Langkawi Oh Langkawi …
Sekejap saja masa berlalu. Cuti seminggu sudah sampai ke penghujungnya.
Bagi yang sempat balik kampung atau pergi bercuti ke tempat-tempat peranginan dalam atau luar negara tentu sekali berasa lebih gembira . Semangat sudah pun di topup, jadi sepatutnya dapat kembali bekerja dalam keadaan yang ‘fresh’ dan tak moody2 lagi hihihi 🙂
Malangnya, cuti sekolah kali ini kami sekeluarga tak ke mana-mana pun. Sekadar menghadiri kenduri kahwin tu adalah … itu pun sekitar kampung saja.Angan-angan untuk ke Pulau Langkawi pun hanya tinggal angan-angan saja. Hmmm Langkawi oh Langkawi … 😐
Banyak urusan seperti kelas tambahan UPSR, latihan permainan untuk pertandingan yang bakal berlangsung sebaik saja buka sekolah, kerja-kerja ‘upgrade’ semula PSS dan sebagainya menyebabkan langkah pun jadi terbatas. Ditambah pula dengan rumah kami yang sedang dalam proses renovate, jadi tak sesuai pula nak meninggalkan semua urusan tu kepada tukang rumah sepenuhnya. Iye lah, kejap simen habis nak kena beli stok baru, pasir pun dah tinggal sedikit … macam2 hal lah.
<<< Klik Hujung Jari Pilih Hotel & Lokasi Cuti >>>
Sebut pasal angan-angan nak ke Pulau Langkawi tu, sebenarnya bukan tak pernah pergi pun ke tanah tumpah Mahsuri . 5,6 tahun dulu kerap sangat saya ke sana. Laaa… kalau nak tahu kami cikgu-cikgu kat sini, jika dihantar berkursus oleh JPN, tak ada tempat lain melainkan Langkawi. Asyik Langkawi, Langkawi, Langkawi …. Sampai naik muak ko. Aicewahhhh muak konon 😀
Tapi sekarang dah jarang sangat ke sana. Sejak-sejak ” budget kurang ” ni, berkursus pun sekadar kat PKG je huhuhu 🙁
Sebenarnya , apabila bercerita tentang cuti sekolah dan pergi bercuti ni … elok sangat jika dapat cari ruang untuk membawa anak-anak bersama-sama. Sementara mereka masih dalam ‘tangan’ kita. Jika mereka sudah melangkah keluar dan mula berdikari, kita pula yang akan terpaksa ‘berlari’ untuk mendapatkan mereka. Walaupun anak-anak Cik Kiah masih remaja dan tak ada pengalaman lagi bab anak yang meningkat dewasa,tapi semua perkara itu lambat laun akan berlaku. Percayalah cakap Cik Kiah ni..
Banyak perkara yang dapat diperbetulkan semasa bercuti …. Contohnya penstrukturan semula keluarga, merapatkan kembali jurang komunikasi, macam-macam lagilah..
Kang nak tulis panjang-panjang jadi macam karangan UPSR kebaikan bercuti pula hihihi..
Teringat masa membawa anak-anak bercuti ke Pulau Langkawi bertahun dulu. Seronoknya mereka tak terkira. Apa tidaknya, hotel yang kami sewa di bawahnya terdapat pasar raya yang menjual aneka coklat, letaknya pula berdekatan dengan KFC, restoran nasi kandar dan pelbagai kedai dan kemudahan lain. Senang cakap, macam tak cukup masa nak menjelajah semua.
Kini, apabila dikenang-kenangkan semula .. ia momen indah yang tak mungkin akan dapat diulangi lagi. Mereka semakin membesar, suatu hari mungkin akan melanjutkan pelajaran ke tempat yang jauh jika ada rezeki , kita pula semakin tua dan ruang untuk bersama macam waktu mereka kecil-kecil dulu semakin kurang … Ohh tidak dapat dibayangkan.
Dan tiba-tiba hati terasa sangat sayu ..sob,sob,sob
anak-anak semakin besar
dan kita pula semakin tua
perjalanan hidup memang macam ni
semua akan melaluinya
ya,jika umur panjang kita semua akan melaluinya kan cikgu
Memang tak pernah merasa gi Langkawi nih..
dulu ada nama tersenarai peserta kursus gi Langkawi tapi tukar last minit…. aduhai
kawan saya pun ada kursus kat Langkawi juga. Memang langkawi tu memang tempat kursus ke. hahaha
Masa pergi bawa anak-anak ke Langkawi dulu tu tentu tinggal kat Pekan Kuah. Memang ada banyak meudahan kat situ dan nak beli coklatpun dekat dengan Ismail Group Store.
Setuju dengan nasihat agar bersama dan bawa anak-anak di kesempatan bercuti. Memang dapat erat dan strukturkan semula keregangan… alangkah baiknya kalau sentiasa dapat bua begitu…!
haha tepat sekali tekaan Mr Shubhi tu … ya, selagi berkesempatan,gunalah peluang tu sebaik mungkin