Salam sejahtera semua,
Kepada pemohon atau calon yang sebelum ini ada membuat permohonan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau ringkasnya PISMP bagi ambilan Jun 2013, tetapi tidak menerima sebarang surat tawaran, anda semua berpeluang membuat semakan semula untuk mengetahui sama ada nama anda terpilih sebagai calon gantian Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) ambilan Jun 2013.
Ini kerana mungkin terdapatnya calon yang menarik diri atau pada saat akhir menolak tawaran tersebut.
Semakan tawaran tersebut boleh dibuat esok ( 3 Julai 2013 ) bermula jam 10 pagi melalui laman rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia.
Semak segera, mana tahu nama anda tersenarai sebagai calon gantian. Semoga berjaya 🙂
tahniah kepada yang berjaya
yang tak berjaya tu, cuba lagi nanti
Ye gagal sekali tak bererti gagal selamanya ..
hanya dalam mimpi sahaja alahai… sedih sangat ini
Jgn sedih2 Suri,mungkin belum rezeki…swasta pun bnyk juga jenis2 mcm ni
Sape nak jadi cikgu?
Alahai nama saya tak ada dalam senarai la pulak..hehe
Salam. Saya ingin bertanyakan samada program pismp ini ada ambilan bagi siri kedua atau tidak? 🙂
W’slm Fatin. Insyaallah ada. Sila rujuk portal rasmi KPM ye