Aura atau semangat Ramadhan dan Hari Raya Puasa nampaknya sudah mula bertebaran di serata alam. Yang dah pergi tempah baju kurung peplum untuk anak, yang siap mimpi bangun sahur … 🙂 macam2 lagi lah. Itu belum betul2 lagi bulan puasa.

Memang dah ramai  tukang jahit baju sekarang ni dah beri kata putus bahawa tempahan jahit baju raya sudah ditutup. Tailor yang selalu jahit baju di kampung saya pun siap hantar mesej lagi.

” Cikgu, saya dah nak tutup tempahan… kalau cikgu nak, hantar cepat dalam minggu ni je. Minggu depan saya dah tak terima”.

Untuk raya tahun ni, dah tak risau pasal tempahan jahit baju raya sebab minggu lepas masa balik ke Teganu, dah tinggalkan 3 pasang untuk dijahit. Apa nak risau, kakak ipar sendiri tukang jahit 😛 hehe.

tukang jahit 2

Sebenarnya kakak ipar saya ni asalnya suri rumah je. Sebelum kahwin tu ada dia hadiri kelas belajar menjahit di pekan Ajil. Masa tu mana la nak  ada kelas jahitan online atau ebook panduan menjahit macam sekarang. Selepas lahirkan anak pertama, kakak ipar yang dipanggil Cik De ni mula ambil upah menjahit sehinggalah sekarang. Anak yang sulung pun dah berumur 21 tahun. Kiranya dah expert betul sebagai tukang jahit.

jahit baju kurung 4

Gambar di atas ni merupakan sebahagian kecil baju-baju yang sudah siap dijahit. Tapi belum baju raya lagi tu. Sekadar baju tak bermusim. Nampak tak baju2 sutera tu. Itu baju makcik2 Felda yang dijahit untuk pergi makan gulai ( kenduri le.. hihik ) Sepasang sorang2 harga 300-400 ringgit. Huii, jangan pandang tak ada mata orang2 Felda ni. Difahamkan upah untuk menjahit sepasang baju sutera Cik De ambil RM45.00 manakala kain biasa hanya RM25.00 sahaja. Memang murah jika nak dibandingkan kat sini, upahnya RM30.00 sepasang

Stok kain baju raya berkotak-kotak belum dijahit, tapi saya lupa nak snap. Saya dapat tahu, ada ramai anak2 jiran kawasan tempat tinggal Cik De yang bekerja di luar seperti KL, Kuantan dan Johor yang sanggup balik hujung minggu ke FJ semata-mata nak tempah jahit baju dengan Cik De. Sekali tinggal, hampir 10 pasang. Saya sendiri pun, kalau balik ke sana akan tinggalkan 3,4 pasang untuk dijahit sebab memang sangat puas hati dengan jahitannya. Risau juga tengok stok kain yang hendak dijahit, jangan sampai tak sempat siapkan baju saya sudah ye Cik De …


Saya pernah tanya Cik De berapa pendapatannya sebulan hasil jahit baju kurung, tapi tak pernah dinyatakan jumlah sebenar. Cuma ada sekali tu, dia beritahu untuk musim raya dia senang2 je dapat 4k. Haa, cukup lumayan kan  bagi wanita yang bekerja dari rumah.

Cukup mudah buat duit dengan menjahit rupanya. Mana2 kaum wanita yang masih tercari-cari sumber untuk membantu suami dan menjana pendapatan untuk membangunkan keluarga, patut ambil peluang ni. Walau secanggih mana zaman berkembang, saya fikir kemahiran menjahit tetap akan diperlukan sampai bila2.

Cuba la hadiri mana2 kelas jahitan. Kalau tak ada masa, boleh dapatkan buku2 panduan menjahit yang ada dijual di kedai2 buku. Tak jumpa juga, cari di internet. Kan zaman sekarang, banyak panduan2 kerja boleh didapati secara maya.

p/s: Dulu, Mr Hubby kerap leterkan saya sebab tak mau belajar menjahit dengan Cik De. Sekarang sibuk cari orang tolong jahitkan. Huhuhu, agaknya kalau saya tak menjadi cikgu, mungkin saya akan memilih jahitan sebagai pekerjaan utama …..

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

7 Comments

  1. hehe memang ada kak, saya pun duk felda, ramai je anak felda hntr baju di kampung yang upahnya jauh beza dgn di bandar

    1. Author

      Betul tu Aju, mmg meriah jahit menjahit kat sana… boleh buat duit pun 🙂

  2. tukang jahit memang tak menang tangan dekat2 raya ni
    kalau ada kedai jahit lagi la bagus
    dah jadi kerja tetap dah

  3. oh baju banyaknya baju nak tempah satu 🙂 pst semoga berjaya

  4. Untung arr pandai menjahit baju kurung..bulan2 nak dekat raya ni mesti banyak tempahan tu…hehe…untung ada isteri yang pandai menjahit baju..

  5. nak no phone boleh? nak hantar kain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me