Perkongsian ringkas hari ini …
Untuk makluman adik-adik lepasan SPM yang ada membuat permohonan untuk memasuki bidang perguruan, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM ) sejak 2 hari lepas telah membuka aplikasi semakan online Sistem Permohonan Calon Guru ( SPCG ) bagi calon-calon membuat semakan sama ada permohonan mereka berjaya atau sebaliknya.
Semakan tawaran PPISMP 2014 iaitu Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan ( PPISMP ) bagi Program Calon Guru Tajaan KPM Lulusan SPM Ambilan Jun 2014 ini boleh dilakukan bermula dari 17 Jun 2014 hingga 25 Jun 2014.
Adik-adik boleh membuat semakan segera dengan memasukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan untuk log masuk ke dalam aplikasi tersebut.
Sila klik pada imej di bawah untuk akses lebih cepat ke laman yang berkaitan.
Diucapkan selamat berjaya kepada semua yang telah memohon 🙂

Perkongsian yang berguna, terima kasih.
Sama-sama 🙂
Mmg mudah zaman skrg nie ada semakan online.. semuanya di hujung jari..
Beruntung anak-anak zaman sekarang kan …
Tahniah kepada yang dah berjaya. Pesan saya, yang tak minat mengajar tapi dapat program ni jangan pegi.
Betul tu Cg Hairul. Kalau tak, jadilah macam2 kes seperti sekarang ni