Salam hujung minggu
Beberapa hari ‘menyepi’ .. bukan kerana sudah pencen berblogging. Saya masih di sini, masih diizinkan bernafas, menyedut udara kurniaan-NYa. Cuma masalah kekangan waktu dan tuntutan tugas hakiki membataskan kerja tak rasmi ini.
Ok, hari ini kita belajar tentang pendidikan kesihatan lagi. Bolehlah jika mahu dianggap sebagai kesinambungan dari entri lepas. Jom baca sedikit tentang mekanisme pembiakan kuman.
Mekanisme pembiakan kuman di sini membawa maksud agen atau medium yang dapat membantu proses pembiakan kuman. Kuman, seperti yang diketahui oleh semua adalah organisma halus yang hanya dapat dilihat melalui penggunaan mikroskop. Ia biasanya tersebar secara meluas di udara sekeliling manusia, habuk, air, tanah, haiwan dan tidak terkecuali manusia.
Tidak semua jenis kuman membawa mudarat kepada manusia. Itu sebabnya mengapa kita selalu mendengar tentang adanya bakteria jahat dan bakteria baik. Terdapat beberapa jenis kuman yang berguna kepada industri pembuatan makanan seperti dalam penghasilan kicap, tempe, tapai dan lain-lain lagi. Walau bagaimanapun, bagi jenis yang berbahaya, jenis inilah yang akan mengakibatkan pengeluaran racun dan meracuni hidupan seperti manusia dan haiwan.
Terdapat 4 mekanisme pembiakan kuman iaitu makanan, suhu, masa dan air ( kelembapan )
1. Makanan
Seperti semua hidupan di alam ini, kuman memerlukan makanan untuk hidup dan membiak. Terdapat beberapa jenis makanan yang mempercepatkan pembiakan kuman seperti berikut :
-
Makanan berprotein tinggi.
-
Makanan berkelembapan tinggi (kandungan air yang tinggi).
-
Daging dan hasil daging.
-
Telur dan hasil telur.
-
Ikan dan hasil ikan.
-
Susu dan hasil susu.
-
Makanan yang sedia dimakan (ready – to – eat food)
2. Suhu
Kuman yang menyebabkan penyakit dan jangkitan pada manusia dapat hidup dan membiak paling baik pada suhu badan (37 darjah celcius). Walau bagaimanapun, kuman boleh juga membiak dengan cepat pada suhu di antara (10 darjah celcius – 62 darjah celcius).
suhu di antara 10 darjah celcius – 62 darjah celcius ini dipanggil sebagai zon berbahaya.
3. Masa
Pada keadaan yang sesuai, kuman membiak dengan membahagi kepada dua bahagian yang sama setiap 20 hingga 30 minit. Dalam pembiakan yang berterusan, satu sel boleh bertambah menjadi 17 juta dalam tempoh 8 jam dan 1 ribu juta dalam tempoh 10 jam.
4. Air (kelembapan)
Air adalah diperlukan untuk tumbesaran kuman sama seperti manusia, haiwan dan tumbuhan yang memerlukan air untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Jika ada antara kita di sini yang menjadi pengendali makanan baik di rumah atau di premis perniagaan, adalah menjadi tanggungjawab besar bagi memastikan makanan yang kita sediakan itu disediakan mengikut prosedur pengendalian makanan secara baik dan terkawal serta bebas daripada bahan cemar yang boleh mengakibatkan jangkitan atau keracunan kepada pihak lain.
Mengikut Peraturan 33,Peraturan-peraturan Kebersihan Makanan 2009 – mana-mana pengendali makanan yang gagal mematuhi garis panduan peraturan ini boleh dianggap melakukan kesalahan serta boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.
kantin sekolah kami dah banyak kali menang pertandingan kebersihan
memang seronok makan di tempat yang bersih
penting menjaga kebersihan terutama yg melibatkan makanan, klu persekitaran bersih memang seronok nak menikmati makanan, berselera tahap maksima 😉
info yang menarik. kebersihan sememangnya perkara penting yang kena dijaga. lebih-lbih kalau kita menjual makanan…
kuman ada di mana-mana sekarang ni mudha membiak sentuhan, bersih , kebersihan alahai kena waspada selalu
kuman meman suka membiak…hmmm
restoren dekat dengan rumah baru ja kena sita, aiishhh