Salam hormat. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
eBook Panduan Taufufah Langkah Demi Langkah
eBook Panduan Aneka Putu Buluh Tradisional & Moden
eBook Panduan Perniagaan Cupcake
eBook Versi 2 Cakoi Lebih Kembang & Gebu
5 eBook panduan masakan terbaik seperti yang saya senaraikan di atas adalah antara eBook panduan masakan yang saya rasakan berbaloi untuk dimiliki. Sekadar pandangan dan pengiktirafan peribadi kerana ia telah banyak memberi warna-warna ceria kepada blog yang telah genap 2 tahun usianya pada 11 September lepas. Alhamdulillah …syukur !
Mengapa 5 senarai eBook di atas dapat dikatakan sebagai 5 eBook panduan masakan terbaik dan menjadi pilihan ramai pembaca online ? Mengapa tidak buku fizikal ?
Secara mudahnya memang sudah naluri kebanyakan wanita punya kecenderungan dalam bidang masak-memasak. Menyediakan hidangan lauk-pauk atau kuih-muih yang menjadi kegemaran suami dan anak-anak merupakan tugas tetap wanita tak kira mereka bekerja atau sebaliknya. Jika hidangan itu sering diminta dan mendapat pujian suami dan anak, maka bertambah-tambahlah keseronokan dan keinginan untuk terus menyediakan hidangan terbaik untuk keluarga. Boleh dikatakan ia juga menjadi terapi buat wanita heheh :-D. Agaknyalah !
Saya sendiri sebagai ibu dan isteri adakalanya memperuntukkan sedikit masa untuk belajar resepi-resepi baru yang diperoleh daripada buku masakan. Namun antara 2 pilihan yang ada iaitu sama ada buku fizikal atau eBook bervideo , sudah pasti saya lebih suka memilih eBook panduan memasak bervideo. Rasionalnya kerana :
- Setiap langkah daripada awal hingga akhir ditunjukkan dengan jelas melalui video pembelajaran. Contohnya teknik memukul atau mengadun bahan dapat dipelajari dengan jelas agar masakan naik sekata, tidak bantat atau terlebih kembang. Masak sekata atau tidak terlebih masak sehingga menjejaskan teksturnya. Beku dan lembut sama seperti taufufah yang dijual di pasar malam. Teknik membakar kek atau tat dengan cara yang betul agar hasilnya tidak menghampakan.
- Boleh diulang tonton sesuka hati selagi kurang faham, bila-bila masa sahaja yang mahu. Nak bawa balik ke rumah mak mertua pun no problem aje .
- Tidak memerlukan ruang simpanan atau rak buku yang boleh memakan ruang kediaman terutamanya kediaman yang telah sedia sempit. Just simpan dalam notebook, pc atau pendrive. Senang ye dak Cik Kiah … Itu belum cerita dihanyutkan dek banjir atau rosak digerit lipas hihi.
- Harga yang tidak jauh berbeza dengan buku masakan fizikal yang terdapat di pasaran.
- Satu nilai tambah atau kelebihan bagi eBook panduan masakan bervideo jika ianya dihasilkan sendiri oleh individu-individu yang terlibat secara langsung dalam bidang masakan seperti penulis eBook ini dan ini. Ringkas kata , punya kebolehpercayaan yang tinggi.
- Ruang untuk berhubung dan bertanya sendiri dengan penulis jika masakan yang dipelajari tidak begitu menjadi. Terdapat juga sesetengah eBook yang menawarkan khidmat bekalan bahan masakan jika di tempat anda sukar untuk mendapatkannya. Rasanya agak sukar untuk berbuat 2 perkara tersebut jika anda memilih untuk membeli buku masakan yang dijual di kedai buku.
Oppsss, nanti dulu. Jangan salah faham. Bukan saya menidakkan kebaikan buku fizikal. Confirm tersirap juga darah kalau ada penulis buku atau tauke kedai buku yang membaca tulisan ni .. Sebenarnya, setiap sesuatu pasti ada pro kontranya, ada kelebihan dan kekurangannya. Ini pun sekadar pandangan peribadi saya sahaja.
eBook Bervideo Cara Buat Coklat Tangan
Cuma sebagai manusia yang hidup pada era ledakan teknologi, di mana kebanyakan maklumat kini boleh diakses hanya dengan satu klik, rasanya tak ada ruginya pun jika kita memanfaatkan kelebihan ini. Nak survive kata orang, kenalah pandai-pandai ..
Ok lah, sampai di sini sahaja dulu. Kalau anda sememangnya sedang mencari-cari eBook masakan dengan kelebihan-kelebihan ini, usah bertangguh-tangguh lagi. Buatlah keputusan dengan bijak sekarang.
Ehemm … bunyi macam promosi je ni ?!
Hehe.. biasalah, nak survive. Lagipun, memang beginilah kerjanya seorang affiliates sambilan macam saya.
Teringin nak belajar menjadi seorang affiliates ? Di sinilah tempat selayaknya.
Panduan Asas Affiliate Untuk Blogger Baru (Newbie)
Yer..ebook yang dinyatakan kat atas tu memang terbaik..rugi kalau tak milikinya..hehe
banyak juga ebook dlm kategori masakan ni ye….
wow… dh tukar theme .. cantik2
Tanda2 dah boring laa ni, tapi alih2 balik ke asal je hihi
kak sebut kuih cakoi teringin pula saya, makan panas2 nyum2
Pernah akak tengok orang makan cakoi ni cicah rendang hahaha
setuju…ebook yang tersenarai kat atas tu memang harus dijadikan koleksi 🙂
Haa memang pun Puteri ..
Nak juga punya ebook,manalah tahu menjadi seorang chef.
e-book bervideo. Memang berteknologi sungguh sekarang ni 🙂 terima kasih untuk sharing. Nanti saya share dgn orang rumah saya.
Share, jangan tak share Mr Hilmi 😀