Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Koleksi Soalan Latih Tubi Subjek UPSR 2016 adalah koleksi yang patut para ibu bapa pertimbangkan sebagai usaha akhir membantu anak lulus cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2016 yang akan berlangsung pada awal September nanti.

Sebagai ibu bapa yang prihatin dengan masa depan anak-anak, kita tidak boleh berputus asa jika mereka masih belum menunjukkan tanda-tanda kecemerlangan biarpun masa dikatakan sudah semakin suntuk. Selagi ada daya, beri sokongan padu kepada mereka.

Banyak usaha boleh dilakukan . Contohnya berada di samping mereka saat mereka mengulangkaji pelajaran, memperbanyakkan solat berjemaah dengan anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan besar, memberikan mereka produk minda untuk dimakan sebagai iq booster termasuklah mendapatkan set -set koleksi soalan latih tubi subjek UPSR 2016 yang banyak terdapat di kedai-kedai buku termasuk di kedai buku online BookCafe.

Koleksi soalan latih tubi subjek UPSR 2016 ini dijual pada harga yang sangat rendah dan meliputi semua subjek UPSR iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan,Bahasa Inggeris format baru UPSR 2016, Sains dan juga mata pelajaran Matematik.

Koleksi -koleksi ini diterbitkan oleh banyak pihak penerbitan buku yang popular serta boleh dipercayai seperti Penerbitan Sasbadi, Pelangi,  dan sebagainya lagi

Pengalaman saya sendiri sebagai guru tahun 6 menunjukkan penggunaan koleksi soalan latih tubi subjek UPSR 2016 dan bagi tahun-tahun sebelumnya pada saat-saat peperiksaan semakin hampir sangat banyak membantu para pelajar membiasakan diri dengan pola soalan memandangkan soala-soalan latihan latih tubi tersebut merupakan soalan berbentuk klon atau soalan mirip UPSR sebenar.

Masih belum terlewat untuk membantu anak-anak anda dalam menghadapi UPSR nanti. Pelaburan yang kecil nilainya ini tidak mustahil akan menghasilkan pulangan yang besar buat anda dan anak-anak.

Koleksi soalan latih tubi ini juga boleh didapati bagi peperiksaan besar yang lain seperti PT3 dan SPM. Dapatkan beberapa set koleksi soalan latih tubi subjek UPSR 2016 dan subjek peperiksaan lainnya sebagai tanda anda sentiasa berada di belakang mereka untuk membantu mereka mencapai kejayaan yang cemerlang.

Jom jadi ibu bapa yang prihatin.

 

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me