Alhamdulillah, rezeki awal Oktober. Walaupun ciput hanya RM20 saja, namun tetap bermakna apatah lagi ini adalah hasil dari aktiviti blogging.
Eh, hari tu cakap tak nak riuh-riuh takut jatuh riak. Kenapa pula cerita dalam blog ? Betul tu, saya ingat lagi. Mencoret di sini sekadar membuktikan bahawa jika rajin berusaha blog kita boleh dijadikan sumber sampingan. Mungkin jauh sekali daripada nak kaya, tapi setakat nak buat belanja anak-anak makan di McD 2 kali sebulan tu tanpa usik duit gaji boleh aje. Orang kata daripada cempedak, baiklah nangka daripada tidak baiklah ada. Lainlah ceritanya dengan Mamat Cendol atau Cikgu Laili tu… mereka special case huhuhu.
Komisyen ke-5, dari Pakej Panduan Air Soya & Taufufah. Alhamdulillah dan terima kasih banyak-banyak kepada pembeli yang membeli melalui link saya. Diharapkan mereka berjaya buat taufufah dan air soya yang lembut dan sedap. Bolehlah kirim ke sini sikit 🙂 Jika mereka membeli panduan tersebut untuk memulakan perniagaan, percayalah pilihan itu tepat dan diharapkan mereka akan sukses.
Berniaga air soya, taufufah atau putu buluh dan bekerja dari rumah pada zaman serba-serbi mahal dan terus naik, naik dan naik harga lagi merupakan satu langkah bijak memandangkan keadaan ekonomi yang kian meningkat serta bertambahnya persaingan dalam merebut peluang pekerjaan.
Jana Wang Di Rumah – Khas Untuk Wanita!
Zaman sekarang ramai cerdik pandai lulusan tinggi di luar sana. Ditambah pula dengan kebanjiran tenaga kerja asing, maka peluang menjadi lebih terhad. Bukan masanya untuk memilih kerja. Jika tak mampu mendapatkan kerja yang setaraf dengan kelulusan, mungkin bekerja sambilan dari rumah adalah pilihan yang patut dicuba. Tak tahu di mana hendak bermula, anda boleh dapatkan panduannya dari sini.
Alhamdulillah, selain daripada hasil promosi Rahsia Taufufah, merasa juga bayaran daripada Panduan Putu Buluh. Juga sedikit hasil daripada penulisan review beberapa bulan lepas.
Mudah-mudahan Allah permudahkan rezeki kita semua, diberi kesihatan yang baik dan diberi ketabahan dalam menghadapi pelbagai cabaran kehidupan. Jangan lupa ucapkan Alhamdulillah.


alhamdulillah.. semoga rezeki terus masuk lagi lepas ni..
TQ doakan…insyaallah mudah-mudahan untuk saudara juga 🙂
alhamdulillah
rezeki datang ke rumah
syukur pada allah
rezekinya melinpah
Alhamdulillah … 🙂 ( tak reti nak balas balik dalam pantun huhu)
Tahniah, rezeki murah di awal oktober…keep it up! 🙂
Terima kasih Elih 😀
tahniah kak, lebih bersemangat nak promo link jomniaga ni kan 😉
hehe…tq Aju. Ye, up pulalah semangat yang kadang-kadang down tu 😀