Kalau bercakap bab kesihatan, ramai ( termasuk diri saya sendiri ) yang berkata mesti bersenam supaya tubuh lebih fit dan cergas. Mesti kurangkan makanan manis sebab takut nanti diserang diabetes. Mesti kurangkan makanan berlemak agar kadar kolesterol terkawal. Tak boleh makan masin-masin nanti kena darah tinggi. Kena makan banyak ulam-ulaman agar awet muda dan boleh cari awek yang muda.. ngeh,ngeh,ngeh 😛

Mesti yang tu, mesti yang ni. Jangan itu, jangan ini. Sampai terlupa ada satu bahagian lain sama penting untuk dijaga tahap kesihatannya iaitu otak. Otak, bahagian tisu lembut yang ada dalam tempurung kepala kita tuu …

Ok, serius. Terus kepada tajuk hari ini. Otak berperanan penting terhadap kehidupan manusia,justeru di situ lah  bermulanya setiap tindakan,langkah atau pergerakan. Otak menghantar ribuan isyarat kepada seluruh bahagian tubuh,yang kemudiannya menggerakkan anggota tubuh tidak kira pada bahagian dalaman atau luaran untuk berfungsi seperti sediakala seadanya.

Terdapat beberapa tabiat buruk sering dilakukan, yang dikatakan boleh menjejaskan kesihatan otak. 10 tabiat buruk yang mempengaruhi kesihatan otak antaranya ialah :

1.Tidak bersarapan

Bagi mereka yang sering meninggalkan sarapan,paras gula di dalam darah lazimnya menjadi lebih rendah daripada kebiasaan. Ini menyebabkan bekalan nutrien ke otak sering sahaja tidak mencukupi. Hal ini lah yang menyebabkan kemerosotan otak atau disebut juga degenerasi. Jadi ibu-ibu khasnya , jika anak-anak anda kurang menyerlah dalam pelajarannya….mungkin ini lah salah satu puncanya. Siapa tahu!

2. Makan berlebihan

Kemerosotan kuasa mental akibat mengerasnya arteri otak,boleh berlaku jika tabiat makan berlebihan tidak dikawal dari awal. Oleh itu,bersederhanalah dalam menentukan kuantiti makanan yang diambil saban hari. Jangan terlalu ikut nafsu.

3. Merokok

Tidak ramai yang tahu bahawa tabiat merokok akan mempercepatkan pengecutan otak secara berganda dan menjadi punca penyakit Alzheimer ( nyanyuk ).

4. Pengambilan gula yang tinggi.

Terlalu banyak gula di dalam badan akan mengganggu penyerapan nutrien dan protein. Ini menyebabkan malnutrisi iaitu pemakanan tidak seimbang yang berkemungkinan mengganggu perkembangan otak.

5. Pencemaran udara

Tahukah anda bahawa otak merupakan pengguna oksigen terbesar dalam badan ? Menyedut udara tercemar boleh mengurangkan bekalan oksigen ke otak. Keadaan ini mengurangkan kecekapan otak.

6. Deprivisi ( halangan ) tidur

Semasa tidur,otak berehat. Halangan jangka panjang daripada mendapat tidur yang cukup,hanya akan mempercepatkan kematian sel-sel otak.

7. Tidur dengan kepala tertutup

Tidur berselimut hingga menutupi bahagian kepala akan meningkatkan kepekatan karbon dioksida dan mengurangkan kepekatan oksigen. Kesan pertama apabila hal ini berlaku akan dirasai oleh otak sebelum anggota tubuh yang lain. Otak akan terjejas kuasanya.

8. Memaksa otak bekerja ketika sakit Memaksa diri bekerja atau belajar ketika sakit,hanya membawa kepada kemerosotan dalam keupayaan otak di samping merosakkannya.

9. Tiada pemikiran yang merangsangkan

Berfikir ialah cara terbaik untuk melatih otak. Tiada rangsangan berfikir juga boleh menyebabkan pengecutan otak. ( p/s : saranan kepada para ibu bapa, pada usia awal kanak-kanak iaitu 4,5,6 tahun -selalulah berikan  permainan atau bahan yang boleh merangsang minda mereka )

10. Kurang berbual

Kurang berbual juga dikatakan boleh melemahkan otak. Oleh itu cubalah berinteraksi ( jangan asyik ngadap notebook @ PC jer)  dengan orang di sekeliling dengan memilih topik yang menggalakkan aktiviti berfikir. Pastinya topik yang merangsang daya intelektual, bukannya perbualan kosong. Ini boleh membantu kecekapan otak.

Jadi kalau 10 tabiat buruk yang mempengaruhi kesihatan otak tu termasuk dalam senarai perkara yang sering kita lakukan, kenalah bermula dari sekarang untuk cuba mengubahnya. Demi siapa lagi kalau bukan diri sendiri dan juga orang – orang yang kita sayangi.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

7 Comments

  1. Bagi anak2 yang masih sekolah sangat diwajibkan untuk sarapan sebelum ke sekolah, dulu sempat bertanya kenapa demikan, sekarang sudah dapat jawabannya ni dari postingan anda
    nice info

  2. saling berkomen
    atau saling sms
    boleh masuk dalam katagori berbual juga, kan?

    1. Author

      Boleh jer cikgu…tapi kalau berhadapan, komunikasi mesti lg efektif. SMS ni agak ringkas, tersilap tafsir jadi salah fhm pula kan

  3. menggalakka otak berfikir akan manjadikan minda sentiasa cergas, betul juga kan kak kalau takut mengambil risiko juga menyebabkan otak malas berfikir dan tidak mahu memikirkan sebarang kemungkinan yg akan timbul

  4. as salam. boleh saya tahu dari sumber mana artikel ini dikupas. Maksudnya olahan sendiri, fakta dari buku sains, pakar, doctor or any related material. Info ini baik, ringkas dan sesuai digunakan untuk short presentation

    1. Author

      Wslm …. sumber asal dari majalah dan petikan akhbar yg kemudiannya saya olah kembali

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me