CARA MUDAH MENGAMBIL HATI ISTERI

By | July 20, 2013

Momentum berblog dalam sehari dua ni menurun dek kerana kesibukan kerjaya hakiki dan sedikit  masalah kesihatan. Itulah namanya turun naik kehidupan. Apapun, terima kasih kerana masih ada rakan blogger dan pembaca yang masih tetap setia mengunjungi blog picisan ini.

Fasa pertama Ramadhan sudah pun berlalu. Menjelangnya fasa kedua, jangan sia-siakan peluang untuk meraih keampunan dari Yang Maha Esa. Jangan sampai kita terleka kerana sibuk membuat persiapan untuk hari raya ni. Sampai terlupa yang Ramadhan ini hanya datang setahun sekali.

Agaknya sudah ramai kaum ibu yang mulai membuat biskut raya. Bagi yang memang ada kemahiran membuat biskut, ini memang kelebihan yang menguntungkan. Lebih -lebih lagi  jika ia dijadikan sebagai satu kerjaya dari rumah. Sebaliknya, bagi wanita berkerjaya, hanya malam lah masa yang sesuai untuk membuat kuih raya.

Boleh dibayangkan tentu penat jadinya. Sepatutnya kaum suami kenalah pandai-pandai hulurkan tangan pada waktu-waktu begini. Janganlah saja-saja buat-buat tak nampak atau tak faham pula 😐

Emm, kadang-kala terfikir juga mengapalah orang lelaki ni ( bukan semua) susah sangat nak faham benda-benda macam ni kan. Atau saja-saja buat tak faham ? Huhuhu…entahlah.

Sebenarnya ada banyak cara mudah mengambil hati isteri  yang boleh dilakukan oleh kaum Adam ni dalam usaha menjaga keharmonian rumah tangga. Ingat kebahagiaan rumah tangga tu 100% terletak  di tangan isteri ke ? Terkadang panas  juga hati ni apabila ada  sesetengah pihak  dengan lantangnya mengatakan begitu. Habis kaum lelaki tak ada apa-apa peranan lah ye… ( he he,lepas ni mesti ada yang tak puas hati ).

Ok lah, celoteh banyak-banyak takut  nanti point nya tak sampai pula. Cuba tengok beberapa contoh  cara mudah mengambil hati isteri yang boleh encik-encik suami di luar sana lakukan.

  • Bancuh milo, kopi atau apa saja air kegemarannya tanpa perlu bertanya nak ke tak nak semasa isteri sedang sibuk membuat biskut di dapur. ” Ni, abang buatkan air untuk ayang …” . Kalau pun, isteri anda sedang kenyang tahap 8, insyaAllah dia akan menerimanya dengan senang hati.
  • Tinggalkan tv, siaran bola, gusti,  surat khabar, game atau pun PC untuk beberapa minit. Jengah lah ke dapur. Picit-picitkan bahunya semasa dia sedang sibuk menguli adunan biskutnya. InsyaAllah, kegembiraan akan berpanjangan hingga ke esok 😛 . What ? I’m telling u the truth !
  • Tolong dodoikan anak, walaupun agak kekok sebab sebelum ni anda tak pernah melakukannya walau sekalipun.
  • Jadi teman pemerhati yang baik. Apa kata, pergi ke dapur, duduk sebentar melihat-melihat apa yang sedang dilakukannya sambil tanya-tanya apa yang perlu. Walaupun anda tak buat apa pun, dia menerima itu sebagai satu penglibatan atau kebersamaan dalam melakukan tugas-tugas rumah tangga.
  • Jangan masuk tidur selagi kerja-kerjanya di dapur belum selesai ( Perasaan isteri anda sama saja seperti yang selalu anda rasakan . So ,fair n square ). Bagaimana nak buat untuk berjaga, tak perlu saya terangkan sebab mostly kaum lelaki memang expert bab ni.

Ok, itu tips yang ada kaitan dengan situasi musim perayaan yang bakal tiba. Bagi hari-hari biasa, tips itu tetap boleh digunapakai.

