Assalamualaikum dan Salam sejahtera semua
Dalam keadaan ekonomi yang ‘ tidak memihak ‘ kepada kita hari ini, apabila harga minyak, barang dan perkhidmatan terus melonjak mampukah kita duduk diam dalam keadaan geram sahaja melihat kenaikan tersebut ‘membaham’ isi poket dan tabungan atau bangun bertindak mencari sumber lain sebagai alternatif bagi pendapatan sedia ada ?
3,4 tahun dahulu, ketika kegilaan saya memuncak terhadap fenomena buat duit di internet saya begitu kagum melihat ramai IM bercerita dan menunjukkan bukti pendapatan yang berjaya mereka jana hasil kerja-kerja mempromosikan produk orang lain. Saya tertanya-tanya bagaimana cara mereka melakukannya sehingga bidang kerja sebagai affiliates kelihatan begitu mudah.
Itu dulu , sehinggalah pertengahan 2013 saya sendiri mula berjaya membuat jualan produk ebook secara online , barulah saya sedar usaha jana $$$$ sebagai agen affiliate bukan lagi sesuatu yang mustahil bagi bukan orang celik IT seperti saya. Kejayaan itu bukanlah dengan duduk goyang kaki seperti yang selalu difikirkan orang tapi disertai dengan sedikit usaha dan kemahuan serta kesabaran, hasilnya mulai kelihatan sekarang. Buktinya kalian boleh baca sehingga habis entri ini dan ini dahulu.
Kerja sambilan sebagai agen affiliate
Tidaklah pula bermaksud saya telah mencapai tahap seperti mereka, sebaliknya masih lagi seperti kanak-kanak pra sekolah 😀 yang baru belajar mendaki. Coretan ini sekadar sebagai contoh agar ia dapat memberi inspirasi kepada mereka di luar sana yang ada keinginan mencuba tetapi zero kemahiran seperti saya bermula dahulu. Mohon jangan disalahertikan ye
Oh ya, mungkin masih ada yang terlalu asing atau kurang jelas tentang siapakah affiliates dan skop tugasnya.
Sebenarnya affiliates adalah individu yang kerjanya mempromosikan produk orang lain. Produk – produk itu boleh jadi apa saja seperti koleksi ebook panduan, produk kesihatan dan kecantikan, produk minda, Al-Quran digital, pakaian dan sebagainya.
<<< TEKNIK RAHSIA MENJADI SUPER AFFILIATES >>>
Kelebihan atau kebaikan produk-produk ini dihebahkan kepada orang ramai bukan saja melalui email atau penulisan blog, tetapi boleh juga dilakukan melalui laman sosial seperti yang kerap dilakukan dewasa ini. So, secara ringkasnya bolehlah agen affiliate ini dianggap sebagai wakil atau penjual siber sesuatu produk ataupun sebagai online promoter.
Mungkin ada yang menyamakan kerja-kerja agen affiliate sebagai agen dropship tetapi sebenarnya ia sedikit berbeza. Affiliates hanya bekerja melakukan promosi jualan sahaja. Segala tugas-tugas lain seperti menerima bayaran, menyemak stok sedia ada ,membuat pengesahan pembelian tidak termasuk dalam bidang tugas affiliates seperti yang perlu dilakukan oleh dropshipper. Kiranya ia selangkah lebih mudah 🙂 , namun satu persamaan yang pasti kedua-dua bidang ini insyaallah dengan sedikit usaha dan kemahuan serta doa pastinya menjana pendapatan sampingan bukan lagi sesuatu yang mustahil.
Cuma satu sahaja yang mahu saya ingatkan buat kalian semua para sahabat budiman ( termasuk ingatan buat diri sendiri ) jika ini kali pertama percubaan anda menjadi seorang affiliates , pilihlah program affiliate percuma sahaja dahulu untuk disertai dan pastikan produk yang ditawarkan itu masih wujud. Penting untuk memilih pihak yang betul supaya ia berbaloi dengan usaha yang bakal anda curahkan. Memilih program percuma terlebih dahulu lebih relevan dan sesuai sebagai permulaan kerana kalian tidak perlu laburkan wang sebagai modal manakala pulangannya belum tentu lagi berhasil untuk dikaut semula.
Di mana hendak bermula ?
Jika kalian berminat untuk bekerja sambilan sebagai affiliates seperti saya dan mempunyai pelbagai pilihan produk hebat yang boleh dipromosikan secara percuma tanpa sebarang risiko kerugian, kalian bolehlah cuba mendaftar di laman Ashadee.Com. Laman affiliate ini bukanlah laman affiliate biasa kerana ia telah melebarkan sayap bisnesnya ke peringkat antarabangsa. Bererti peluang anda mencari pendapatan sampingan di sini sangat meluas dan besar potensinya untuk berjaya.
Bagaimana pula jika menjadi affiliates kurang sesuai dengan jiwa anda tetapi anda masih ingin bekerja dari rumah pada waktu lapang sambil tidak terlepas memantau perkembangan anak-anak ? Mungkin salah satu idea SOHO yang tersenarai di laman ini dapat membantu.
Kalian boleh pilih untuk kekal dengan pendapatan dari satu sumber atau mula mencari sumber sampingan. Seperkara yang perlu kita ingat, di mana-mana sekalipun rezeki tidak datang bergolek. Sebenarnya tiada istilah duduk diam goyang kaki dan dapat duit :-D. Kita perlu berusaha, berusaha dan terus berusaha. Selebihnya berdoa dan berserah kepadaNya. Insyaallah ada ganjarannya.
Selamat mencuba dan selamat berjaya.
aiza sudah mendaftar dengan ashadee, namun belum ada pendapatan setakat ini.. alhamdulillah dari nuffnang sahaja setakat ini ada hasil..
belum pernah terima komisen lagi sejak dah bertukar ke ashadee ni 🙂
mudah sekali ya untuk mendapatkan uang dari internet. Bisa melalui program afiliasi. Tapi sampai saat ini saya hanya ikut PPC dan iklan mandiri saja 🙂
Mudah jika kena caranya dan yang pasti perlu rajin berusaha 🙂
dulu ms mula2 nak start promosi affiliate ciktom pun sm cam sis..tertanya2 mampu ke buat tp alhamdulillah bila dah mula..xdelah susah mn..cuma kena bykkan try & error..cari kesesuaian dlm teknik promosi…hehe
dah cuba gak tapi entah ler setakad hari ini belum ada yang terjual lg..huhuhu
Belum ada rezeki tu n tak boleh putus asa .. Cuba lagi