Salam
Selamat Hari Pekerja buat semua rakan blogger dan pengunjung blog yang hari ni berpeluang bercuti dan bersantai bersama keluarga sempena cuti umum ni. Sebelum ni saya ada nyatakan planning untuk bawa anak-anak ke kedai buku POPULAR sempena cuti Hari Pekerja kan, tapi nampaknya tak ada rezeki. Si Hafiy demam dan muntah-muntah..Lastly, bercuti kat rumah aje lah.
Ok, baca dulu sampai habis. Gambar anak kucing di atas tu bukanlah gambar baka kucing Maine Coon seperti tajuk yang tertera ye. Itu adalah gambar anak kucing kat rumah yang baru je berusia sebulan lebih. Belum lagi bernama, anak kucing baka kucing Siam campuran ni adalah anak si Yeob. Terpaksa diletakkan dalam sangkar buat sementara kerana kerap sangat dah, anak2 kucing yang sebelumnya ni, suka sangat ย main2 bawah tayar si Novy dan finally boleh agak kan apa yang berlaku. Lagipun kat kawasan rumah saya ni, ada jugak sekali sekala kelihatan kelibat anjing liar yang merayau-rayau pada waktu malam. Bahaya kalau terjumpa…
Oleh kerana saya memang sukakan kucing, so keraplah juga merakam gambar-gambar haiwan kesayangan Nabi ni walaupun tak ada kamera mahal dan canggih,siap ada bokeh seperti blogger ini dan ini ๐ heheh..
Sebagai pencinta kucing, saya hanya suka pegang2 dan main2 dengan kucing tapi tak pernah pula mengkaji dan mengambil tahu tentang baka2 kucing dan personalitinya. So apabila terjumpa artikel tentang baka kucing Maine Coon ni, rasanya elok juga dikongsikan di sini. Maybe ada gunanya kepada peminat atau pemilik kucing.
Personaliti Kucing Baka Maine Coon
Sangat akrab dan manja dengan pemiliknya
Suka mengekori pemiliknya ketika di rumah
Tenang,manja,mudah didekati manusia terutamanya golongan kanak-kanak
Sangat ‘sopan’ dan ‘baik hati’ …dalam kategori atau kumpulan haiwan haiwan lah
Memiliki wajah bengis atau ‘brutal’ seolah-olah garang dan ‘susah senyum’
Ciri-ciri Kucing Baka Maine Coon
Mencapai saiz sebenar ketika berusia 3 – 5 tahun
Bersaiz besar dan memiliki bulu separa panjang
Bulu di bahagian leher lebat,tidak ketara ketika masih kecil
Bertelinga besar berbentuk menegak dan mempunyai sedikit bulu di hujungnya
Semakin tegak telinganya, semakin baik kualitinya
Mampu mencapai berat 15 kilogram setelah dewasa
Ok,inilah contoh gambar kucing baka Maine Coon. Sama tak dengan kucing kat rumah anda ?
Kredit Gambarย : Kucing.my
Geram je tengok kucing ni. Dah lama tak bela kucing. Tak larat nak jaga dah.
Haha..makhluk Allah yg boleh jd teman baik manusia. Tapi menjaganya kena ada sifat sabar kan
sampai 15kg sangat berat tu
dah tak daya anak2 nak mengangkatnya
anak2 kita yg darjah 1 pun ada yg tak seberat tu.. ๐
Baru tahu semakin tegak telinga baka Maine Coon ni,semakin baik kualitinya..
itu lah, telinga pun boleh jd petunjuk.agak2 kalau telinga org panjang menegak gitu, apa la maksud kan.. ๐
Cantik..tapi seram gak tengok mata dan kuku dia..hehe
Maybe boleh buat mcm omputih…bawa gi spa haiwan touch up etc ๐