Mimpi ngeri berulang lagi . Sekali lagi Symlink hackers menyerang buat kali ke dua dalam tempoh seminggu. Seperti kali pertama, semalam post terkini berkenaan hasil dari berblogging yang diterbitkan bertahan hanya seketika sebelum terpaksa ‘dihilangkan’ dari paparan. Post yang ini pun belum tentu lagi selamat. Penatnya terasa Ya Allah ….. 😐
“ {+ ADw-/title+AD4APA-HTML+AD4+ADw-HEAD+AD4+ADw-TITLE+AD4-Hacked BY Hayal-El-06 … “
Lebih kurang begitulah coding2 yang muncul melalui komen yang dihantar ke kotak email, disusuli dengan paparan pada blog pula.
Saya ‘google’ ke merata ceruk dunia maya melihat apakah puncanya blog digodam begitu. Banyak punca diberikan antaranya wujud ruang2 yang lemah dalam sistem blog menyebabkan timbul ‘lubang 2’ atau bugs yang mempercepatkan serangan.
Selain itu dikatakan bahawa pemilihan password yang lemah juga turut menyumbang ke arah itu. Entahlah, password yang saya pilih rasanya sudah sangat cukup panjang dan strength indicator nya juga cukup bagus dan jauh sekali daripada mempunyai kaitan dengan identiti diri seperti nama, tempat lahir ,ahli keluarga dan sebagainya.
Tapi terkena juga.
Terdapat satu saranan agar kita menukar password atau kata laluan setiap seminggu sekali. Adakah itu wajar ?
Apa pendapat rakan blogger di luar sana ?
saya risau betul terkena serangan virus ni, saya pun tak pasti cadangan utk tukar password tu berkesan atau tak
semakin rumit masalah online ni..adus adus
rasa kurang wajar sebab lama juga saya tak tukar password..
saya rasa hosting yg bagus juga dpt mengelakkan blog digodam..
betul tu, saya contact mereka, dan mereka akui puncanya pd server. Dah hampir 4 tahun dgn mereka, sebelum ni reputasinya baik je
tukar kata laluan seminggu sekali?
wah, memang dah parah tu
tapi kalau terpaksa, apa salahnya
ia lebih baik berbanding dengan akibat yang terjadi
menukar password wajar lah seminggu sekali..tapi tak tahan alik kita lah..hehe..emm kasi letak password yang panjang lah..campur segala aksara..haha..Harap ni kali yang terakhir hacker melawat blog akak..hehe
Hope so… kena buat satu buku khas utk password list laa kot. Actually, mcm tak relevan lah kan