Tudung kanak-kanak
Release Tension di Chalet Terapung Segantang Garam – Kongsi Macam2 Cerita

Release Tension di Chalet Terapung Segantang Garam

Al kisah release tension di Chalet Terapung Segantang Garam , aktiviti sempena  cuti perayaan Deepavali tahun ni.

Awal tahun sibuk, hujung tahun pun sibuk. Itu pun masih ada yang tak puas hati dengan cikgu-cikgi. Cuti kerap sangat, hujung minggu cuti, pertengahan penggal cuti, hujung tahun cuti, banjir cuti, jerebu pun cuti …yang nampak hanyalah cuti. Yang cikgu bertungkus lumus mengajar siang malam, hantar budak pergi sukan, iring murid pergi berkhemah, berkursus hujung minggu , online jam 3 pagi nak proses markah, hantar murid ke rumah sebab demam tapi maki hamun yang cikgu terima …. tak nampak pulak ekk.

Terasa nak jugak tulis surat terbuka kepada individu yang menghentam cikgu di FB beberapa minggu lepas tu. Kes di FB laa kalau korang perasan.

Lulusan rendah tak macam ‘awak’ yang high education tu. Terasa macam nak ingatkan juga supaya beliau banyak berdoa agar keturunannya nanti tak ada yang jadi cikgu . Kang tak pasal-pasal jadi low class dan b***h 7 keturunan pulak.

Haa, boleh tahan bisanya bila mulutku berkata-kata .. 😐

Tapi bila difikirkan balik , biar lah … anjing menyalak, bukit tetap tak runtuh . Grrr …udah,udah. Tarik nafas panjang-panjang.

Dah tension rasa nak marah-marah ni, Cik Kiah sekeluarga pergi bercuti release release tension di Chalet Terapung Segantang Garam. Seronok tau uolls !

2 hari sebelum sambutan Deepavali iaitu hari Ahad jam 9.30 pagi kami sekeluarga secara berkonvoi dengan rakan-rakan sekerja sekolah Mr Hubby bertolak ke lokasi agro pelancongan Chalet Terapung Segantang Garam yang terletak di Merbok Kedah.

Planning asal nak ikut jalan kampung sahaja tapi disebabkan ada beberapa orang guru lelaki kawan-kawan Mr Hubby hendak membeli kelengkapan memancing, maka haluan terpaksa diubah ikut Lebuhraya Utara-Selatan.

Singgah di TESCO SP cari rod bagai, makan tengah hari di restoran nasi kandar entah apa namanya tak ingat pula. Pastu pi cari batang rod yang sesuai tapi tak jumpa, dah jumpa tak berkenan pulak so  mereka lajak ke Aman Jaya Mall … waduhhhh,waduhhh ingatkan perempuan aje pe’el macam ni. Rupa-rupanya lelaki pun 2 x 5 😀

Ok sebelum cerita release tension di Chalet Terapung Segantang Garam ni diteruskan, apa kata layan gambar-gambar sebelum check in ni dulu.

 photo 6d72f6d9-db2d-4485-9fbf-08e4efeb50f2_zps4tshqezt.jpg

Pemandangan hadapan pintu gerbang Chalet Terapung Segantang Garam, Pertubuhan Peladang Kawasan Merbok, Jalan Batu Hampar 08400 Merbok, Kedah DA

 photo 34d2bbf4-4185-4191-bc2e-6b2de125786a_zpsr6xtkunv.jpg

Sebelum check in, Mr Hubby, ayah saya dan ahli group berbincang kat mana nak dapatkan umpun-umpun ( sejenis umpan seperti cacing )

 photo 3ad0e3b5-62ec-4576-8ea5-859547601cd2_zpsn1rkjhpc.jpg

Yang ini pula cafe / dewan makan ….kalau tak silap hanya beroperasi apabila ada tempahan dari aktiviti kem, kursus dan sebagainya

Tiga gambar di atas adalah gambar sebelum kami check in. Masa check in sepatutnya pada jam 2 petang tetapi disebabkan ada group yang terlajak ikut jalan lain sebab sibuk nak pi shopping2 dulu , maka kami hanya check in pada jam 3.20 petang. Haa, rugi masa hampir sejam setengah menunggu ahli-ahli lain berpatah balik ( tersesat ). Memang ini laa cabarannya bila berkonvoi ..

