TEMA SAMBUTAN HARI GURU SEPANJANG 41 TAHUN

By | May 13, 2013

Salam hormat semua,

Entri ringkas  kali ini adalah berkaitan dengan sambutan Hari Guru yang disambut secara rasmi pada 16 Mei setiap tahun di seluruh Malaysia. Tinggal lebih kurang 2 hari lagi semua para guru akan merayakan Hari Guru untuk kesekian kalinya. Hari yang membawa sejuta makna kepada insan yang bergelar pendidik khasnya.

Mungkin ada gunanya saya senaraikan kembali tema-tema sambutan Hari Guru sepanjang 41 tahun di sini. Buat rujukan pada masa hadapan bagi mana-mana pihak seperti pelajar, bakal guru, orang awam dan lain-lain pihak  yang memerlukannya sebagai bahan kerja kursus atau hal-hal lain yang mungkin berkaitan.

Sebelum terlupa, Selamat Hari Guru buat semua pendidik di seluruh tanah air. Moga sabar dan tabah dalam menjalankan tugas 😛

TAHUN TEMA
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973   Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974   Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976     Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977   Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996  Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
2013 Guru Malaysia: 1Aspirasi, 1Agenda

Kredit Ilustrasi: raydrevil.com

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

11 thoughts on “TEMA SAMBUTAN HARI GURU SEPANJANG 41 TAHUN

  1. Jomjalan

    Moga beban guru dpt dikurangkan. Kurangkan paperwork cikgu supaya cikgu bukan saja lahirkan pelajar cerdik, tapi yg penting terdidik.

    Reply
    1. SisHaza Post author

      Thanks…ye la, kerja2 perkeranian guru skrg mmg banyak. Rasa mcm dah bertukar bidang pulak

      Reply
  2. sud@is

    tq sudi listkan tema2 hari guru, Sebelum tu nak ucapkan selamt hari guru buat cikgu.

    Reply
  3. ajumohit

    selamat hari guru ye kak, banyak jasa pendidik ini yang pastinya tanpa mereka kita tidak berada di tahap ini hari ini

    Reply
  4. Pingback: HADIAH HARI GURU PALING UNIK - Kongsi Macam2 Cerita

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me