Salam,
Doa buat semua pembaca dan rakan blogger yang dihormati, mudah-mudahan setiap langkah perbuatan hari ini menjadi titik mula kesejahteraan dan kebahagiaan hidup hari-hari seterusnya. InsyaAllah ..
Saya sedang cuba memperbaiki kualiti blog agar apa-apa maklumat yang ditemui di sini dapat memberi manfaat kepada semua pihak. Oleh kerana saya banyak menyimpan artikel-artikel berkaitan kesihatan, mungkin ada antaranya yang sesuai untuk dikongsikan bersama di sini.
Kebetulan terjumpa artikel pendek berkaitan punca-punca kerosakan hati semasa membelek-belek majalah lama tadi. Mungkin ada faedahnya untuk dikongsi bersama sebagai panduan, jadi saya titipkan di sini untuk rujukan semua. Entri berkaitan ini sebenarnya telah pernah saya siarkan lama dahulu di blog pertama. Bagi sesiapa yang pernah melayari blog tu, mungkin pernah membacanya. Apa-apa sekalipun, mudah-mudahan siaran semula di sini berguna & dapat membantu.
Berikut adalah 8 tabiat yang boleh menjadi punca kerosakan hati.
1. Tidur terlalu lewat akibat apa sahaja aktiviti ( termasuk blogging juga ) & kemudiannya bangun terlalu awal adalah penyebab paling utama kerosakan hati.
2. Menahan kencing pada waktu pagi yakni sebaik bangun dari tidur.
3. Makan secara keterlaluan atau dalam bahasa mudahnya makan terlalu banyak.
4. Penggantungan atau pengambilan terlalu banyak ubat-ubatan oleh penderita penyakit tertentu khasnya bagi tempoh yang panjang.
5.Mengabaikan sarapan. Lihatlah, bagaimana sarapan bertindak- bukan sekadar sebagai pengalas perut atau sebagai mekanisme yang boleh membantu menguruskan badan, malah menjadi unsur penting dalam mengekalkan kesihatan hati. Jadi, jangan sesekali meninggalkan sarapan.
6.Makan terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna & pemanis tiruan. Bahan-bahan ini boleh ditemui pada makanan dalam tin contohnya seperti sardin, kacang panggang, kacang peas dan sebagainya lagi.
7. Menggunakan minyak masak yang kurang berkualiti. Seboleh-bolehnya pilih minyak masak terbaik atau yang dikenalpasti berkualiti tinggi. Namun, lebih baik lagi sekiranya dapat dikurangkan minyak semasa menggoreng. Elakkan makanan bergoreng jika berada dalam keletihan atau kesakitan, melainkan tubuh anda memang terbukti benar-benar sihat.
8.Kurangkan makan makanan mentah seperti ulam-ulaman ( pro kontra tentang bab ini, kerana ramai yang sedia maklum tentang khasiat ulam-ulaman ), kerana makanan mentah memberi bebanan yang lebih terhadap hati untuk menjalankan fungsinya.
Kurangkan makan pengawet ataupun ubat ubatan. Nanti hati susah nak bersihkan darah dari elemen asing yang terhasil dari pengawet atau ubat ubatan.
betul tu Joe, pilih makanan segar bukan yg segera atau jenis diawet…bahaya
tq for sharing kak, kadang2 benda2 yg kecil mcm ni boleh akibatkan risiko yang besar kan kak
betul tu Aju… hal2 yg kita tak sedar tp rupanya bawa risiko lain pula
ubat kalau sakit kena pi klink juga.kali ini teruk huhu…tapi klu ubat epo ker gla ok jer gheeee..mmg amik pun hiii
memang betul pun suri
pernah jugak dgr betapa hati kita “terseksa” sbb kita tidur lmbat sgt…
thanks dja berkongsi..byk benda yg kita boleh berkongsi dgn pembaca, terpulang apa yg kita nk kongsi…terbaaaaik!
welcome .. sekadar ikut apa yg saya tahu shj
Memang pun sbb tubuh kita ni ada jam biologinya sendiri
terima kasih
sesekali je terlepas sarapan
tapi tidur memang sangat lewat
Haa lps ni boleh le mula belajar tido awal ye 🙂
hati nak pakai lama. kena jaga elok-elok la. hoho
Betul tu encik kacak
Hehe..terima kasih berikan peringatan..sekarang dah tak tidur lewat sebab badan jadi kebas jer bila tidur lewat..
haa, kene beringat-ingat tu
Ha ah..kadang2 tu stress gak bila kenangkan masalah ni..hahaha
8.Kurangkan makan makanan mentah seperti ulam-ulaman ( pro kontra tentang bab ini, kerana ramai yang sedia maklum tentang khasiat ulam-ulaman ), kerana makanan mentah memberi bebanan yang lebih terhadap hati untuk menjalankan fungsinya.
confius la bab yg ni,ada penerangan terperinci tak?
Secara logiknya, makanan dibersihkan, dimasak atau dicelur bagi mematikan kuman atau menyahkan bahan kimia yang datangnya dari baja, semburan racun serangga atau sebarang bahan lain semasa proses penanaman (merujuk kepada sayuran / ulaman ). Dalam keadaan mentah, kemungkinan besar bahan itu masih kekal. Jadi hati terpaksa bekerja lebih keras untuk menyingkirkan toksik atau bahan beracun yang terkandung di dalamnya … itu yang saya tahu. Wallahualam
p/s : Ada baiknya ikut petua orang tua-tua, rendamkan ulaman terlebih dahulu dengan air garam selama 30 minit sebelum dimakan mentah