Ok, personally bagi saya aktiviti cuti kali ini sangat menyeronokkan . Lain daripada yang lain … sebabnya saya memang orang yang minat memancing dan suka dengan alam semulajadi. Dan jangan tak percaya, kami sedang buat planning untuk ke sana sekali lagi sebelum berakhir nya cuti panjang tahun ini hehe 🙂

Bagi yang ingin mencari kelainan boleh lah datang ke sini bersama keluarga especially bagi yang minat memancing dan nak lari daripada kesibukan kota atau nak merasa percutian yang adventurous sikit.

Apapun awal-awal lagi saya nak ingatkan jika ada yang berharap chalet ini selesa ibarat hotel 4,5 bintang siap ada tab mandi shower bagai , candle light dinner pastu boleh gi shopping-shopping handbag segala ,ala-ala percutian mewah  maka ini bukanlah tempatnya untuk anda. Diulang ye, ini bukan tempatnya 🙂

 photo a0ad9007-f954-4892-92cc-b5b251836dbc_zpsmhhtb6r7.jpgSebabnya anda sendiri dapat lihat pada gambar-gambar yang saya post kat sini. Chalet terapung dari jenis bilik hinggalah ke pakej VIP semuanya dibina daripada kayu yang disokong dengan tong-tong fibre untuk menggapungkannya.

Jika air pasang, anda akan dapat rasa sedikit beralun dan jika air pasang pada waktu malam anda akan mendengar bunyi-bunyian kayu serta tong-tong yang bergesel sesama sendiri , menghasilkan bunyi seperti orang berjalan keliling bilik anda.

Kelakar pula bila Hafiy beberapa kali bangun dan asyik mengejutkan saya bertanyakan ada siapa berjalan di luar bilik ( Hafiy menumpang bilik saya kerana kami tersalah anggap bahawa pakej yang kami tempah memiliki ruang tamu tertutup, jadi bolehlah dia dan abang tidur di ruang tamu . Sedangkan apa yang berlaku sebaliknya )

 photo 012e6060-1007-4812-83ff-04a7056dcd6c_zpsnnyqlggw.jpgChalet yang kami diami adalah pakej bilik biasa dengan 2 buah bilik berhawa dingin, satu bilik air & tandas, satu dapur dan ruang tamu terbuka yang 1/3 daripadanya hanya dilitupi dengan kain kanvas.

Untuk makluman kepada yang berminat datang ke sini, anda perlu membawa bahan mentah untuk dimasak sendiri. Sebabnya cafe jarang sekali dibuka kecuali jika ada tempahan skala besar mengikut maklumat yang saya terima.

Kalau datang dengan keluarga yang besar anda juga perlu bawa rice cooker sendiri kerana peralatan memasak adalah terhad.

Ok, kat sini saya senaraikan peralatan sedia ada berdasarkan pakej bilik biasa yang kami tempah.

  • Dapur beserta sinki  dan tong gas
  • 1 biji Cerek
  • 8-10 biji pinggan makan
  • 2 biji periuk
  • 3 biji gelas
  • Senduk & 2-3 bilah sudu
  • 2 biji besen kecil
  • Tempat barbeque ( arang kena bawa sendiri )
  • Sebuah tv

Lain-lain daripada yang tersenarai anda perlu bawa sendiri. Oh ya, kami juga bawa sendiri bekalan air untuk minum dan masak. Bukan apa bimbang dengan bekalan air yang kita sendiri pun tak pasti elok atau tidak.

Tentu ada yang terfikir, jenuh juga nak mengangkut banyak barang di atas titi yang berayun-ayun untuk dibawa ke bilik kan … but don’t worry, pihak pengurusan chalet ada menyediakan troli sama seperti troli orang punggah barang kat pasar raya gituuu..

 photo a49388a4-c4d3-4a7e-87d2-c103fab60052_zpsbams41uu.jpg

2 buah katil queen size pakej bilik biasa

 photo 43ea2100-30df-451f-a1c6-9fc4bbfdf176_zps2nbwwoch.jpg

Pemandangan senja sedikit suram sebab nak hujan ..

