Dengan Bismillah ..
Penginapan selesa dan berbaloi di Hotel Ismail Group Langkawi . In sya Allah, servis yang bagus, sangat bersih dan saya memang recommend jika anda tak pasti kat mana nak menginap bila ke Pulau Langkawi.
Percutian 3 hari 2 malam ni sebenarnya adalah cerita penghujung tahun lepas, menjelang akhir tahun 2016 iaitu 3 hari sebelum Cuti Krismas.
Sebenarnya planning membawa anak-anak ke Pulau Langkawi sudah lama kami bincangkan, cuma tarikh tak ditetapkan sebab bimbang berlaku banyak pertindihan dengan urusan kerja dan urusan sekolah anak-anak.
2 hari sebelum ke Pulau Langkawi, kami suami isteri sibuk meng Google hotel mana yang sesuai dengan tujuan percutian kami kali ni. Rata-rata hotel yang dicari, sudah penuh dan kalau ada pun, tinggal bilik yang mewah dan tak sesuai dengan budget kami huhuhu.
Setelah sepakat,kami pilih sebuah hotel yang terletak di kawasan perumahan, based on rating kat Trivago dan Booking .Com . Sebenarnya ini adalah pilihan kedua selepas saya call Hotel Haji Ismail Group tapi tak berjaya dapat bilik sebab semuanya dah penuh. Cumanya, kekurangan hotel pilihan ke dua ni adalah agak jauh sedikit dari gerai makan atau kedai-kedai lain. Agak sukar bagi kami sebab kami tiada perancangan pun untuk menyewa kereta sewa. Dah tujuan pun nak pi rehat-rehat saja.. jadi planning pun cara santai-santai sajalah
Namun sehari sebelum bertolak, mungkin dah nak dijadikan rezeki kami pihak HIG call saya dan memaklumkan ada bilik kosong sebab ada reservation yang dibatalkan saat akhir.




Lega dan gembiranya hati apabila hasrat untuk menginap di hotel yang Islamik dan dekat pula dengan gerai makan serta kedai-kedai lain termakbul.
Penginapan selesa dan berbaloi di Hotel Ismail Group Langkawi
Ok berbalik kepada tujuan sharing hari ni, ada beberapa sebab mengapa kami memilih HIG dan ternyata ia adalah penginapan yang berbaloi-baloi untuk dipilih
Pertama, ia milik saudara seagama iaitu diasaskan oleh Allahyarham Tn Haji Ismail yang kemudiannya diwariskan kepada anak-anak
Kalau dah hotel orang Islam, pengurusannya, kebersihannya tentulah kena ikut syariat Islam jugak kan… gitu le kekdahnya kot. Hopefully 🙂
Hotel HIG masih baru beroperasi ,kalau tak silap dalam 3-4 tahun ni saja
Terdapat deretan gerai dan kedai makan di sekitar hotel,banyak pilihan makanan. Sediakan duit je hihihik. Kedai runcit pun ada, jadi kalau terlupa nak bawa pampers anak ke, berus gigi ke…turun je dan beli.
Sarapan yang enak dan pelbagai.
Bilik yang bersih, luas dan sangat selesa
Kemudahan WIFI percuma yang superb. Berdesup je ..memang serius laju ( kemudahan macam ni penting bagi certain people especially mereka yang running on a business
Tandas /bilik mandi yang bersih dan moden. Tapi bilik yang kami sewa tiada tab mandi … Kalau nak, mungkin ada kat suite yang mewah.
Oh ya, lupa nak sebut pasal pricing / rate. Kami pilih pakej bilik Superior berharga RM213.00 untuk satu malam. Bayaran ni adalah selepas diskaun sikit sebab kami suami isteri ni kaki tangan kerajaan. So kalau anda pun kategori sama, masa buat reservation tu jangan lupa maklumkan kepada receptionist yer ..


Oh ye, bilik yang kitaorang sewa ni adalah connecting room ye sebab anak-anak pun dah besar. Tak sesuai lah pulak dok sebilik in case kalau nak menukar baju ke apa kan … So, kalau anda nak bawa anak-anak especially yang dah meningkat remaja atau mungkin nenek dan datuknya ikut sekali, sesuai sangatlah ambik bilik yang macam ni. Keselesaan menginap dan pada masa sama ketenangan hati dari dok memikirkan keselamatan anak-anak di bilik sebelah terjamin gitu ..
Secara ringkasnya kami sekeluarga sangat sangat berpuas hati dengan hotel ni dan pasti akan jadi pilihan utama kami jika datang lagi ke Langkawi
Ok lah bagi yang berminat nak mencuba menginap di Hotel Ismail Group ( HIG ) ni, sila lah buat tempahan anda di talian 04-9668001 atau boleh juga melihat kadar sewanya di sini