MENGAPA SUSAH SANGAT NAK KURUS ?

Salam

Lepas raya ni, badan rasa agak tak selesa. Kain yang dipakai sendat satu macam. Kalian ada rasa macam tu tak ?

Haaa, itu bukan maksud kain baju  tu mengecil atau mengecut tapi maknanya kita yang makin ‘membesar’ 😛 . ‘Membesar’ dan ‘melebar’ petanda terlebih makan atau cakap mudahnya bertambah berat badan dan menjadi gemuk ! Petanda suami beri cukup makan, juga petanda bahawa negara yang kita duduki ni cukup kaya dan mewah dengan makanan hihihi. Haii,tak betul lagi ke 😉

Gemuk, satu perkataan yang sangat ditakuti oleh wanita. Boleh menjadi fobia kerananya. Wanita sanggup buat apa saja demi menjauhi daripada dikaitkan dengan  perkataan tu. Sanggup tak makan ( berlapar le maksudnya ), sanggup keluarkan banyak duit semata-mata nak kurus. Sebut apa saja pil pelangsing, apa saja ubat kurus – yang mahal, yang murah semua dicuba, sauna untuk pecah lemak  dan bagi yang lebih mampu sanggup laburkan beribu-ribu lemon wang di pusat-pusat pelangsingan semata-mata untuk kurus atau pun buat liposuction.

**Turunkan 1 Kilogram Dalam Seminggu**

Tapi bukan salah wanita kerana obses untuk kurus dan langsing . Ini memang  desakan atau naluri semulajadi kebanyakan wanita untuk kekal  tampil cantik dan kurus.  Ada banyak sebab lain juga sebenarnya mengapa wanita beria-ia mahu kurus. Salah satu daripada sebab utamanya adalah sebagai usaha mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan atau sesebuah perhubungan. Ehh, ada pula macam tu ye ?! Haa, bab ini akan kita bincang pada entri akan datang. Nak tahu apa maksud saya untuk mengekalkan keharmonian dalam perkahwinan tu, kena lah tunggu entri seterusnya … aiseyyyy 😛  ( macam dalan forum wanita pula )

Ok, persoalannya sekarang mengapa susah sangat nak kurus ?

Berusaha untuk kurus atau langsing seperti asal tu memang bagus. Tapi usaha untuk kurus tu nampaknya tak juga  menjadi 🙁 Tentulah ada kesilapan di mana-mana. Mungkinkah ….

  • pola pemakanan atau diet yang kita pilih atau susun  dalam proses turunkan berat badan tu tidak betul-betul menepati cara yang sepatutnya
  • pil pelangsingan atau ubat kurus yang dipilih tu tidak berkesan dan tidak sesuai dengan sistem tubuh
  • tidak berdisiplin dalam menjalani proses berdiet
  • tidak bersungguh-sungguh dalam usaha menguruskan badan
  • diet yang diamal  tidak bersesuaian dengan kumpulan darah … haaa, jangan tak tahu
  • sibuk sampai tak sempat nak pantau tubuh badan sendiri
  • tiada dorongan atau sokongan dari pasangan

… dan banyak lagilah sebab-sebab mengapa susah sangat nak kurus.

Nak tahu mengapa kurus penting dalam mengekalkan kebahagiaan rumah tangga ? Apa kaitan pemakanan atau diet dengan kumpulan darah ?

Jangan lupa tinjau-tinjau blog ni dalam tempoh terdekat ^-^

p/s : tak janji esok atau lusa kerana minggu ni saya dan rakan sekerja akan sibuk ‘mengepung’ murid Tahun 6 untuk persediaan terakhir menduduki UPSR pada 10 September nanti . Malam pun kitaorang akan berkampung kat sekolah insyaAllah.. kata orang all out lah .

 

Related Posts

10 thoughts on “MENGAPA SUSAH SANGAT NAK KURUS ?

  1. kak, aritu saya gi farmasi, diorg promote kat saya pil buang lemak atau minyak, nak2 kita ni byk makan makanan berlemak, bersantan. Saya hampir nak beli dah tp duk fikir nanti jadi masalah lain plak, so tak tak beli hihi

  2. salam, tumpang lalu admin.. 🙂 saya ada cara nak kurus tanpa perlu makan ape2 pil kurus @ yg seumpama dgnnya sbb takut dgn side effect pil kurus..smbil kurus smbil buat income sekali..kunjungi blog sy..nasriasandaman.blogspot.com utk tau cara..TQ

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *