Salam sejahtera buat pembaca semua,
Rentetan daripada pelbagai persoalan yang dikemukakan dalam entri lepas oleh anak-anak lepasan SPM 2014 yang berhasrat menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 bagi sesi 2015 , di sini saya coretkan post ringkas bagi membantu menjawab persoalan tentang Rayuan permohonan ke Tingkatan 6 2015.
Bagi calon yang berjaya ditawarkan ke tingkatan 6 untuk sesi 2015, namun masih ragu-ragu kerana turut mengisi permohonan UPU, anda dinasihatkan mendaftar terlebih dahulu ke tingkatan 6 sementara menunggu tawaran-tawaran UPU yang lain.
Pihak KPM sendiri ada menyatakan hal ini dalam aplikasi semakan tingkatan 6 2015 yang dibuka sejak 15 April lalu.
Bagi calon lepasan SPM 2014 yang tidak berjaya mendapat tawaran ke tingkatan 6, anda masih berpeluang untuk mengemukakan rayuan permohonan ke tingkatan 6 2015 . Untuk mengetahui cara-cara mengisi borang rayuan permohonan ke tingkatan 6, anda boleh saja terus ke pautan ini .
Antara syarat-syarat yang perlu dipenuhi bagi mengisi borang rayuan permohonan ke tingkatan 6 2015 ini adalah :
- Keputusan peperiksaan SPM 2014
- Sijil kelahiran
- Kad pengenalan / passport
- Sijil Berhenti Sekolah
- Dokumen – dokumen lain yang berkenaan.