Salam hujung minggu buat semua,

Sekadar perkongsian ringkas berkaitan air bag atau  beg udara kenderaan Toyota yang dikatakan bermasalah 🙁

Baru je rasanya saya update tentang my novy yang setakat ini tidak pernah mendatangkan masalah sepanjang 5 tahun memandunya, tiba-tiba hari ini dikejutkan pula  dengan berita dari akhbar bahawa beg udara kenderaan Toyota bermasalah. Kisah my novy tu boleh kalian baca di sini jika berkelapangan.

Sumber dari KOSMO menyatakan bahawa UMW Toyota Sdn Bhd ( UMW TOYOTA ) bakal  memanggil semula 82, 457 pemilik kenderaan Toyota untuk kempen baik pulih sistem beg udara pada bahagian pemandu . Walau bagaimanapun, baik pulih ini bukanlah melibatkan semua kenderaan keluaran Toyota. Ia dikatakan hanya melibatkan model Toyota Hilux, Innova dan Fortuner keluaran sekitar 2005 sehingga 2010. Emm, jika benar begitu ceritanya nampaknya my novy pun terlibat sama.

toyota servis 5

Kempen panggilan baik pulih yang bertujuan menggantikan sebuah kabel yang mempunyai sambungan dengan beg udara bahagian pemandu ini bagi saya wajar dilakukan dengan segera oleh UMW Toyota jika benar ia berkemungkinan mengalami kerosakan sewaktu berlakunya pusingan stereng ketika pemanduan. Ini penting bagi memastikan keselamatan pelanggan Toyota, di samping membina kepercayaan berterusan serta nama baik Toyota yang selama ini menjadi salah satu jenama pilihan rakyat Malaysia dalam bidang pemotoran.

Untuk makluman pemandu 3 model keluaran Toyota yang disebutkan di atas, kerosakan yang dibiarkan begitu sahaja akan menyebabkan lampu beg udara akan terus menyala dan hal ini secara tidak langsung akan menyahaktifkan fungsi beg udara tersebut. Andai kata berlaku sebarang kemalangan, beg udara tersebut tidak akan berfungsi seperti yang sepatutnya.

Difahamkan juga bahawa pihak Toyota akan menghubungi pemilik yang terlibat dan kos baik pulih sistem ini akan ditanggung oleh pihak UMW Toyota. Hmm, memang diharapkan begitulah yang sepatutnya kerana kerosakan ini jelas-jelas bukanlah kerana kecuaian pemilik.  Bagi pembaca yang mungkin kebetulan terlibat, kalian bolehlah menghubungi talian bebas tol 1-800-8-869682 berikut untuk maklumat lebih jelas &  terperinci.

Risau juga di hati apabila mengetahui perkara ini. Maklumlah saya berulang-alik ke tempat kerja, mengambil dan menjemput anak-anak serta berulang-alik balik ke Terengganu bersama Mr Hubby dan anak-anak  sewaktu musim cuti sekolah menggunakan Innova a.k.a my novy tu. Kiranya 100 % bergantung kepada mpv tersebut. Jadi keselamatan adalah keutamaan !

Diharapkan pihak UMW Toyota akan segera bertindak dan dapat mengatasi masalah ini secepat mungkin. Mudah-mudahan ye .. 😀

Sumber : KOSMO 2, Sabtu 19 April 2014 Buletin Garaj halaman 34

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

4 Comments

  1. kalau camni…eloklah sis bawak mr novy tu cepat2 ke Toyota SC. lagi cepat lagi baguih

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me