Sumber : Google Images

Salam sejahtera dan selamat menyambut Hari Raya Haji @ Aidil Adha buat semua pembaca dan rakan blogger yang beragama Islam di seluruh dunia.

Banyak hari juga tak ada entri baru di blog ni kerana saya agak sibuk sedikit. Ditambah pula dengan ragam bb yang macam siput sedut 🙁 lagi bertambah tak ada mood nak blogging. Dan saya rasa macam ada masalah je dengan comment form di blog ni tapi tak taulah kalau itu perasaan saya sahaja.

Oleh itu, jika lah ada rakan blogger yang sering berkomen di blog ni, perasan something yang tak kena kat mana-mana, mohon jasa baik sahabat semua untuk maklumkan ye .. Budi baik kalian didahului dengan ucapan terima kasih 🙂

Alhamdulillah, walaupun hampir 5 hari tak menulis rezeki blog ni tetap ada. 3 ‘hadiah’ serentak sehari menjelang hari raya datang menyerah. Tak ada kata lain selain, Alhamdulillah.

Walaupun tak menulis, saya rajin semak akaun Nuff dan melihat kata kunci yang dicari oleh pembaca dalam edah kita beraya ni dan nampaknya kata kunci cara atau petua daging cepat empuk menjadi keyword sangat panas dan laris di blog ni.

Hmm, memang ini ada kaitannya dengan daging korban ye dak. Hari Raya Korban, orang sibuk buat rendang untuk dimakan dengan ketupat. Lepas tu sana-sini pula orang buat sembelihan korban. Jadinya 2,3 hari ni tentu banyak makan daging.

Apabila dah banyak makan daging, mulalah sakit kepala,pening atau panas badan. Bahaya pula jadinya, apalagi kalau ada penyakit darah tinggi kan ..boleh kena strok haba tu

Ok, moh kita cuba petua hilangkan panas badan yang diamalkan oleh nenek moyang kita dahulu. Usah dibiarkan nanti jadi cerita lain pula.

Petua hilangkan panas badan

( ** p/s – petua hilangkan panas badan ni sesuai dicuba bukan sahaja kerana terlebih makan daging tapi juga kerana terlebih makan durian, demam atau kurang air dalam badan )

  • Perah sebiji lemon ke dalam segelas air kosong. Masukkan sedikit gula, kacau hingga larut dan minum
  • Dapatkan sebiji timun, kisar atau blend sehingga halus. Tambahkan sedikit garam dan gula. Minum setiap pagi, petang dan malam selama 2,3 hari
  • Tebuk sebiji kelapa muda lalu masukkan sesudu besar jintan manis ke dalamnya. Biarkan semalaman dan minum semua airnya sehingga habis pada keesokan pagi. Cuba amalkan seminggu sekali
  • Kisar sebiji buah belimbing menggunakan segelas air kosong. Tak perlu ditambah gula. Tapis sarinya dan minum airnya 2 kali sehari

Jika 4 petua di atas tidak menjadi, anda boleh juga cuba :

  • Lumurkan lendir lidah buaya ( pokok lidah buaya bukannya sang buaya hehe ) ke ubun-ubun, bahagian bawah ketiak serta dada. ( Sesuai sekali untuk anak kecil yang demam )
  • Layur 2 pelepah daun pisang ( seeloknya pisang nangka ). Letakkan satu di atas lantai, baring di atasnya manakala satu lagi untuk menyelimuti tubuh dari atas. Lakukan 3 kali sehari
  • Petua paling popular – ramaskan asam jawa dengan semangkuk air. Sapukan air tersebut ke bahagian ubun-ubun dan seluruh kepala serta lain-lain bahagian badan sebelum tidur

Ok nampak macam leceh je nak buat benda-benda ni, tapi petua hilangkan panas badan dengan sumber alam ni adakalanya berkesan. Tak berjaya dengan ubatan moden, apa kata kita cuba pula cara tradisional. Usah pandang rendah pada petua warisan orang tua-tua.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

20 Comments

  1. Alternatif moden,minum air cap badak ..dulu2 masa kita demam mak kita belikan air tu kan 😀

  2. Ingatkan tadi petua hilangkan panas baran…tersilap baca ler pulak

    1. Author

      Haha…nanti kita buatkan petua panas baran ye Mr Shubhi

  3. kalau mandi banyak2 tak boleh ke?
    atau pun rendam kaki dalam bekas air

  4. Nak kasi daging empuk tu, biasanya saya masak guna api yang kecik. Tapi memang berjanggut la nak tunggu siap masak. Haha

    1. Author

      Kalau api besar, nanti daging tu masak ‘terkejut’. Liatnya mak oi tak usah cakap

  5. Salam ziarah dan salam perkenalan sis..
    Dalam minggu ni satu keluarga saya kena demam panas…alhamdulillah saya cuba praktikkan salah satu petua dari sis…ianya amatlah berguna..trima kasih atas perkongsian..

    1. Author

      Sama2 Nini … mudah-mudahan ada yang sesuai & berkesan supaya cepat sembuh ye 🙂

  6. Petua ni boleh guna utk panas badan ori tak?? (Bukan demam)

  7. Assalamualaikum semua.., tumpang tanya., sy dh 2 hari demam panas badan, terutama pada waktu 4-6pg, memang x bleh nk tdo, apa yg sy patut mkn atau minum utk hilangkan suhu panas bdn sy ni..,? Trm ksih.

    1. Author

      Mungkin tubuh sdra kurang air .. hal macam ni pernah berlaku pada Sis especially bila kurang minum air kosong. Rebusan barli juga boleh hilangkan panas badan, insyaallah

  8. Assalamualaikum cik..klau jnis panas bdan berpanjangan mcmna cik.bkn disebabkan demam..memang jnis panas bdan.blehka pkai ptua ni.atau ada y sya x thu tntg pnas bdan ni.mintak pnjelasan

    1. Author

      Maaf sdra Azan, lambat sikit reply. Petua ni boleh diguna pakai.. memang ada sesetengah orang yang ada masalah macam ni. Sis sendiri tergolong dalam kumpulan ni. Ada yang cakap, sebab jenis darah. Namun tak pasti sejauh mana benarnya

  9. Assalamualaikum cik… nk tanye blh x? admin blogger ni da kawen ke blm? da berpunye ke blm? hehehehe…. xnk tanye benda yg sama… buat kelainan dari yg len….

  10. Berkesan ke Kat budak berumur 10 tahun ke atas..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me