Resepi Ketupat Sotong Ala-ala Terengganu
Bulan-bulan puasa ni selera memang lain macam. Serba serbi teringin nak makan .Syaitan dah memang kena rantai,tapi nafsu makan still tak kecik-kecik.. 😀 Hehe, ada yang terasa ?
Maaflah, bukan nak mengata sesiapa pun tapi lebih kepada menilai diri sendiri. Ramadhan bulan seribu rahmat, bulan untuk melipatgandakan amal ibadat. Tapi yang dikatakan manusia ni, memang tak pernah lepas daripada menurut nafsu … Kata orang ikut hati mati, ikut rasa binasa, ikut nafsu lesu ! So sama-samalah kita berpada-pada dalam apa-apa perkara hatta soal makan sekali pun.
Ehemm, sebut bab makan ni, kalau kat office atau tempat kerja, bulan-bulan Ramadhan ni masuk pukul sembilan je dah mula fikir menu apa nak masak untuk berbuka hari ni . Kalau buka group perbincangan sekalipun, jangan sampai lupa kerja ye 🙂
Moh apa kata kita cuba buat ketupat sotong ala-ala Terengganu. Mesti terangkatlah!
Ok terus ke bahan-bahannya :

p/s: Maaflah gambar tak secantik mana. Al-maklum kamera murah je huhu..
Bahan-bahan ketupat sotong :
-
7-8 ekor sotong bersaiz besar-dibuang tulang, pundi dakwat dan dibersihkan. Toskan.
-
Secawan beras pulut, dibersihkan dan direndam selama 60 minit.
-
Satu camca teh biji halba.
-
4 ulas bawang merah – dihiris halus.
-
Sedikit halia.
- Garam, gula dan serbuk perasa
Cara-cara. Membuat Ketupat Sotong
-
Cuci beras pulut hingga bersih dan toskan .
-
Sumbatkan atau masukkan beras pulut ke dalam sotong( anggaran 2/3 daripada ruang dalam badan sotong) Tak boleh disumbat penuh kerana beras pulut akan mengembang.
-
Gunakan lidi untuk dicucuk pada bahagian atas sotong bagi mengelakkan beras pulut terkeluar.
-
Panaskan empat atau lima cawan air dalm periuk kosong. Masukkan halba, bawang dan halia ke dalam periuk tersebut.
-
Apabila mendidih,masukkan sotong ke dalam air rebusan secara tersusun.
-
Didihkan sehingga 20 minit atau sehingga pulut di dalamnya masak (pandai-pandai lah macam mana nak trace sama ada pulut tu masak atau tidak)
-
Masukkan santan ke dalam periuk berisi sotong tadi. Masak sehingga santan hampir kering barulah masukkan gula dan garam sekucup rasa.
-
Matikan api dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.
p/s: resepi ini mungkin sedikit berbeza dengan resepi asli ketupat sotong Ganu kite tapi rasanya tetap awesome insyaallah. Selamat mencuba .
Hehe…kesilapan teknikal. Secukup ye bukannya sekucup 😀
best laa resepi nie, sumbat pulut dalam sotong 😀
saya tak reti nak makan ketupat sotong manis ni kak, atau kalau nak makan, saya cicah dengan sambal hehe
Perghhh feveret nihhh..memang sedap sampai menjilat sudu nih..hehe
Haa..citarasa orang Ganu kite memang tak lari dari resepi ni ye
Sudah lama tidak merasa resepi ketupat sotong. Kalau jumpa ingin merasa.
Molek juga tu,sesekali tukar selera kan .. 🙂
Mantabb,,lezatnyaaa