Salam Ahad,

Semalam, jam 2.35 petang siap terbitkan satu entri bertajuk ‘Buat Duit Dengan Affiliate”. Lega kata telah di kota 🙂
Selepas Asar, lebih kurang jam 5.45 petang kami sekeluarga ke ANEKA Jitra Mall untuk beli stok barang2 dapur. Huhu, jauh pi beli barang. Macamlah kat Kangar dah tak ada pasar raya ye.. hihi.Sebenarnya memang kebiasaannya begitu, disebabkan pilihan yang agak terhad.
Hampir jam 11 malam, Note 10.1 pun dihidupkan. Niat nak tengok2 bloglah, apalagi kan… blogger laa katakan.Ehemmm, tiba2 rasa macam nak loya muntah pula……
Satu email komen muncul dalam senarai inbox. Belum klik untuk baca, dah rasa tak sedap hati. Lain macam je, siap ada coding2 hape2 ntah…. Dalam hati sudah mengagak,blog ku ini telah dikunjungi sang hacker, hacker sudah menceroboh masuk ni. Tanpa buka email itu, saya delete terus.
Kemudian cuba view blog. Header blog gambar kanak2, wanita & pasangannya muncul di bawah coding2 berjela panjang dengan aneka huruf lebih kurang beginilah ;
A+.,,.BD>>>*&*++haya-el.net bla bla bla
Bukan sekadar atas header, footer pun kena. Confirm hackers!! Adoiii laa, mati Cik Kiah macam ni.
Bagi yang sudah pernah terkena, tentu tahu tahap bengang dan risaunya. Saya sudah menggaru kepala, langsung tak tahu apa hendak dibuat. Cuba login ke wordpress admin tak boleh, begitu juga di CPanel.
Akhirnya jam 11 lebih , saya gagahi diri hantar email kepada blogger terkenal, pemilik @ founder komuniti forum WangCyber.Com yang juga merupakan ahli panel SBDDB 2013 yang baru saja berlalu iaitu Mr Shuth. Pada fikiran saya, biarlah hantar email dahulu. Mungkin Isnin baru akan dapat balasan serta selesaikan masalah ni. Lagi pun dah malam2 buta, tentu orangnya dah dibuai mimpi. Esoknya pula Ahad….hmmm, hai hati,sabar aje lah.
Selepas 10 minit, dering tanda email masuk berbunyi. Alhamdulillah, balasan dari Mr Shuth! Akhirnya selepas berbelas kali berbalas-balas email dengan panduan buat begitu kemudian buat begini, akhirnya Kongsi Macam2 Cerita pulih seperti biasa. Cuma sedikit malang kerana entri ‘Buat Duit Dengan Affiliate’ terpaksa ‘dihilangkan’ demi memulihkan blog. Tak apalah hilang satu entri jika dibandingkan lenyapnya sebuah blog yang diusahakan dengan penuh lelah sejak 9 bulan lalu.
Ucapan setinggi terima kasih ingin saya dedikasikan khas di sini sebagai tanda penghargaan kepada Mr Shuth kerana sejak dari blog pertama pada penghujung 2009 sehinggalah ke blog ke dua ini, setiap kali ada masalah, saya tak pernah sekali pun gagal untuk mendapatkan bantuan daripada beliau.
Itulah sebabnya mengapa sejak mula berblogging dari 2009 hingga sekarang, saya setia memilih hosting dari SempoiHosting.Com.
Kredit Ilustrasi : www.clipartof.com
Hehe..seronok kan ada pengalaman mcm ni..saya alhamdulillah..belum terkena lagi..hehe
pengalaman mcm ni biat x dek tak pa bro hhuhuhu..
Seronok apa ?! X ada pengalaman kena mcm ni lg baik…x terkilan pun huhuhu
Saya ponggg nak rasa gakkkk..hahaha
Ooo ngidam sangat ye…tunggu le nanti
Hahaha…ohh tidak…don’t do like this hacker..saya gurau jer…hahahaha
Dont worry, nti sis recommend kan…baek punya ahaks
pendatang asing tanpa izin juga ni
mujur dapat diselesaikan dalam waktu singkat
alhamdulillah
Ye mujur sgt..sekali dah tkena ni, asyik rasa cuak je la pulak
risau saya kalau terkena macam tu
Mau nye tak risau Juan, boleh lenyap hasil kerja kita selama ni.Menangis tak berlagu le jawabnya