Nampaknya semakin hampir dengan Ramadhan, semakin ramai kaum wanita ( saya jangka begitu sebab wanita sinonim dengan kerja-kerja hias-menghias rumah ni ) yang tercari-cari pelbagai tips menghias rumah. Mungkin mahukan penampilan dengan konsep yang berbeza menjelang musim perayaan nanti.

Lagipun pepatah ada mengatakan ‘rumahku..syurgaku’. Jadi tidak salah berusaha untuk terus menerapkan suasana ceria dan selesa lagi cantik tentunya untuk kediaman yang bukan saja menjadi tempat berlindung tapi juga sebagai tempat menyemai & memupuk  kasih sayang sesama ahli keluarga.

Sekali lagi akan cuba saya kongsikan 6 perkara perlu dielakkan ketika menghias rumah. Tip 6 perkara perlu dielakkan ketika menghias rumah ini saya peroleh daripada pembacaan dan saya titipkan di sini khas buat anda. Diharapkan sedikit sebanyak dapat membantu 🙂

6 perkara perlu dielakkan ketika menghias rumah ialah :

1. Memilih cat, perabot, langsir dan sebagainya mengikut pilihan orang lain.

Sebaiknya, buat pilihan sendiri. Rumah adalah ruang peribadi kita, jadi tentu saja kita yang lebih berhak ke atas kediaman kita. Meminta pandangan sememangnya baik namun  elakkan daripada  membuat pilihan dan mengikut bulat-bulat kehendak orang lain.

2. Mengecat dahulu

Jika boleh dapatkan atau kenalpasti dulu pilihan fabrik, sarung kusyen, sofa atau permaidani barulah fikirkan tentang warna cat supaya ia kelihatan lebih sepadan dan senada.

Mahu Deko! Deko! Deko!.. Klik je sini!

3. Memilih cat dari katalog warna cat

Perkara ini sangat perlu dielakkan sebaliknya belilah satu tin kecil dahulu untuk cuba dipalitkan pada dinding rumah. Cat sebahagian kecil dinding bagi mendapatkan kesan warna itu dalam persekitaran semulajadi. Jadi anda boleh membuat perbandingan akan keserasiannya. Anda juga boleh sapukan pad kadbod lalu acukan pada dinding untuk melihat keserasian serta ‘masuk’ atau ‘ tidak’ dengan persekitaran. Hmm, tips dari pakar ni..bukan saya memandai-mandai sendiri yer hehe 😀

4. Memilih warna dalam kedai

Tip yang sangat saya persetujui. Sama ada semasa memilih fabrik, cat dinding atau kemasan lantai, elakkan terus membeli pada kunjungan pertama. Anda boleh cuba minta contoh permaidani atau fabrik dan juga contoh warna cat untuk dibawa pulang ke rumah.

Ini kerana pencahayaan dalam kedai kadang-kala dipengaruhi oleh lampu. Apabila dibawa pulang ke rumah lain pula warnanya ! Jadi membawa pulang contoh-contoh tersebut akan dapat membantu anda melihat dengan jelas warna nya yang sebenar dan lebih penting lagi sesuai atau tidak ia dengan keadaan rumah anda.

Dekorasi Bajet

Kalau lah rumah saya macam ni 🙂 @ Kredit : Google Images

5. Mengabaikan psikologi warna

Pilih skim warna sesuai dengan suasana yang mahu anda garap atau wujudkan pada kediaman anda kerana semua orang tahu bahawa warna secara umumnya mampu mempengaruhi emosi dan perwatakan.

Ruang keluarga atau ruang bermain untuk anak-anak biasanya lebih serasi jika dipadankan dengan rona terang kerana skim warna sebegitu lebih menepati keperluan atau aktiviti yang sering dilakukan di kedua-dua ruang tersebut.

6. Menghias / dekorasi secara paksa

Usah sesekali cuba memaksa atau mewujudkan skim warna berdasarkan penyatuan hiasan. Maksudnya begini, sebagai contoh  jangan cuba memadankan langsir berjalur merah hanya kerana sofa di rumah anda juga berwarna merah. Anda boleh memilih warna lain yang mungkin ‘masuk’ dengan cuba membuat padanan warna dengan cara mengenalpasti warna perhiasan atau perabot utama dalam ruang tersebut.

Ok, demikian 6 perkara  perlu dielakkan ketika menghias rumah yang dapat saya kongsikan dengan anda kali ini.

Mahu melakukan penataan kediaman dengan lebih tepat ?  Dapatkan lah nasihat atau khidmat daripada mereka yang lebih arif atau pakar dalam bidang hiasan dalaman

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

13 Comments

  1. baru lepas cat rumah kak, ni dalam proses mengemas sebab baru settle bab camping ngan exam hohoho semangat2!!!

  2. tengah plan nak cat rumah ni sis, tapi masih belum pilih warna yang sesuai lagi. 🙂

  3. masa saya mula2 cat rumah.. saya tgk warna catalog nampak mcm putih sikit merah.. bila dah beli,. punya laa putih sangat dan tak sesuai utk carporch…terpaksa beli cat lain. cat yg tersalah beli tu saya cat kat dapur.. nasib baik beli satu tin dulu.

    1. Author

      Emm kalau menjadi kira beruntunglah, tapi kalau tak, sakit mata memandang ye dak sdra Hafiz ..hehe

  4. bila nak cat rumah saya ini heee..sekarang anak yang cat a.k.a conteng hiiii

  5. Satu perkongsian yang menarik. Biasanya melakukan perubahan pada rumah dilakukan pada 4 tahun sekali. 🙂

    1. Author

      Yup Sis hanya buat perubahan beberapa tahun je sekali. Haa, kalau tiap tahun .. kopak ye dak 😀

  6. Perubahan warna cat rumah bisa membuat suasanan hati semakin bersemangat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me