7 ALASAN MENGAPA SUAMI BERHUBUNG KEMBALI DENGAN BEKAS KEKASIH

Salam

Entri isteri curang yang pernah ditulis oleh blogger ini membuatkan saya rasa terpanggil untuk menulis bahawa kecurangan boleh wujud bila2 masa dalam mana2 perkahwinan.

Sangat tidak adil jika ada pihak yang suka membuat tanggapan bahawa kecurangan ini selalunya dilakukan oleh pihak isteri sedangkan lelaki juga tidak terkecuali.

Sebut sahaja ‘ curang’ , yang pertama akan singgah dalam fikiran ialah suami atau isteri keluar secara sembunyi2 ke mana2 destinasi dengan ‘ kekasih gelapnya’. Atau paling tidak pun mencuri-curi berhubung melalui telefon pada lewat malam atau ketika pasangannya sedang nyenyak tidur.

..relakah anda jika diperlakukan begini ?  ** Sekadar gambar hiasan
..relakah anda jika diperlakukan begini ? ** Sekadar gambar hiasan

Zaman tab, ipad dan wifi  , kecurangan boleh berlaku dalam keadaan yang lebih ‘ senyap ‘ dan sukar dikesan. Nyata tahap kerahsiaannya lebih tinggi. Risiko untuk kehancuran sebuah mahligai  juga sangatlah besar.

Tak perlu menunggu datangnya unsur ‘ luar ‘ seperti godaan di tempat kerja untuk ‘ masuk ‘ dan meruntuhkan rumahtangga kerana puncanya boleh datang kerana kita sendiri ‘ menjemputnya ‘ ke rumah. Ia boleh jadi melalui SMS, akaun facebook, email dan sebagainya.

Banyak alasan yang diberikan oleh pasangan terutamanya suami untuk menutup kecurangan yang telah dilakukan. Jom tengok, apa yang sebenarnya tersirat disebaliknya, juga sama ada 7 alasan mengapa suami berhubung semula dengan bekas kekasih  ini boleh dijadikan hujah untuk membela diri apabila tertangkap kerana curang.

1.  Rasa tercabar oleh rakan2 sekerja yang sering mencabar si suami agar contact kembali bekas kekasih seperti mana yang sudah mereka lakukan. ( Kes cari dan tambah followers…. kasihan 😐 ) ** Sebenarnya, kalau tak dicabar pun memang ada niat untuk berhubung semula. Tanya sama pokok, apa sebab goyang  dey @ Tepuk sebelah tangan, mana ada bunyi ..

2.  Niat sekadar untuk bertanya khabar  sahaja ( Kerja apa sekarang, anak berapa …. ). ** Dalam hati masih ada taman sebenarnya 😉  tak usah banyak propa lah.

3.  Nak tengok si dia tu masih cun macam dulu ke tidak ** Still dalam hati masih ada taman sebenarnya. Berdosa wahai encik2 suami, tolonglah sedar hukum-hakam teringatkan isteri orang,tunangan orang dan sebagainya..

4. Isteri sibuk dengan kerjaya @ mungkinkah  termasuk blogging juga ? so tak ada ruang untuk hubungan intim @ berbual mesra. ** Macam mana lah si isteri tu tak sibuk kejar kerjaya, nak hulur sesen pun punyalah payah. Silap2 nafkah sara hidup anda pun, dia sendiri tolong tanggungkan.

5. Penampilan isteri dah kurang menarik, bau bawang memanjang kih kih kih, badan pula macam mak badak… hmm menyampah tengok. ** Tak ada pula awak encik suami belikan ubat kurus, baju yang cantik, minyak wangi dan sebagainya. Berdosa wahai encik2 suami bandingkan isteri, wanita yang telah lahirkan zuriat anda dengan bekas kekasih lama yang belum tentu bagus jika benar2 jadi isteri anda.

6. Sedang dalam kemelut rumah tangga dan perlukan tempat untuk berkongsi dengar. ** Berdosa wahai encik2 suami menceritakan aib isteri kepada orang luar hatta bekas kekasih sekalipun. Kata orang tepuk air di dulang, memercik ke wajah sendiri. Ada bawa berbincang dengan isteri ? Tak ada … pelempang ada laa.

7. Test market, tengok sama ada saham 40 tu masih mampu melonjak ke tidak. ** Saham akhirat dah cukup ke ?

Well, gelak tu gelak juga… Dalam ketawa, renung2kan lah. Sudah banyak senario begini berlaku baik dalam kalangan pasangan muda atau pun yang sudah sekian lama hidup sebumbung.

