Salam Sejahtera
Sedikit masa dulu, pernah heboh tentang isu bahaya alat mainan murah kanak-kanak yang mengandungi banyak bahan berbahaya terutama alat mainan murah yang diimport secara besar-besaran dari negara China. Kemudian ia senyap seketika sebelum menjadi hangat semula apabila ia disiarkan oleh akhbar , Harian Metro pada minggu ini. Nampaknya cabaran ibu bapa era ini semakin besar dan semakin mencabar dalam mendidik dan melindungi anak-anak berbanding para ibu bapa zaman dahulu.
Lambakan pelbagai jenis alat mainan murah yang tidak menepati standard atau piawaian dari negara asalnya iaitu China dikatakan mengandungi pelbagai bahan kimia beracun seperti kadmium, arsenik dan plumbum yang mampu meresap ke dalam tubuh kanak-kanak bukan saja apabila ia digigit atau dimasukkan ke dalam mulut, malah boleh memberikan kesan buruk sebaik sahaja disentuh.
Mainan yang tidak diluluskan penjualannya serta tidak memiliki tanda pengesahan Malaysian Conformity ( MC ) mengikut Peraturan Standard Keselamatan Mainan Kanak-kanak ini khabarnya boleh menyebabkan perkembangan IQ kanak-kanak terbantut, kerencatan proses tumbesaran fizikal dan pertumbuhan mental, kerosakan saraf pada otak, serta berupaya mencetuskan kanser pada awal usia.
Jenis bahan kimia berbahaya yang dipercayai terdapat pada alat mainan kanak-kanak ( alat mainan murah ) ialah :
-
Bromin ( Br 35 )
Sangat berbahaya. Mampu menyebabkan kerengsaan mata, paru-paru dan kulit kerana cecair nya beracun dan memiliki sifat menghakis. Ia boleh mencetuskan gejala batuk, loya, muntah-muntah, sakit kepala, sesak nafas , edema kelopak mata dan sawan.
Terdapat juga laporan mengatakan bahawa bahan ini mampu menjadi penyebab penyakit asma, bronkitis atau pneumonia.
-
Plumbum ( Pb 82)
Mampu meresap ke dalam tubuh dan kekal lama di dalamnya. Turut merencatkan pertumbuhan tulang dan otot, perkembangan fizikal dan mental, kerosakan saraf otak, penurunan tahap kecerdasan ( IQ ), masalah disleksia dan autisme, penyebab gejala anemia dan kemungkinan koma.
-
Kadmium ( Cd 48 )
Sejenis bahan kimia yang sangat beracun, biasanya digunakan sebagai bahan ‘ plastisizer’ iaitu sejenis bahan bagi meningkatkan kualiti plastik permainan agar warnanya tidak luntur walaupun setelah lama digunakan. Kandungan bahan ini boleh memasuki tubuh melalui pengendalian alat mainan itu sendiri secara tidak langsung yang menyebabkan gejala seperti loya, muntah-muntah, sakit kepala, cirit-birit, sakit tekak @ tekak kering selain menjadi punca kanser, masalah jantung dan hati.
-
Klorin ( Cl 17)
Bahan kimia ini boleh mendatangkan kerengsaan sistem pernafasan dalam kalangan kanak-kanak dan warga emas. Ia sangat efektif sebagai ejen pengoksidaan, pelunturan dan nyahjangkitan. Pendedahan jangka panjang terhadap kanak-kanak boleh mencetuskan masalah paru-paru.
-
Arsenik ( As 33)
Bahan kimia ini biasanya terdapat dalam racun rumpai, pengawet kayu-kayan, rodentisid dan ejen pengeras dalam aloi logam. Ia berupaya menyebabkan kerengsaan pada kulit, membran mukous, saluran pernafasan dan gastrousus. Kesan tindak balas bahan ini boleh dilihat apabila kanak-kanak kelihatan lesu, kurang selera makan, loya, muntah-muntah, hepatitis, rasa kebas dan rambut gugur.
-
Raksa / Merkuri ( Hg 80 )
Bahan yang sangat beracun ini mampu menyebabkan kerosakan saraf otak dan hati jika dimakan, disentuh atau dihidu. Ia juga menjadi salah satu penyebab kepada kegagalan buah pinggang dan sistem saraf.
