3 Hari 2 Malam Bercuti Di Cameron Highlands

Salam sejahtera semua

3 hari 2 malam bercuti di Cameron Highlands mengisi cuti panjang kali ni. Selama 3 hari 2 malam bercuti di Cameron Highlands tertunailah sudah hajat yang terpendam sekian lama untuk membawa anak-anak bercuti di sini.

Mengikut perancangan asal cuti sekolah kali ni, kami sebenarnya bercadang untuk bersantai-santai saja sambil memancing di Segantang Garam . Malangnya langsung tiada kekosongan sebab awal-awal lagi chalet habis ditempah pengunjung. Yang kosong hanya pada penghujung Disember nanti. Memang tak sesuai pula masa tu sebab semua orang dah kalut dengan mesyuarat, pendaftaran awal persekolahan dan sebagainya.

Jadi nak tak nak kena pilih destinasi bercuti yang lain. Pilih punya pilih, daripada bercuti di Langkawi bertukar pula ke Cameron Highlands.

Seminggu jugak saya menggoogle dan menelefon sana-sini bertanyakan tempat menginap yang masih kosong. Itu le puncanya mengapa blog bersawang selama 10 hari … Haishh, boleh ke bagi statement gitu untuk cover line malas update blog heheh … 😀

Tugas menempah bilik penginapan atau homestay ni Mr Hubby serah bulat-bulat kepada saya untuk 3 hari 2 malam bercuti di Cameron Highlands.

So, dengan gigih saya pun calling sana-sini sampai satu tahap rasa macam nak termuntah pun ada sebab dah rasa give up bila semuanya cakap dah penuh. Tanya pada pemilik apartment Puncak Arabella, katanya dah penuh. Call Desa Anthurium pun penuh. Agro Highlands pun tinggal pakej bilik-bilik je. Homestay Kampung Taman Sedia pun tak terkecuali … banyak yang dah penuh seperti Melati Homestay dan lain-lain . Kalau ada yang kosong pula pakej tak begitu menepati kehendak. Memang pening dibuatnya.

Pengajarannya buat perancangan awal jika nak bercuti ke destinasi popular macam ni. Mesti plan awal-awal, survey dulu sebelum buat tempahan ye kawan-kawan.

Last-last dapat juga merasa bercuti di Cameron Highland apabila berjaya menempah apartment Dr Ayob yang terletak di Tanah Rata.

Ok untuk pengalaman menginap di apartment Dr Ayob ni,nak story mory dekat uolls ok ke tidak apartmentnya, insyaallah saya kan sediakan satu entri berasingan ye. So, nanti jangan lupa datang kembali ke blog ni untuk membacanya.

Perjalanan Ke Cameron Highlands

Perjalanan 3 hari 2 malam bercuti di Cameron Highlands ni saya cuba describe kan kat sini secara details khas untuk orang Perlis yang mungkin pertama kali nak ke sana tapi kurang arif dengan laluannya.

Jika dari Perlis laluannya taklah sesukar mana. Anda perlu menggunakan Lebuhraya Utara Selatan yang menghala ke Ipoh / Kuala Lumpur. Teruskan saja perjalanan sehingga jumpa exit Tol Simpang Pulai. Selepas keluar daripada Tol Simpang Pulai, ikut sebelah kanan .

Anda akan berjumpa dengan sign board ke Cameron Highlands. Lepas tu terdapat juga satu papan tanda bertulis Kg Taman Sedia ( Homestay Kg Taman Sedia ) lebih kurang macam tu mengikut apa yang sempat saya catatkan ya . Ikut kanan lagi dan teruskan saja perjalanan anda. Anda akan berjumpa dengan perkampungan orang asli seperti Kg Orang Asli Pawong , Pos Slim dan Kg Pos Atap di kiri kanan jalan dengan gerai-gerai mereka di tepi jalan.

 photo cc233025-e5fa-4dfb-adf8-048c221edc72_zpszctwfmiu.jpg
Gerai orang asli menjual petai, madu dan buah-buah hutan … tapi masa lalu kat sini tak banyak gerai yang dibuka

 

 photo cd59d8e5-e670-47de-b3e9-dc8880f16720_zpsmm0saqtz.jpg
Teruskan saja perjalanan sehingga anda akan berjumpa satu demi satu pekan di Cameron Highlands seperti Tringkap, Brinchang dan Tanah Rata. Haaa dah sampai pun. Tak lah sesusah mana pun. Tak pun jika masih ragu-ragu lagi, guna saja aplikasi WAZE seperti yang saya lakukan. Insyaallah tak sesat. Oh ya, sebelum terlupa jumlah bayaran tol pergi dan balik jika mengikut laluan ini adalah lebih kurang RM 66 semasa entri ini ditulis. Naik lagi selepas ni tak taulah pulak kan 😐

Perjalanan memakan masa lebih kurang 8 jam termasuk masa berhenti untuk makan di R&R Gurun, mengisi minyak dan sebagainya. Mungkin sedikit panjang kerana saya masih belum arif dengan jalannya.

 photo 326aebf1-ae9d-411e-85c8-d17b5ab1db97_zpsi7pk6ubr.jpg
Pekan berhampiran Tanah Rata, kira-kira 4 minit lagi perjalanan ke tempat kami menginap

Gembira dan bersyukur sangat kerana akhirnya pada jam 2.30 petang kami tiba di tempat menginap yang terletak di Tanah Rata. Itu pun belum boleh check in sebab masa rasmi check in adalah pada jam 3 petang. Mungkin masa tiba sepatutnya jadi lebih awal jika kami tidak singgah di  Al-Mashoor Strawberries ketika dalam perjalanan menuju pekan Brinchang.

 photo cfd68945-9900-48a7-9323-03c6166a2151_zps0vbx1fiz.jpg
Singgah sebentar di Al-Mashoor Strawberries. Tapi masa tiba kat sini, strawberry nya tinggal yang putik je mungkin dah habis petik ..

3 hari 2 malam di bercuti di Cameron Highlands, hanya sempat ke MARDI, Abang Strawberry di Kg Taman Sedia, KEA Farms dan Tringkap Bee Farm saja disebabkan hujan. Ralatnya rasa tak sempat ke Butterfly Garden / Butterfly Farm untuk ambik feel rasa jadi macam tuan puteri apabila dikelilingi oleh rama-rama yang terbang dan hinggap di kepala hihi ( Itu statement rakan saya yang terlebih dahulu ke sana  🙂 )

Pandangan Saya Tentang Cameron Highlands

Pemandangan nya masih cantik manakala cuacanya masih lagi sejuk walaupun mungkin  tidak lagi  sesejuk dulu. Mungkin akibat penebangan hutan dan pembangunan yang tidak terancang. Saya katakan tidak terancang kerana terdapat sangat banyak ladang teh, strawberry dan sayur-sayuran yang dalam proses dibangunkan sehingga kelihatan begitu sesak. Kelihatannya seperti masing-masing berlumba-lumba untuk mewujudkan ladang sendiri tak kira di tepi bangunan atau rumah kedai.

Tak terkecuali juga dengan pembinaan begitu banyak hotel dan homestay. Sehinggakan ada yang begitu hampir dengan jalan raya menyebabkan jalan raya terasa sempit.

Maaf ye kalau statement tu mengguris hati anak jati Cameron atau mereka yang lebih arif tentangnya , itu sekadar pandangan peribadi saya saja sebagai pengunjung Cameron Highlands.

Untuk pengalaman di KEA Farms dan MARDI Agro Technology Park juga saya akan kongsikan pada entri seterusnya, insyallah. Terima kasih sudi baca kisah 3 hari 2 malam bercuti di Cameron Highlands.

Selamat bercuti.

Related Posts

3 thoughts on “3 Hari 2 Malam Bercuti Di Cameron Highlands

    1. Eloklah penuhi AB.. tak baik buat isteri tertunggu-tunggu hihi 😀 . Lagi pun tempatnya memang best untuk bawa family & dapat menambah kemesraan seluruh keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *