Assalamualaikum .. Dengan Bismillah
Ada apa dengan Hot & Roll ? Ya ada apa dengan hot & roll yang tetiba aje muncul sebagai entri utama kali ni huhuhu..
Actually and honestly … aii pun dengan muka tak malu nak mengaku ni yang ini first time dengar pasal Hot & Roll ni.Padahal Hot & Roll ni dah wujud dan beroperasi bertahun-tahun dah. Aduh, duh duh , teruk bebenor kan….Nama saja dok kat Malaysia, Hot & Roll pun tak tahu. Ngeeee malu betul laa 😀 Dapat tahu ni pun secara tak sengaja selepas terjah akaun Nuffnang den yang sendu jer sejak setahun lalu. Apa tak sendunya,dah den sendiri jadi terlalu sibuk dengan hal lain sampai tak nyempat lagi dah nak mengupdate blog ( … alasan klise ek ) haha.
Ok, yang sebenar benarnya ada apa dengan hot & roll ni…??
Ok, ceritanya begini. Tadi tiba-tiba je teringat nak check account Nuffnang den. Nak laa tengok berapa juta dah earning den. Dah terlajak login tu, check lah sekali ada tak iklan baru yang Nuff kasi ..
So bila dah preview tu, ada lah 2,3 iklan baru yang masih ongoing. Alhamdulillah, thanks En Nuffnang coz masih lagi sudi ‘pandang’ blog den yang dah setahun suam-suam kuku.
Now,khas untuk yang masih tak kenal atau tak biasa lagi.. jom tengok siapa dan ada apa dengan hot & roll ni ?
Hot & Roll adalah merupakan satu entiti perniagaan makanan sihat lagi lazat berkonsepkan franchise, berdaftar di bawah Hot & Roll Holdings Sdn Bhd yang bertumpu kepada semua golongan pengguna khusus untuk mereka yang selalu on the go.Maksudnya untuk mereka yang selalu sibuk dengan pelbagai urusan dan sentiasa bergerak ke sana – sini. Macam hakak la, cehhhhh …
Berikut adalah sedikit info berkenaan Hot & Roll yang akak petik dari laman rasmi mereka sendiri ye.
Hot&Roll is an emerging leader of “Wholesome Tasty Treat Baked Food Products” which can be enjoyed ANYTIME, ANYWHERE especially for those who are constantly “On-The-Go”. The franchise belongs to HOT & ROLL Holdings Sdn Bhd which is the owner of the HOT&ROLL trademark.
Eating on the go is a great way to replenish your energy when you’re constantly on the move, where you can enjoy in more than 100 HOT&ROLL kiosks nationwide. The heart of HOT&ROLL is its pledge to provide simply hot, healthy, and delicious food that cater to all tastes. Whether you are an international visitor, or a Malaysian, you will find HOT&ROLL’s trademark of Crispy, Paratha and Chapatti Wraps available in a wide assortment of tasty flavours and cooked before your very eyes at its kiosk.
Di Hot & Roll, terdapat banyak pilihan makanan yang semuanya kelihatan sangat menawan selera. Tak percaya ,boleh tengok pic kat bawah ni.
Ada Paratha Wrap seperti Chicken & Cheese, Chicken Floss,Pizza Beef, Bolognese Beef,Satay Chicken, Apple Cinnamon dan macam-macam lagilah . Ada juga Chapatti Rendang juga Chapatti Sausage dan juga Pita Wrap . Fuhh semua yang sedap-sedap tau. Dengar nama resepi pun dah kecur air liur.
Nak tahu sedap ke tidak, kenalah cuba ke kiosk nye kan. Tak cuba, tak tahulah ye dok… Macam kat Perlis ni, Hot & Roll boleh ditemui di Kompleks C-Mart Arau. Haa, memang dah tak jauh pun,jadi esok lusa kalau lapang, bolehlah cuba terjah.
Difahamkan Hot & Roll ini juga ada di Kedah, Penang, Perak, Selangor dan lain-lain negeri termasuk Sabah & Sarawak . Untuk check sama ada kiosk ini ada tak berhampiran anda, just klik sini ok. Jangan pandang sebelah mata ye, sebab Hot & Roll ni sudah pun sampai ke peringkat international. Kat Singapore dan Dubai pun ada kau
Ok, itu je dulu ceritanya. Jadi , In Sha Allah terjawab lah sudah siapa dan ada apa dengan Hot& Roll ? ni.. Semoga info yang ringkas ini dapat membantu.