Ia juga mampu memberi kesan kepada bayi atau janin dalam kandungan.
Pendedahan atau penggunaan berterusan berupaya menyebabkan ruam, iritasi dan masalah lain pada kulit. Terdapat juga kajian ke atas kanak-kanak disleksia yang mendapati kandungan merkuri yang tinggi dalam tubuh mereka selepas menjalani analisis.
Simptom akibat tingginya kandungan merkuri dalam tubuh kanak-kanak boleh dilihat apabila mereka hilang selera makan, keletihan , ketidakstabilan emosi, kurang daya tumpuan atau kemerosotan memori.
-
Plastik Polyvinyl Chloride ( PVC )
Bahan ini digunakan secara meluas dalam proses pembuatan alat mainan kanak-kanak, perabot dan tidak terkecuali botol minuman. Ia mengandungi ‘ phthalates’ dan unsur kimia ‘ Vinyl Cloride Monomer ( VCM ) yang boleh menyebabkan barah .
Apabila kanak-kanak menghisap, mengunyah ataupun tertelan bahan ini , ia boleh menjejaskan kesihatan seperti menjadi penyebab masalah buah pinggang dan paru-paru.
Semua bahan yang tersenarai di atas adalah bahan yang disenaraikan seperti dalam laporan akhbar Harian Metro, Khamis 5 Jun 2014.
Sebagai ibu bapa, kenyataan sebegini tentu menyebabkan kebimbangan. Hendak disekat tentulah tidak munasabah kerana kita sendiri sedia maklum akan kepentingan alat mainan untuk kanak-kanak. Jadi dalam menangani masalah ini, mungkin kita sebagai ibu bapa perlu mengambil pendekatan sesuai seperti meneliti dahulu maklumat pelabelan pada bungkusan atau plastik mainan sama ada terdapat pengesahan kelulusan daripada badan berkaitan atau tidak, kandungan atau sumber pembuatannya, , memilih alat mainan yang diyakini lebih selamat biarpun terpaksa berbelanja lebih sedikit atau mencari alternatif lain sendiri secara kreatif dalam memberi hiburan dan membangunkan perkembangan jiwa dan fizikal anak-anak.
Bila baca semua kesan sampingan akibat daripada bahan-bahan bahaya yang ada kat dalam mainan murah kat atas tu, jadi takut sangat..yelah..anak-anak kita ni kadang-kadang kalau nakkan sesuatu mainan tu dah tak kira mahal atau murah dah..kadang-kadang kalau dah mengamuk teruk sangat, terpaksa jugak beli..nampaknya lepas ni kena kuatkan semangat untuk elak alat mainan murah ni..
Thanks untuk info ni cikgu..
Sama2. Nampaknya kita kena lebih selektif selepas ini… keselamatan dan kesihatan mereka patut diutamakan
Main mainan tradisional lah, main tutup botol, takde bahan kimia berbahaya tu. 🙂
Itulah, rasanya kena balik ke asal macam zaman kita kecil2 dulu kan ..selamat dan sihat
mainan anak2 ada sebakul ni kak, mmg nak kene asingkan sebab ada yg dah patah riuk, klu baca entri ni nmpk gaya sebakul tu kene buang, bagus juga sebab clear umah hehe
Bahayanya…kesian anak2.
Terkadanga kita memikirkan biaya juga, mainan bagus harganya mahal.
Sangat2 berguna info INI, saya agak kecewa juga dgn kualiti permainan yg d export ke malaysia, contohnya keluar buzzbee air warrior extreme range master, harganya klu dah d tukar Dari dollar ke RM hanya RM 70 ringgit Dan d jual pula pada harga RM 150 ringgit, double kan? Tidak cukup dgn itu fire range senapang permainan tu d kurangkan pula 50% Dari yg d jual d luar negara…. Apa yg terjadi permainan tu bukan saja tak sampai tahap 50% sasaran dia ianya hampir tak boleh menembak??? Daripada ianya terlalu d kurangnkan demi faktor keselamatan adalah lebih baik d haramkan terus supaya pembeli d negara ini tak rugi, byk contoh nerf, buzzbee Dan lain2 lagi