  • Anda juga patut ingat tarikh lahirnya. Walau pun dikatakan lelaki kurang memiliki kemahiran ini, sebenarnya ia bukanlah sesuatu yang sangat sukar. Jika nombor telefon bekas kekasih yang lebih banyak digitnya boleh dihafal  hu hu hu( kes tak berani simpan dalam hp, takut ditemui isteri  ) inikan pula hari jadinya. Betul tak ?

  • Sedikit pujian ikhlas memadai untuk membuatkan  isteri anda berasa dihargai. Jangatlah lokek sangat nak memuji …  Tapi jangan lah sesekali memuji keterlaluan tanpa sebab kerana seorang isteri ada naluri tersendiri untuk mengetahui adakah anda ikhlas atau anda sedang bermuka-muka dengannya semata-mata mungkin sedang menutup kesalahan yang anda lakukan di belakangnya.
  • Tunjukkan keperihatinan . Apabila isteri kurang sihat, demam atau mungkin ketika sarat mengandung, hantar ke klinik, atau belikan ubat. Tawarkan diri untuk membantu kerja-kerja mudah di rumah.
  • Jadi pemurah. Kebanyakan lelaki sangat pemurah dengan rakan-rakannya tetapi bertukar watak dengan isteri sendiri.  Yang ini memang confirm salah.

Haa, apa macam. Boleh cuba ikut tak ?

Kekurangan atau punca dari sekecil-kecil perkara yang kita abaikan kadang-kala boleh menjadi besar. Menjadi petaka yang menggoncang tiang rumah tangga hingga membawa kepada perceraian. Malang kalau kegagalan saling memberi dan menerima dari suami dan isteri itu membawa kepada perkara sebegitu.

p/s:

Maaflah jika ada perkara-perkara tercoret di atas menimbulkan rasa kurang senang di hati. Saya menulis dari kaca mata saya sendiri. Lahir dari hati hasil pengamatan terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku dalam hidup manusia termasuk juga diri sendiri. Bukan kerana mahu memenangkan pihak sejantina atau menjadi srikandi kepada golongan serupa. Tidak juga berhasrat memperlekehkan kaum berlawanan jenis.

Terkadang, ada yang membaca kemudian menyalahanggap diri saya . Tapi, percayalah saya tidak bermaksud apa-apa. Percaya lah juga bahawa, walau apa tanggapan yang hinggap, saya tetap akan menulisnya sebagai satu wacana yang perlu difikirkan tanpa prasangka melulu. Ceeewaahhh..

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

14 thoughts on “CARA MUDAH MENGAMBIL HATI ISTERI

  1. Obsolete Coin

    Setakat ini saya ada buat hampir 80% yang di atas.., sabtu ahad memang bagi isteri rehat dari memasak. Kalau bukan saya yang masak pun ajak isteri makan kat luar. Isteri pun manusia juga, perlu rehat.

    Reply
    1. SisHaza Post author

      ada masa2nya ego kena letak tepi … lagipun tak akan berkurang walau sedikit pun martabat lelaki,malah isteri akan makin hormat

      Reply
  2. hafizmd

    Nak kata dah buat semua, macam tak logik…tp mmg faham yg isteri pun manusia macam suami jugak…nak kena belai kena caranya…baru senyum sepanjang hari walaupun byk kerja rumah =)

    thanks sis haza berkongsi…

    kalau ada yg fikir negatif….sama2 kita doakan mereka menjadi positif =)

    Reply
  3. Mohd Shubhi

    Ada kawan yang dah buat kesemua di atas tu. Malah lebih daripada semua itu tapi isteri masih tak puas hati. Ada saja kesalahan lain yang di cari…kesian kat kawan saya tu. Macam mana nak buat ye?

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Maybe ada benda yg dia pendamkan kot… si suami dulu ada buat kesilapan yg menggoyah perkahwinan kot..so dia mungkin berdendam…agaknye laaa

      Reply
  4. Hafizul

    Semoga sihat selalu hendaknya..emm fasa tukar duit raya di bank dah ni..hehe..memang boring la bab tukar duit mcm ni..emmm

    Reply
  5. ajumohit

    bukan nak suruh buat semua kerja pun kan kak, janji ambil berat pun dah cukup buat isteri, tq atas tips yg amat berguna utk para suami ni kak 😉

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Apakata lps ni MB pula bangun siapkan semua then kejutkan dia…sesekali apa slhnya kan 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me