Salam pagi Ahad
Entri hari ni lari sedikit dari kebiasaan. Sebagai blogger wanita ( betul ke saya ni blogger…. ? Haha rasa cam tak layak jer menyandang gelaran tu ^ __ ^ ) saya nak kongsi beberapa petua yang diguna pakai oleh ramai kaum ibu dulu-dulu untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin.
Pro kontra berpantang cara lama & saranan penjagaan kesihatan mengikut kaedah moden sering membuatkan ramai para ibu keliru tentang mana satu yang harus diikuti.
Sebenarnya kedua-dua cara ada manfaat tersendiri untuk kesihatan wanita. Terpulang kepada diri sendiri untuk mengikut cara berpantang sama ada moden atau tradisional.
Faham-faham sahajalah, pengurusan sesebuah rumah tangga lebih banyak dikendalikan oleh wanita a.k.a isteri berbanding para suami. Jadi atas keperluan ini menuntut para wanita agar sihat sepanjang masa.
Ok, kalian boleh cuba amalkan beberapa petua mudah di bawah.
* Rebus segenggam daun jambu batu sehingga mendidih ( Kalau duduk di bandar, tak tahulah kat mana nak cari daun ni…pandai2lah korang ye ). Biarkan suam dan gunakannya untuk mencuci bahagian luka pada alat sulit tu. Petua ni boleh diamalkan 2 atau 3 kali sehari sehingga luka tu sembuh.
* Masakkan ikan haruan sebagai sup dengan campuran halia, lada hitam dan sedikit garam. Jika tak tahu nak masak,bolehlah dapatkan resepinya .Sebelum tu of course la kena siang & cuci macam ikan2 lain jugak. Makan bersama nasi atau begitu sahaja. Petua ni memang popular & ternyata sangat berkesan kerana lendir , isi haruan dipercayai sebagai agen penyembuhan yang cukup mujarab tak kira bersalin normal atau secara pembedahan. P/s : teringat kisah kawan baik saya yang telan hidup2 anak haruan sebesar mancis api ( kecil sedikit kot..) bersama air Milo. Haa ada berani ? 😀
* Rebus gamat dengan air yang banyak sehingga mendidih. Sejukkan dan minum airnya. Air rebusan gamat ni juga boleh digunakan untuk mencuci bahgian luka.
* Rebus hingga mendidih biji manjakani bersama halia, akar kayu ( herba untuk wanita bersalin ) dengan air secukupnya. Biarkan suam lalu minum. Sebaik-baiknya amalkan setiap hari.
* Daun pegaga juga elok untuk mempercepatkan penyembuhan luka bersalin. Caranya mudah sahaja iaitu rebus dan minum airnya. Selain itu ia juga boleh dijadikan ulam semasa berpantang. Untuk rasa lebih sedap makan bersama lada hitam yang ditumbuk halus bersama sedikit garam. Pilihan lain, boleh juga dijadikan jus. Cuma kalau kebiasaannya orang gunakan air batu, maka untuk mereka yang dalam pantang bolehlah gantikannya dengan air suam & kurangkan kadar gulanya.
isteri aku pernah telan anak haruan hidup lepas bersalin
kami beli je dari orang
ada banyak la juga