Isu penggunaan dakwat kekal dalam PRU 13, masih lagi diperkatakan ramai. Ada yang berkata penggunaannya menyalahi hukum syarak, ada pula yang menyebut penggunaan dakwat kekal sebenarnya untuk menangani masalah pengundi hantu. Macam2 lagilah. Pendek kata, selagi belum selesai pilihan raya, isu mengapa guna dakwat kekal ni tetap akan menjadi bahan debat banyak pihak..

Tak perlu kepoh-kepoh. Meh kita tengok mengapa dakwat kekal menjadi pilihan musim pilihan raya kali ni.

  • Dakwat kekal digunakan untuk langkah mencegah daripada berlakunya kemungkinan wujud percubaan-percubaan oleh pengundi untuk mengundi lebih daripada sekali di pusat mengundi yang berlainan.
  • Kertas undi tidak akan sesekali diberikan jika pengundi ingkar atau enggan menunjukkan jari telunjuk tangan kiri kepada petugas SPR. Kes ini adalah untuk memastikan tiada sebarang penandaan awal ( dalam percubaan menipu )sebelum tiba tempoh atau hari mengundi.
  • Beberapa negara demokrasi yang besar yang menggunakan dakwat kekal adalah merupakan hasil keputusan yang terpaksa digunapakai kerana masalah jumlah rakyat & pengundi yang terlalu ramai.

Antara negara-negara di dunia yang telah menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya ialah :

  1. Afghanistan
  2. Algeria
  3. Bangladesh
  4. Burkina Faso
  5. Republik Demokratik Congo
  6. Mesir
  7. India
  8. Indonesia
  9. Jordan
  10. Lubnan
  11. Libya
  12. Mauritania
  13. Mexico
  14. Mozambique
  15. Nicaragua
  16. Peru
  17. Filipina
  18. Afrika Selatan

Teka-teki tentang warna sebenar dakwat kekal hanya akan diketahui apabila tiba hari mengundi nanti. Dikatakan sejumlah 230,000 botol dakwat disediakan untuk PRU kali ini.

10,000 botol akan digunakan untuk pengundi awal, manakala selebihnya akan digunakan pada 5 Mei nanti. Difahamkan juga setiap sebotol dakwat yang kini disimpan dalam bilik kebal, boleh digunakan untuk 100 orang pengundi.

Sumber: Kosmo!

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me