Anak adalah penyeri kehidupan berkeluarga. Saat lahirnya seorang anak, maka bermulalah tugas kita sebagai ibu bapa untuk mencorak peribadi  mereka. Dalam hal mendidik anak-anak, ramai di antara kita terlupa bahawa didikan yang berkesan adalah sewajarnya  mengikut zaman kelahiran anak-anak itu sendiri.

Mengguna pakai cara didikan yang pernah kita sendiri terima daripada ayah dan ibu dahulu, sesetengahnya mungkin tidak lagi  relevan dengan latar kehidupan zaman sekarang. Ini kerana anak-anak zaman sekarang tidak lagi mahu patuh sewenang-wenangnya selagi mereka tidak diberi kefahaman dan  penjelasan logik tentang sebab dan akibat akan sesuatu perbuatan.

Berikut adalah 7 perkara yang mungkin patut kita perhatikan dalam usaha mendidik anak-anak . 7 halangan membina peribadi atau sisi kendiri yang positif dalam kalangan anak-anak mungkin kelihatannya seperti remeh sahaja, namun besar kesannya kelak dalam membentuk peribadi mereka.

7 Halangan Dalam Membina Peribadi Positif Anak-anak

1. Sukar bagi anak-anak untuk mempelajari makna maaf dan memberi kemaafan apabila mereka sendiri jarang sekali dimaafi.

2. Bagaimana mungkin mereka mempelajari erti sabar dan memahami kenikmatan tertunda hasil  daripada kesabaran ( delayed gratification) jika ibu bapa sentiasa memenuhi setiap permintaan ketika itu juga.

3. Anak-anak keliru dan sukar menerima ketidaksempurnaan  individu ( termasuk diri dan orang lain ) jika semasa kecil dan sepanjang tempoh menuju kematangan, mereka sering diherdik dan dimalukan / diperkecilkan akibat sedikit kesilapan.

4. Amat sukar bagi anak-anak mengerti makna kerjasama jika semuanya sentiasa mengikut telunjuk mereka.

5. Daya kreatif anak-anak mustahil dicungkil jika setiap  perkara dilakukan, tersedia  untuk mereka.

6. Bagaimana mungkin memupuk rasa kemanusiaan dalam kalangan anak-anak  jika mereka tidak pernah dibiasakan dengan rasa pedih kehilangan sesuatu yang disayangi.

7. Mustahil membentuk anak-anak menjadi individu yang kental semangatnya jika setiap perkara dijadikan senang untuk mereka.

3 Comments

  1. memang sukar mendidik dengan keadaan dunia sekarang yang semakin mencabar
    sememangnya kita sangat perlu kembali kepada apa yang dianjurkan oleh agama

  2. perkongsian yang baik.. bukan mudah nak pastikan anak2 menjadi anak yang positif..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *