HUKUM WANITA BEKERJA MENURUT ISLAM

woman bossDunia hari ini menyaksikan ramai wanita tidak lagi terperap di rumah menyandang jawatan suri rumah sepenuh masa. Ramai yang sudah keluar bekerja malah bukan sedikit yang mendominasi jawatan2 tinggi di syarikat2 korporat, di institusi2 terkenal  melebihi kaum Adam. Mungkin ini terjadi kerana peningkatan taraf pendidikan yang sangat ketara berbeza berbanding 10 ,20 tahun dahulu di samping beberapa faktor lain seperti peralihan zaman dan stuktur sosio ekonomi dan sebagainya lagi.

Kedudukan wanita berkerjaya keluar dari rumah dan berada di tengah-tengah masyarakat dari sudut agama Islam menimbulkan persoalan adakah ia dibenarkan dan sejauhmana hukumnya.

Para ulama kemudian telah memutuskan bahawa terdapat 3 hukum wanita bekerja menurut Islam iaitu :

1. WAJIB

……jika mereka tidak bekerja, akan menyebabkan seluruh keluarganya tidak dapat meneruskan kehidupan. Atau disebabkan ketua keluarga iaitu suaminya dalam keadaan sakit & menyebabkan dia ( si suami ) tidak mampu bekerja serta melaksanakan tanggungjawab menanggung sara hidup keluarga.

2. HARUS

…..setelah mendapat keredaan dan keizinan suami untuk membantu menampung kehidupan berkeluarga dengan syarat isteri mestilah menjaga aurat, tahu membatasi pergaulannya dengan lelaki dan perempuan dan wajib menghindari diri dari unsur2 atau situasi yang boleh menimbulkan fitnah dan mendatangkan aib kepada banyak pihak.

3. HARAM

……jika tidak mendapat keizinan dan keredaan daripada suami  apatah lagi jika wanita itu mendedahkan auratnya dan tidak menjaga batas pergaulannya sesama lelaki dan juga perempuan.

Ok…kalian dalam kategori mana ? Pernah tak minta izin suami untuk keluar bekerja ?

Kredit Ilustrasi : Picturesof.net

4 Comments

  1. Ramai juga usahawan wanita yang berjaya menguruskan perniagaan dari rumah sahaja.

  2. Ramai juga wanita yang sanggup berhenti kerja kerana mahu memberi tumpuan kepada suami dan anak2

    1. Author

      Bila mereka ambil kptusan camni, sang suami kene la hargai pengorbanan sebegitu 🙂


Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *