Salam
” Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang “
Entri pertama blog ini untuk tahun 2013. Semenjak sesi persekolahan baru dibuka, ruang untuk menulis jadi sedikit terhad. Awal2 persekolahan ni, banyak perkara harus diuruskan. Ertinya memang saya agak sibuk sedikit. Apapun saya cuba update blog dengan tulisan2 yang bermanfaat untuk kita semua.
Saya percaya, ramai antara kalian yang berazam untuk berusaha lebih kuat lagi agar tahun 2013 ni membawa lebih banyak rezeki buat diri dan keluarga.
Sebut tentang rezeki, ramai yang menyalahanggap atau menyalahtafsir konsep rezeki sebagai sesuatu ganjaran yang berbentuk wang semata-mata, sedangkan konsep rezeki adalah lebih meluas lagi.
Kesihatan diri yang baik, kelapangan masa dalam hidup, ketenangan fikiran, udara yang kita sedut, hujan yang diturunkan dari langit …… semuanya tu adalah rezeki.
Dan untuk mendapatkan rezeki yang murah , terdapat banyak amalan yang boleh dilakukan agar rezeki sentiasa datang dengan mudah. Sebenarnya, amalan2 ini memang sedia diketahui ramai. Saya senaraikan kembali sebagai satu catatan di sini sekadar untuk mengingatkan diri dan sahabat sekalian 🙂
Amalan2 Agar Dimurahkan Rezeki
1. Cukupkan solat 5 waktu – Seboleh-bolehnya menepati waktunya & jangan dilewat-lewatkan.
2. Perbanyakkan amalan membaca Al-Quran & berzikir – Seboleh-bolehnya usahakan sedikit waktu untuk membaca Al-Quran dalam sehari sama ada bersendirian atau bersama anak2 dan isteri. Terdapat surah-surah untuk menjemput rezeki seperti Surah Al-Insyirah dan Surah Al-Waqiah, jadi bacalah ia selalu.
3. Perbanyakkan amalan puasa sunat.
4. Banyakkan amalan bersedekah – Kikis sifat kedekut. Jangan lupa, dalam rezeki kita sebenarnya sentiasa ada bahagian atau hak orang lain. Ini adalah salah satu petua amalan murah rezeki.
5. Sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa sepanjang hayat mereka – Jika tinggal berdekatan, kunjungi mereka sekerap mungkin, tanyakan keadaan kesihatan mereka ( jika tidak sihat, usahakan bawa ke klinik ) atau hantarkan makanan kesukaan mereka. Jika berjauhan, telefon lebih kerap. P/S: lakukan apa sahaja perbuatan yang sepatutnya dilakukan oleh anak soleh seikhlasnya, insyaallah rezeki akan sentiasa dekat dengan kita.
6. Beri makan anak yatim atau fakir miskin.
7. Berbuat baik kepada kanak-kanak.
8. Berbuat baik kepada haiwan – berikan ia makanan dan tempat perlindungan jika boleh.
9. Selawat ke atas junjungan nabi sebanyak 1000 kali sehari.
10. Banyakkan istighfar – 100 kali sehari.
11. Berbuat baik terhadap jiran.
12. Berusaha & bekerja dengan rasa ikhlas dengan niat mencari rezeki.
13. Jaga pandangan dan fikiran daripada perkara2 yang merosakkan akhlak. Contohnya jika biasa menyimpan foto atau video tidak sepatutnya di dalam rumah, handphone dan sebagainya, kikis tabiat tersebut.
14. Jauhkan diri daripada tempat2 dan unsur2 maksiat.
15. Sempurnakan kewajipan atau apa2 yang dipertanggungjawabkan ke atas kita. Sebagai contoh, seorang suami harus menyempurnakan tanggungjawab serta hak2 isteri dan anak2nya. Begitu juga sebaliknya.
16. Jangan lupa kewajipan berzakat.
17. Berusaha , berdoa dan bertawakal kepada Nya.
Terdapat banyak lagi amalan2 lain yang boleh dilakukan untuk menjemput rezeki. Cubalah untuk menjadikannya sebagai rutin. Insyaallah, rezeki akan sentiasa mendekati.
1 Comment