Salam Maal Hijrah buat semua saudara seagama
Sepanjang tahun 2013 ini banyak sudah kes-kes keracunan makanan berlaku melibatkan kantin sekolah. Tidak terkecuali juga majlis kenduri kahwin 2,3 bulan lepas yang mengakibatkan kehilangan nyawa. Semua kes ini mungkin ada kaitannya dengan tabiat pengendalian makanan yang kurang bersih.
Teringat pula saya kisah terselitnya seekor lipas dalam pinggan Mr Hubby ketika kami sekeluarga menjamu selera di salah sebuah restoran nasi kandar 24 jam di pekan Jitra tahun lepas. Kisahnya ada dalam entri ini.
Begitu juga dengan sebuah lagi restoran nasi kandar yang terletak di salah satu lokasi sepanjang Jalan Jerlun – Alor Setar, Kedah. Sudah lebih dari 4 atau 5 tahun kami tidak lagi singgah minum di situ gara-gara keadaan dapurnya yang sangat kotor. Dapat tahu pun sebab kebetulan ketika itu Mr Hubby hendak ke tandas yang terletak bersebelahan dapur. Segala guni beras, bawang dan sebagainya tu betul-betul diletakkan di tepi tandas tersebut ! Huuu kembang tekak laa kan ….
Kes 4,5 tahun dahulu … 😐 Tak tahulah keadaannya sekarang. Mungkin sudah bersih tapi saya dan Mr Hubby terutamanya dah fobia huhuhu.
Sebagai pengendali makanan, tak kira gerai, warung atau restoran mereka sewajarnya mengamalkan etika pengendalian makanan dengan baik supaya tidak berlaku perkara-perkara seperti di atas. Kalau dah jadi, periuk nasi mereka juga yang terjejas. Masa ni usahlah sibuk nak menyalahkan pihak lain. Dah sah-sah salah sendiri kan ..
Ok, berikut ini adalah garis panduan amalan pengendalian makanan yang sepatutnya diamalkan oleh setiap peniaga atau pengendali makanan berdasarkan panduan yang dikeluarkan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan.
-
Pakai apron dan penutup kepala yang bersih dan sesuai ketika mengendali makanan.
-
Jangan merokok ketika menyediakan makanan.
-
Makanan tidak boleh diletak atau disediakan di atas lantai. Gunakan tempat yang dikhaskan. Begitu juga dengan stok bekalan bahan memasak.
-
Jagalah kebersihan apabila menyediakan makanan setiap masa.
-
Jangan menyapu makanan yang terjatuh di atas lantai. Buangkan makanan tersebut di tempat yang sesuai
-
Simpan makanan di tempat yang sesuai.
-
Jangan gunakan bekas yang telah retak atau sumbing untuk menghidangkan makanan.
-
Gunakan penyepit/sudu/garpu untuk mengambil makanan.
-
Lindungi makanan dari lalat, tikus, lipas, habuk dan bahan-bahan beracun.
-
Gunakan cara hidangan yang betul dan jagalah kebersihan diri ketika menghidangkan makanan.
-
Gunakan tuala yang berasingan untuk membersih meja, lap peralatan dan untuk lap tangan.
-
Gunakan kain yang bersih untuk mengelap pinggan mangkuk . Pastikan ia hanya digunakan untuk tujuan tersebut sahaja.
-
Gunakan tong sampah.
-
Gunakan air yang bersih untuk mencuci pinggan mangkuk.
-
Cuci tangan dengan sabun setiap kali selepas menggunakan tandas dan sebelum menyediakan atau menghidangkan makanan.
-
Jangan simpan makanan yang telah dimasak dan mentah di tempat yang sama untuk mengelakkan pencemaran silang.
-
Simpan makanan di tempat yang sesuai, misalnya makanan yang mudah rosak di dalam peti sejuk.
Diharapkan garis panduan ini sedikit sebanyak dapat membantu para peniaga atau pengendali makanan dalam proses penyediaan dan pengendalian makanan untuk orang awam.
better masak sendiri kl smpt..lg terjaga kebersihan…
setuju dengan komen cik tom.. seeloknya masak sendiri lagi terjamin kebersihannya.. sekarang ini oun aiza sudah jarang membeli makanan siap di masak di luar..
*typo=pun
tak suka tengok orang sediakan makanan sambil merokok
teruk sangat nampak
aduii geli tekak baca pengalaman akak ni, betul tu klu ikhlas nak berniaga semestinya mereka perlu prihatin ttg cara penyediaan makanan
Yang paling penting kebersihan kan? sebab tu skrg nie gua pun memilih restoran kalau makan d luar 🙂
Betul…bersikap selektif dalam hal ini ada kebaikannya
kadang-kadang memang risau bila beli makanan kat luar, sebab puteri pernah ada pengalaman kena keracunan makanan lepas makan nasi goreng yang dibeli dari luar.
makanan kat luar pun sekarang dah susah nak dapat yg bersih
ye lah .. kita pun ada masanya jadi cuak pula nak makan
biasalaaa…mau wuntung manyak
Sebab nak untung, orang sanggup perlekehkan isu pengendalian makanan nie..
Betul Joe, dah tak hairan… kena saman pun setakat bayar 3,4 ribu tu. Untung nya jauh lebih besar. Jadi mereka rasa tak terjejas pun. Memang tak bertanggungjawab
bagus panduan yg diberikan…
biasanya org kurang suka nak pakai apron..
tapi apronlah penyelamat badan kita jika tersimbah minyak panas atau sebagainya…