Masalah dalam rumah tangga adalah lumrah. Lagikan lidah sering  tergigit, inikan pula suami isteri. Menjadikan bekas kekasih  sebagai tempat meluahkan rasa bukan tindakan bijak, malah hanya  akan merumitkan keadaan sahaja. Tak percaya ? Cuba lah sendiri..

Maaflah jika ada mana2 pihak yang terasa hati dengan tertulisnya entri ni. Saya langsung tak berniat mengaitkan sesiapa sama ada secara langsung atau tidak. Apa yang tercoret adalah berdasarkan apa yang saya pernah lihat atau dengari. Mudah2an ia menjadi renungan buat kita semua.

Cubalah  untuk letakkan diri anda di tempat suami atau isteri yang melalui dugaan sebegini buat seketika. Tentu kita sendiri dapat merasai pedihnya sebuah pengkhianatan.

Paling menyedihkan akibat daripada perbuatan ini apabila anak2 pula menjadi mangsa.

Dalam Islam pula, sudah jelas perlakuan begini salah dan berdosa. Semasa menggenggam tangan tok kadi dahulu, tak ada pula akad yang membenarkan suami atau isteri berbuat demikian. Dan percayalah, jarang sekali Allah membenarkan sesuatu yang jelas salah tu berpanjangan . Suatu hari rahsia yang disimpan dalam apa jua cara tetap akan tersingkap juga. Usahlah kita  jadi hamba yang kufur nikmat…sendiri mau ingatlah!

Related Posts

20 thoughts on “7 ALASAN MENGAPA SUAMI BERHUBUNG KEMBALI DENGAN BEKAS KEKASIH

    1. Sekadar pandangan peribadi cg,moga2 dijauhkan sama sekali ….. yg gelap2 n tersembunyi tu x usah le kita pilih. Moh amik yg terang2 je hihih

  1. Rakan saya juga ada macam ni,dia sering curang dengan biras dia sendiri..Rakan saya tu perempuan,suami nya pun turut main kayu 3..sya pun pelik.. entah la..

  2. Huh…. Benda2 macam ni tak boleh dibuat main. Tak kira la suami atau isteri. Suami kena ingat pada lafaz taklik selepas akad nikah. Isteri pun sama. Berlaku curang bukan boleh dicuba-cuba. Sekali terkena, menyesal tak sudah. Minta dijauhkan la….

  3. no satu, kalau isteri atau suami tiba2 ada rasa begitu, cepat2 istighfar dn buang jauh2 perasaan tu…

    dayung jgn cuba dikayuh, nnti setan cepat yg dtg membantu…wanauzubillah

  4. Terima kasih bro selitkan link saya..hehe..mintak jauh la.takut rasanya..lelaki gagah perkasa pun takut juga isteri cari kekasih lama balik…arhhhh tidakkk

  5. apa-apapun alasan si suami tidak boleh menduakan isteri secara tidak sah..
    namun saya percaya kalau satu pihak sahaja ada respon tak akan menjadi punya..

  6. aduiyai minta dijauhkanlah dari perkara mcm ni kak, dan perempuan juga perlu ambil note dari perkara di atas, baru sambut anniversary rasa macam baru je kawin hehehe

  7. Betul2… pokok pangkal hati… curang tu semua alasan duniawi jer… keseronokan sementara… mmg dah smapai akhir zaman….. bertaubat dan berdoalah… baik perempuan baik lelaki…. seronok sngt wat zina…. ermmm…. bagi hati2 yg dihancurkan… sabar dan tawakal…..

  8. saya mengalami nasib mcm ni..suami berkasih dengan kawan lama dia…nak suruh nikah isteri org…malam hari smpi ke subuh ddk rmh isteri org tu..paling memalukan suami kekasih gelap dia seorang mualaf…huhu sedih rsa…saya sbgi isteri lnsg xde hak nk menegur tingkah laku tu….segala “kata2 AJAIB” klr menghina saya….alasan dibgi pd kekasih gelap tu sya tk faham situasi kerja dia…tang mna tak faham pon tk tau la…sya bantu kerja dia tnpa minta ganjaran dr dia….yg bt saya tak faham tu cuma perlu ke kerja sebagai sales person utk sebuah travel agen…malam hari BUAT SALES dirmh kawan sek lama..tanpa ada suami org tu…cuma tu je sya tak faham…malah lebih sya tk faham xde pun sales dari ppuan tu….

    1. Dalam situasi macam ni, Puan mungkin perlu bantuan daripada orang tua …tak boleh give up jika masih mahu mempertahankan perkahwinan puan . Berdoalah tanpa henti ye

  9. Ujian manusia berbeza… jgn disama kan.. jd kan tauladan dan sempadan.. kita jgn bangga selama nya akan perfect… ujian demi ujian itu pasti…

Leave a Reply to SisHaza Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *