RIADAH CUTI SEKOLAH CARA ORANG KAMPUNG

Sesi baru persekolahan 2014┬ádah nak mula tapi mood entah masih apa-apa ­čśÉ

Cuti sekolah kali ini hanya sesekali bertukar arah ke bandar seperti mandi-manda dan cuci mata di Lost World Tambun pada minggu lepas. Selebihnya hanya balik kampung dan berada di rumah sendiri.

Riadah cuti sekolah cara orang kampung sebab asalnya dari kampung dan sekarang pun memang tinggal di kampung. Sengaja saya alihkan perhatian kedua-dua beradik ni kepada aktiviti memancing di sawah. Kalau tak, pasti berjam-jam mereka menghadap komputer dan bermain game. Tabiat yang tak saya senangi sebab bimbang ketaksuban mereka tu akan melalaikan mereka sekaligus menyebabkan pemikiran pun tak berkembang.

sawah padi

Memancing di sawah berhampiran rumah sahaja, bukannya di sungai┬ákerana sungai yang dulunya selebar lebih┬á3 meter tempat saya menghabiskan masa mandi, berenang, berakit dengan rakit pelepah rumbia serta mengenal pelbagai jenis ikan seperti puyu, sepat, tilan, haruan, belut┬ádan udang gantung ┬ákini sudah jadi longkang sekangkang kera┬átempat orang membuang sampah-sarap.┬áJika tidak boleh juga ajar mereka berenang, menangkul udang, memasang bubu atau paling tidak pun┬ápanjat pohon pauh di tepi sungai ala-ala tarzan┬ádan buat aksi terjun tiruk ….. ha ha ha.

Memancing bukan saja dapat melatih diri untuk bersabar tapi juga menjadi terapi merehatkan minda di samping mendekatkan diri dengan alam sekaligus membina kepercayaan tentang adanya Sang Pencipta.Penting tu sebab banyak sangat kes-kes murtad anak Melayu sekarang ni kan .. Penting juga supaya mereka kenal yang mana satu pohon padi yang selama ini membekalkan beras sebagai sumber makanan utama, juga spesies ikan air tawar yang terdapat di sekitar sawah.

Memancing Masa Cuti Sekolah
Hafiy tumpang posing dengan haruan yang saya berjaya pancing … bolehlah goreng atau masak stim

Tapi yang lecehnya, nak pasang umpan cengkerik atau ulat pun tak berani. Alasan, gelilah … kotorlah…takutlah.┬áEmak dan abahnya juga yang jadi mangsa akhirnya. Hmmm budak-budak zaman iPad ­čśÇ

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada ­čśÇ ). Jika sudi, follow saya sekali ye ­čśÇ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

30 comments

  1. baguslah sis haza tunjuk balik apa yg maknya dulu2 buat…paling tak, dapat jugak anak2 rasa aktiviti kampung… =)

    ambe dulu2pun sama cam sis haza…baroh tmpat lepak2 musim cuti sekolah…nak2 musim tengkujuh…

    besor tu ikan haruan…rindu bau ikan haruan =)

    1. Kat Perlis ni kami sebutnya sebagai angin Timur. Malam2 keluar ke halaman rumah, terasa sungguh syahdu dibelai angin Timur yang dinginnya menggigit tulang

  2. Assalamu’alaikum….^^

    Inilah pertama kali Ummi singgah di sini…selamat menyambut tahun baru 2014 Masihi semoga menjadi lebih baik….aminn.. ^^

    Kalau bercuti pulang kampung memang bahagia tak dapat dicerita…jumpa dengan ibu yang jauh di kampung, dapat menghilangkan stress dan menghirup udara segar….aduh….seronok rasanya…. ^^

    1. Sis pernah bw senyap2 kat blog Ummi, tapi dek kerana tak pandai berpantun, tak berani le nak mengomen. Tq… memang keindahan hidup di kampung satu momen yang cukup indah, tak boleh diperoleh di mana-mana tempat sekalipun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me