga melanda rakan guru. Di celah-celah kesibukan menghadiri kursus itu dan ini, satu senario biasa menjelang hujung tahun sebagai persediaan P&P tahun mendatang, ramai yang bercuti sakit kerana virus selesema yang bagi saya ini sedikit aneh. Ramai guru bercuti sakit dan berkursus, bermakna bertambah beban mengajar pada hari tersebut kerana guru yang ada terpaksa ‘cover’ kelas-kelas lain yang tidak berguru. Siapa kata kerja guru itu mudah ?
Demam sedikit, banyak urusan terjejas. Belum lagi diuji dengan penyakit berat. Betapa kuasa Allah itu besar, mengatasi segala yang ada.
Apabila difikir-fikirkan semula, angin sejuk saat bahang panas melanda berbulan lamanya, hujan yang turun, padi yang tumbuh, penyakit yang menimpa … semua ini adalah tanda-tanda kekuasaanNya. Tanda-tanda kebesaranNya buat yang mahu berfikir !
semoga akak n family sihat sentiasa, malam2 skrg ni panas je rasanya kan kak, moga kita semua sentiasa dirahmati Allah
TQ Aju.. sebelum ni memang panas malam2, tapi sejak datang angin sejuk ni, tidur wajib ada selimut….trrr sejukkkkk
Semoga cepat sembuh ye kak. Kena banyak minyak air suam. Kalau tak memang senang selsema dan batuk.
TQ Hazmin kerana doakan … memang tabiat buruk dari dulu, kurang minum air suam. Lepas ni kena ubah tabiat
syukur saya sembuh tapi teruk juga seminggu demam lepas itu seminggu batuk-batuk..berikutnya selsema..la anak pula demam seminggu lepas itu batuk-batuk.dan ok lepas tiga hari ok dia demam hua..ni batuk2 ada sampai muntah2..
baik dewasa, kanak-kanak gejala cuaca sekarang memang tak menentu apa lagi hujung tahun.sekarang kami pergi mana-mana hata keluar rumah mesti bawa baju sejuk, ubat balm, kalau anak selalu hujan ada bawa stokin dalam beg tangan..
semoga admin segera sembuh.amin
T.kasih Suri kerana doakan
moga2 kita akan terus berfikir
insyaallah
ya…mudah-mudahan