Pemandangan senja ( tapi tiada sunset ) yang menenangkan diambil daripada pelantar bilik yang juga menjadi tempat kami memancing sepanjang malam 😀

 photo fbe6c7c4-0d00-479f-ac0f-321da27f3d56_zpsonrucumc.jpg

Ikan ‘tuka’ yang ayah saya berjaya pancing

 photo 29411ac0-39e4-4833-bdf4-a0268eb56aed_zpshx19nofu.jpg

Hehe..hasil pertama kali casting di kuala. Anak gelama fresh dari ladang … 😀

Wah, dah panjang benau den bercerita kisah release tension di chalet terapung Segantang Garam ni.  Ok, bagi yang ada angan-angan nak bawa family bercuti di sini, saya ada senaraikan kembali rate bilik Chalet Terapung Segantang Garam mengikut pakej yang saya copy dari pamplet diaorang.

Nasihat saya, semasa anda call untuk membuat tempahan tanyakan betul-betul pakej yang anda pilih tu apa yang ada dan apa yang tak ada. Sebabnya ada juga pakej bilik tapi saya tak pasti yang mana satu, tandasnya terletak di luar . Mungkin jadi agak menyusahkan terutama bagi kanak-kanak dan orang perempuan

Jenis

Unit

Kemudahan

Harga

Chalet VIP

1 buah

2 bilik & ruang tamu berhawa dingin, tv , dapur ,bilik air

Rm 265 / malam

Chalet VIP

1 buah

3 bilik & ruang tamu berhawa dingin, tv , dapur ,bilik air

RM 371 / malam

Chalet biasa

2 buah

2 bilik & ruang tamu berhawa dingin, tv, dapur ,bilik air

RM 212 / malam

Chalet biasa

2 buah

2 bilik berhawa dingin, tv, dapur ,bilik air

RM 159 / malam

Chalet berkembar

2 buah

1 bilik dan ruang tamu berhawa dingin, tv, dapur ,bilik air

RM106 / malam

Chalet dormitery

6 buah

5 katil ‘double decker’berhawa dingin, tv, dapur, bilik air

RM127 / malam

Bilik

1 buah

1 katil queen, 1katil single berhawa dingin dan tv

RM63.60 / malam

Bilik

3 buah

1 katil queen berkipas

RM42.40 / malam

Dewan

1 buah

Untuk mesyuarat dan riadah berhawa dingin, lengkap kerusi meja

RM318 / hari

Restoran

1 buah

Hidangan harian dan pakej

Berdasarkan menu

Bot

2 buah

Aktiviti ‘boating’menyusur sungai, riadah dan lawatan

Mengikut destinasi

Memancing

1 orang

Tanpa had masa

RM15.90

** Sebut harga sewa bilik ini adalah berdasarkan pada masa entri ditulis dan ia mungkin juga berubah kemudian. Untuk tempahan atau info lanjut, anda boleh call nombor berikut : 019 -5592117 ( Noorazila / Muhaiyudin / Mohd Anas ) atau hantar ke inbox hamdan_awang@ymail.com

Diharapkan sedikit maklumat di sini dapat membantu anda membuat persiapan untuk ke sana.

Kepada pihak pengurusan chalet, masih ada beberapa kelemahan yang boleh dibaiki terutama dari aspek keselamatan dan kebersihan chalet. Jika dijaga dengan baik dan diselenggara lebih kerap, chalet ini akan bertahan lama dalam industri agro pelancongan di Kedah.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

12 Comments on "Release Tension di Chalet Terapung Segantang Garam"

  1. Syok juga berehat kat chalet terapung ni kan..pengalaman baru

  2. Kaki pancing memang kena datang sini untuk berehat sambil melayan kerenah ikan-ikan.

    • memang tepat sekali, cuma hari tu aliran air tak sesuai mengikut kiraan orang tua-tuayang mahir bab memancing di kuala ni..jadi ikannya kurang dan kecil saja

  3. tak pernah sampai lg chalet ni….

    blh letak dalam list percutian ni…bwk pancing sekali.. 🙂

  4. macam best je stay kat chalet terapung..pastu leh mancing..teringat last mancing zaman sekolah dulu..rindu pulak..hehe

  5. menarik juga ni, ada pengalaman baru jika bawa anak2

  6. chaletnya bersih x

  7. Hi,
    Saya nak tanya.. dekat chalet tu ade sewa pancing tak ? then, ade ke bot dari situ ke tg dawai ? mcm saya, backpacker & naik public transport ke sana.

  8. umpun umpun ada dekat sekitar chalet ke?

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me