Salam hujung minggu .
Selamat datang & salam persahabatan dihulurkan jika ini adalah kunjungan pertama anda ke sini..
Dalam entri lepas saya ada menulis tentang di mana & kepada siapa hendak dibuat aduan jika ada yang pernah ditipu atau tertipu dengan perniagaan online serta skim pelaburan yang meragukan. Dah baca ke belum entri tersebut ? Jika belum, bolehlah klik sini untuk membacanya.
Entri kali ini sedikit sebanyak juga ada kaitan dengan entri lepas. Dalam memilih sesuatu perkhidmatan atau membeli sesuatu produk, kita sebagai pengguna seharusnya sedar akan hak-hak kepenggunaan. Hak-hak kepengunaan ini meliputi 8 perkara iaitu :
1) Hak untuk mendapatkan keperluan asas
Untuk menjamin kesejahteraan dan kelangsungan hidup pengguna ( kita le.. siapa lagi ) mempunyai hak untuk mendapatkan keperluan asas yang selamat dan mencukupi seperti makanan, pakaian, tempat tinggal, kemudahan kesihatan / perubatan, pendidikan dan sebagainya.
2) Hak untuk mendapatkan keselamatan
Sebagai pengguna, kita berhak dilindungi daripada aktiviti pemprosesan dan pemasaran produk serta perkhidmatan yang boleh mendatangkan bahaya.
3) Hak untuk mendapatkan maklumat
Semua pengguna harus sedar tentang hak mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang produk atau perkhidmatan yang dipasarkan di pasaran bagi membolehkan keputusan lebih bijak dapat dibuat dalam memilih satu daripada dua produk sama fungsi. Pengguna berhak dilindungi daripada dakyah pengiklanan, pelabelan atau sebarang amalan lain yang menyalurkan maklumat palsu, menipu dan menyeleweng.
4) Hak untuk membuat pilihan
Pengguna berhak mendapat maklumat lengkap tentang sesuatu produk atau perkhidmatan yang hendak dibeli. Mereka perlu diberikan jaminan mutu dan harga yang dibayar untuk produk atau perkhidmatan itu memuaskan serta berpatutan.Apabila maklumat diperoleh itu lengkap, maka mudah bagi pengguna untuk membuat sebarang pilihan.
5) Hak untuk bersuara
Pengguna perlu didahulukan serta diberikan pertimbangan sewajarnya dalam penggubalan dasar kerajaan. Mereka juga perlu tahu bahawa mereka berhak diberikan pilihan tindakan segera dan saksama dalam urusan penyelesaian tebus rugi.
6) Hak untuk mendapatkan ganti rugi
Jika pengguna terbeli barangan atau perkhidmatan yang rosak, ada cacat cela serta berbahaya atau perihal apa2 dagangan yang mengelirukan, menyeleweng dan tidak menepati perjanjian maka pengguna berhak mendapat penyelesaian atau pampasan yang sewajarnya.
Ganti rugi hendaklah diberi bagi barangan atau perkhidmatan yang mengakibatkan kecederaan kepada pengguna apabila menggunakan barang atau perkhidmatan mengikut garis panduan penggunaan yang telah ditetapkan oleh pengeluar.
Selain itu ganti rugi juga perlu diberikan kepada pengguna yang menjadi mangsa akibat kecuaian pengeluar.
7) Hak untuk mendapatkan pendidikan kepenggunaan
Para pengguna berhak mendapat pendedahan atau pendidikan kepenggunaan yang lebih menyeluruh, mencukupi dan berterusan. Walau bagaimanapun, diakui banyak pihak bahawa maklumat atau panduan kepenggunaan ini memang kurang diberi penekanan dalam sistem pendidikan sedia ada.
8) Hak ke atas alam atau persekitaran yang sihat
Pengguna berhak untuk hidup dan bekerja dalam persekitaran yang bersih,sihat dan bebas daripada sebarang keadaan yang membahayakan. Hak yang satu ini memang sedia diperjuangkan kerana peningkatan kadar pencemaran yang kian meningkat dan wujudnya elemen alam semulajadi yang makin pupus atau musnah hasil pembangunan berterusan.
Demikian catatan berkaitan 8 hak pengguna yang saya petik daripada akhbar Harian Metro. Terasa macam buat nota ekonomi tingkatan 6 pulak heheh..
P/S : Pernah tengah makan nasi kandar di sebuah restoran 24 jam dengan family, dah separuh pinggan tiba-tiba jumpa lipas dalam kuah kari …. 😐 yarkkkk
pendidikan pengguna memang sangat terasa kurangnya
ramai yang tidak tahu hak mereka sebagai pengguna
sudah pernah terkena dan akan jadi orang pertama yang akan menghamburkan kata-kata sekiranya orang yang berperanan dalam hal ini ‘melawat’ dengan niat memberi kekayaan dengan proses mudah. 😀
Hanya yg pernah terkena jer tau rasanye… elok le dijadikan pengajaran
bagus ni.. info bagus utk pengguna semua..
erk, yg last tu tak tahan, leh jumpa lipas, aduh…
Haa,ah…siap muntah tepi kereta. Rasa cam taubat jer
ha sah2 klu sy cri susu HL terus minum satu botol sah2 apa kita makan akan klr balik.sy ada buat entri psal susu HL terbaik sepanjang zaman bacalah klu awok free 😉
bagus dapat banyak pengajaran
TQ