Dalam entri terdahulu, ada saya tuliskan tentang resepi smoothie yang ringkas dan sangat mudah disediakan. Resepi tersebut sepatutnya dapat membantu anda menyediakan menu sihat itu dengan mudah sekaligus membantu menjimatkan perbelanjaan.

Namun bagi anda yang berhasrat untuk menjadikan bisnes air dan pencuci mulut sebagai idea utama berniaga pada bulan puasa tak lama lagi , pengetahuan tentang bahan-bahan asas untuk membuat minuman dan pencuci mulut adalah merupakan satu bonus atau nilai tambah dalam mempelbagaikan menu anda.
*** 14 Jenis Minuman Hot Di Bazar Ramadhan ***
Menu pencuci mulut yang pelbagai dan beraneka jenis minuman tentu sahaja akan dapat menarik perhatian para pelanggan, apatah lagi jika cuaca panas seperti sekarang berterusan sehingga Ramadhan ini. Memang terliur orang ramai dibuatnya 😀
<<< Teknik Mudah Membuat Tiramisu Mousse In The Cup Yang Enak >>>
Baiklah terus sahaja kepada bahan-bahan asas untuk membuat minuman dan pencuci mulut.
- Gula
Confirm ini bahan wajib. Tak cerita pun semua orang tahu kan hihihi 🙂 - Yogurt
Sejenis susu yang diproses dengan cara dikulturkan menjadi susu masam. Yogurt sering digunakan sebagai bahan membuat puding, saus salad,kuih dan pelbagai jenis minuman. Yogurt boleh didapati dalam perisa asli dan perisa buah-buahan. Dalam kebanyakan proses membuat smoothie, yogurt perisa asli lazimnya lebih banyak menjadi pilihan berbanding yogurt perisa buah-buahan. - Whipped Cream
Whipped cream adalah sejenis krim putar yang mengandungi kadar lemak susu lembu yang tinggi. Ada juga whipped cream yang diperbuat daripada lemak tumbuh-tumbuhan. Krim jenis ini biasanya diputar agar menjadi lebih gebu. Whipped cream boleh didapati dalam 2 bentuk iaitu bentuk cecair berwarna putih seperti susu dan ada juga dijual dalam bentuk serbuk. - Matcha ( Teh Jepun )
Sejenis teh hijau berbentuk serbuk yang diperbuat daripada daun teh yang diproses halus menjadi seperti tepung. Selain daripada dijadikan minuman, Matcha juga sering digunakan sebagai perisa dan pewarna dalam makanan seperti mochi,sorbet, aiskrim, coklat, dan pelbagai jenis kuih Barat. - Muesli
Muesli merupakan sarapan popular di negara Swiss dan Jerman. Muesli terdiri daripada campuran gandum, buah kering dan pelbagai jenis bijirin kekacang. Muesli kerap dijadikan hidangan harian kerana ia tinggi serat, vitamin dan mineral. Kebiasaannya muesli boleh didapati dalam bentuk segar mahupun kering. - Selasih
Selasih adalah sejenis bijian berwarna hitam yang diperoleh daripada sesejenis tanaman. Biji selasih ini akan mengembang apabila direndam dengan air panas. Bentuknya kenyal seperti jeli atau agar-agar dan boleh dimasukkan ke dalam minuman sejuk seperti air sirap, air bandung dan sebagainya. - Marshmallow
Sejenis manisan yang kenyal, ringan , bertekstur gebu, lembut, beraroma dan didapati dalam aneka warna. Marshmallow mencair dengan mudah sebaik dikunyah kerana ia diperbuat daripada campuran gula, putih telur, gelatin, sirap jagung, gam arab dan bahan perisa yang dipukul sehingga kembang dan gebu. - Tepung protein sederhana
Tepung protein sederhana adalah merupakan salah satu daripada kategori tepung gandum yang sangat sesuai digunakan untuk membuat kek berbanding jenis protein tinggi yang digunakan untuk membuat doh roti.
Demikian 7 senarai bahan-bahan asas untuk membuat minuman dan pencuci mulut. Diharapkan sedikit info di sini dapat membantu anda untuk menyediakan menu minuman dan pencuci mulut yang digemari ramai dan mendapat sambutan tinggi pada bulan puasa nanti.
Bab-bab desssert ni memang saya pun favret..:-)
Nak-nak lagi time cuaca panas ni kan Mr Sani … fuhhhh, sejuk tekak 🙂
Memang lega sangat kalau dapat…
emm sedapnya, skrg ni duk nak
makan pulut mangga aje pulaknya 😉
suka makan. tapi tak rajin nak buat.
hehe
Tak pe, ramai yang boleh buatkan Encik Titan … just hulur RM,RM je hihi
Bandar bola kayanya rada ribet ya kak cara pembuatannya