PERMOHONAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN SEPTEMBER TAHUN 2013 BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPLD) KINI DIBUKA

 

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia bermula hari ini ,10 Jun 2013 sedang membuka tawaran kepada mana-mana guru atau Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma ( PPPLD ) yang berminat untuk mengikuti Program Pensiswazahan Guru bagi ambilan September  tahun 2013.

Permohonan secara online ini akan dibuka sehingga 14 Julai 2013 . Antara syarat utama permohonan, pegawai yang memohon mestilah berusia 49 tahun  dan ke bawah pada 31 Disember 2013  iaitu mereka yang dilahirkan pada tahun 1964 dan ke atas.

Bagi melihat atau memuat turun maklumat lanjut tawaran  seperti iklan atau surat siaran program, kalendar program pensiswazahan serta  bidang pengajian yang ditawarkan, anda bolehlah  pergi ke pautan PPG Ambilan September 2013.

Untuk mengisi borang permohonan pula, sila klik pautan ini.

Selamat memohon.

Related Posts

6 thoughts on “PERMOHONAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) AMBILAN SEPTEMBER TAHUN 2013 BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN LEPASAN DIPLOMA (PPLD) KINI DIBUKA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *