Salam sejahtera buat semua

Setelah 11 hari berlalu hari ini baru ada sedikit kesempatan untuk terus mencoret. Lega rasanya kerana tugas-tugas melatih anak-anak didik bersama dengan jurulatih dan ‘juruletih ‘ šŸ˜€Ā bola tampar untuk ke Kejohanan Bola Tampar Sekolah Rendah Peringkat PKP telah pun berakhir Khamis lepas. Walaupun rasa tak puas hatiĀ  dan terkilan masih tebal bersarang kerana hanya layak berada di tempat ke-3 sedangkan potensi untuk bergelar juara itu ada, namun kami semua menerima semuanya dengan hati terbuka.

Hari ini sempat lah Cik Kiah menyemak melalui akaun Nuff tentang keywords yang banyak dicari oleh pembaca di blog ini. Kebanyakannya berkisar tentang tips membuat kuih raya dan kek yang gebu selain daripada cara menjahit langsir sliding door. Tapi maaflah malas pula nak buat print screen untuk dipaparkan di sini.

Nampaknya keyword kuih raya, kek dan langsir sudah cukup memberi petanda betapa dalam minda kaum ibu sudah mula berkira-kira tentang persiapan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri pada tahun 2014 ini walaupun tarikhnya masih agak jauh lagi. Ini lah yang dikatakan ibu-ibu bijak … merancang lebih awal agar semuanya serba sempurna nanti. Tak kurang juga kaum Adam Ā yang mencari panduan membuat taufufah. Mungkin sebagai idea bisnes menjelangĀ Ramadhan nanti. Hmm ibu-ibu dan bapa-bapa boleh klik pada banner yangĀ ada kat sidebarĀ blog ni jika serius nak berniaga yer šŸ™‚

So bagi membantu kaum-kaum ibu di luar sana membuat kek dengan jayanya hihik, saya dengan besar hatiĀ akan cuba nyatakan di sini sedikit tips agar kek tidak bantatĀ  setelah dikeluarkan dari oven yeĀ . Mudah-mudahan berjaya membuat kek segebu ,sesedap dan secantik yang dijual di kedai kek.

Tips Agar Kek Tidak Bantat

Terlebih dahulu, marilah kita lihat dahulu apa yang dimaksudkan dengan bantat. Dasar cikgu bahasa, memang suka sangat memberi definisinya dahulu ko šŸ˜€

Bantat mengikut tafsiran Kamus Dewan cetakan 1989 membawa maksud tidak masak atau keras untuk roti, kek dan lain-lain yang berkaitan. Jadi kalian perlulah Ā perhatikan beberapa perkara berikut jika mahu mendapatkan kek yang betul-betul menjadiĀ :

  • Pastikan nisbah bahan cair yang digunakan seimbang dengan penggunaan bahan kering. Jika bahan cair seperti mentega, telur dan sebagainya dimasukkan melebihi sukatan, maka adunan akan menjadi terlalu lembik.
  • Kuantiti bahan pengembang seperti serbuk penaik dan soda bikarbonat yang tidak setara akan menyebabkan kek tidak naik semasa proses membakar.
  • Proses pembuatan awal seperti memukul telur dan mentega yang tidak sekata ( tidak sebati ) sementara ia menjadi warna putih manakala bahan lain pula dimasukkan sebelum waktunya turut mempengaruhi.
  • Cara memukul adunan yang salah atau berlebihan semasa proses memasukkan tepung.
  • Cara mengacau dengan senduk / sudip kayu yang berbilang arah dan mengambil waktu yang panjang juga boleh menyebabkan kek bantat
  • Jika menggunakan mixer, gunakan kelajuan sederhana dalam arah sehala agar ia naik dan masak dengan sekata.

Demikian beberapa tips agar Ā kek tidak bantat yang mungkin boleh membantu kaum ibu untuk membuat kek sendiri seperti sebaik yang dijual di kedai. Langkah-langkah untuk belajar membuat kek coklatĀ , kek kukusĀ dan kekĀ  cawan yang osem boleh anda dapatkan dengan mudah di laman berikut :

<< Langkah Demi Langkah Membuat Kek CoklatĀ >>

<< Panduan Kek CawanĀ >>

 

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada šŸ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye šŸ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

5 Comments

  1. wahh saya dulu bola tampar tu taunya serve je kak, kalau nak tampar balik x retiiii, seronoknya sukan, saya bab kek mmg fail kak tp saya akan take note šŸ˜‰

    1. Author

      hahaha…. volleyball 4ever laa Aju ,memang suke sesangat, tapi kalu bab sukan lain fail jugak šŸ™‚

  2. Sy letih dh ulang2 cuba bt kek. Hasilnya ttp bantat.dh ikut sukatan resepi.

    1. Author

      Mungkin ada kesilapan dalam teknik memukul adunan tu kot. Kalau terlalu lama tak boleh, kalau sekejap sangat boleh jadi punca bantat juga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me