Mungkin cara buat sendiri tempe yang dikongsikan di sini tidak sama dengan kaedah menghasilkan tempe secara komersial. Namun tidak salah untuk mencuba buat sendiri tempe terutama jika kebanyakan ahli keluarga kita memang ‘hantu’ tempe. Kata orang, berbaloi ! At least dapat berjimat di samping dapat juga memastikan kebersihan serta halal haramnya. Emm bukankah ada pepatah yang mengatakan bahawa ‘hati ditempa daripada makanan ‘ …
Boleh dikatakan kerap juga saya membeli tempe di pasar terutama di Pasar Balai Baru sehinggakan pakcik tua yang menjualnya menyangkakan saya orang Jawa dari Johor. Heheh boleh pula macam tu ye ..

Ok, terus sahaja kepada bahan-bahan dan cara buat sendiri tempe.
Bahan-bahan
- 300 gm kacang soya
- 1 sudu makan serbuk ragi
- 1 sudu teh tepung beras
Cara- cara membuat tempe
- Rendam kacang soya selama dua malam dalam mangkuk berisi air dengan sukatan yang sesuai.
- Bersihkan dengan membilasnya beberapa kali sebelum ditoskan.
- Masukkan ke dalam mesin pengisar . Kisar sekadar untuk memecahkan kacang, bukan melumatkannya . Bersihkan dan tapis.
- Rebus kacang sehingga setengah empuk.
- Tos dan biarkan sehingga kacang sejuk.
- Taburkan serbuk ragi dan tepung beras di atas kacang dan ratakan keseluruhannya.
- Masukkan dalam bekas plastik yang berlubang dan seal dengan kemas.
- Mampatkan kacang menggunakan kayu atau alatan pemampat lain yang difikirkan sesuai .
- Simpan selama 36 jam atau sehari setengah dalam bekas sebelum boleh digunakan untuk memasak.
Nah, siap tempenya 😀
baca tajuk mula-mula macam cara buat template..rupa-rupanya buat tempe..apa-apapun tempe memang kegemaran saya tu..rupa-rupanya tak susah juga nak buat..kalau setakat baca lah..
Hehe.. kalau memang tahu buat template, saya tak tulis entri dah. Kerja ambil upah create template je la 😀
Senang je nampak buat tempe ni cuma ia mengambil masa sikit..apa yang saya nampak, makan masa 5 hari jugak sebelum ia siap menjadi tempe..
Haa kalau ikut resepi nampaknya macam tu lah gayanya .
tak biasa dengan tempe
lagi pun payah juga nak jumpa tempe di kelantan
Lidah orang Kelantan sudah terbiasa dengan budu, memang susah tempe nak menapak di sana .. tapi kalau teringin nak makan, inilah masanya cikgu. Cuba buat sendiri ..
Tempe sumber protein yang baik untuk badan.
Yup,tepat sekali
Tempe paling sedap adalah tempe yang dibungkus dengan daun pisang dan kertas surat khabar di luar. hehehe
haaa aromanya lain kan .. 🙂
Kalau tak salah, saya tak pernah makan lagi tempe ni..rasanya mesti best ni..hehe
sedapnya tempe, saya peminat fanatik tempe ni, buat sambal goreng wahh terangkat
Akak pun suka, tapi nak kata fanatik tu tak lah sangat Aju 🙂
Teringin sangat nak buat sendiri. Ingat nak berniaga tempe lah. Buleh cuba nih. Tq sisHaz
untuk 2kg kacang soya.. agak2 brape sudu ragi tempe??
Boleh cuba rezeki nie..Tq sis
Welcome Wina
Bole saya tahu ragi macam mana yang digunakan? Tq
teringin nak buat tempe sendiri?tapi payah nak cari ragi tempe?
kami menjual ragi tempe RAPRIMA ragi yang banyak di gunakan oleh pembuat tempe di malaysia ataupun indonesia.
1 bks = 500 gram boleh untuk membuat tempe kacang soya 100 kg..
berminat boleh whatsapp 0124345101..hanya RM 25 termasuk kos penghantaran