Sesi baru persekolahan 2014 dah nak mula tapi mood entah masih apa-apa 😐
Cuti sekolah kali ini hanya sesekali bertukar arah ke bandar seperti mandi-manda dan cuci mata di Lost World Tambun pada minggu lepas. Selebihnya hanya balik kampung dan berada di rumah sendiri.
Riadah cuti sekolah cara orang kampung sebab asalnya dari kampung dan sekarang pun memang tinggal di kampung. Sengaja saya alihkan perhatian kedua-dua beradik ni kepada aktiviti memancing di sawah. Kalau tak, pasti berjam-jam mereka menghadap komputer dan bermain game. Tabiat yang tak saya senangi sebab bimbang ketaksuban mereka tu akan melalaikan mereka sekaligus menyebabkan pemikiran pun tak berkembang.
Memancing di sawah berhampiran rumah sahaja, bukannya di sungai kerana sungai yang dulunya selebar lebih 3 meter tempat saya menghabiskan masa mandi, berenang, berakit dengan rakit pelepah rumbia serta mengenal pelbagai jenis ikan seperti puyu, sepat, tilan, haruan, belut dan udang gantung kini sudah jadi longkang sekangkang kera tempat orang membuang sampah-sarap. Jika tidak boleh juga ajar mereka berenang, menangkul udang, memasang bubu atau paling tidak pun panjat pohon pauh di tepi sungai ala-ala tarzan dan buat aksi terjun tiruk ….. ha ha ha.
Memancing bukan saja dapat melatih diri untuk bersabar tapi juga menjadi terapi merehatkan minda di samping mendekatkan diri dengan alam sekaligus membina kepercayaan tentang adanya Sang Pencipta.Penting tu sebab banyak sangat kes-kes murtad anak Melayu sekarang ni kan .. Penting juga supaya mereka kenal yang mana satu pohon padi yang selama ini membekalkan beras sebagai sumber makanan utama, juga spesies ikan air tawar yang terdapat di sekitar sawah.

Tapi yang lecehnya, nak pasang umpan cengkerik atau ulat pun tak berani. Alasan, gelilah … kotorlah…takutlah. Emak dan abahnya juga yang jadi mangsa akhirnya. Hmmm budak-budak zaman iPad 😀
Memang best dapat balik kampung bercuti. Kena pulak rumah tepi sawah. lupa segala serabut di kota. Anak2 pasti main tak hengat dunia
Hiburan cara tradisional memang lebih menyeronokkan macam zaman kita dulu2..betul tak ?
Zaman sekarang sawah padi dah banyak bertukar jadi taman perumahan. Esok lusa sawah pun mereka tak kenal
betul itu mbak, sesekali anak harus diajarkan untuk bermain ala tradisional walaupun harus bermandi keringat agar tidak selalu menghibur diri dengan berbagai kemajuan teknologi yang kian memanjakan
Betul tu…agar mereka juga dapat melihat dan memahami sisi kehidupan yang luar dari lingkungan kebiasaan.
Ni kalau bakar ni sodap ni..hehe..terrer gak bab memancing ni yer..haha..biasalah tu..anak-anak zaman moden…haha
Haii, tengok orang dulu laa …. Nak lawan jom 🙂
sudah lama aiza tidak pulang ke kampung.. teringat kembali ketika zaman kecil dahulu..
Kalaulah boleh diulang balik semua tu kan bagus Aiza
silap-silap anak-anak boleh kata.. kat ipad bolh pancing ikan jaws.. hihihi..
Haha kalau jawab macam tu, alamat ada yang kena terkam nanti 🙂
baguslah sis haza tunjuk balik apa yg maknya dulu2 buat…paling tak, dapat jugak anak2 rasa aktiviti kampung… =)
ambe dulu2pun sama cam sis haza…baroh tmpat lepak2 musim cuti sekolah…nak2 musim tengkujuh…
besor tu ikan haruan…rindu bau ikan haruan =)
Ikan tu dah ‘ selamat ‘ digoreng. Fuhhh sedap 🙂
kak saya ni suka sangat memancing, orang kata bosan kan tp saya tetap suka, lagi2 dpt ikan, perghhhh puas sangat 😉
yang tak minat, memang akan rasa membosankan tapi kalau dah suka, sendiri fahamlah … hihi
wah besarnya haruan
boleh makan sekeluarga ni
kampung kami dah payah nak cari ikan sawah sekarang ni
huhu
Masih ada tapi tak seperti dulu lagi. Habis kena gilis dengan mesin padi
suasana ada sawah padi sama suasananya macam kampung saya. tenang tengok. Sekarang ni musim angin ribut memang best
Kat Perlis ni kami sebutnya sebagai angin Timur. Malam2 keluar ke halaman rumah, terasa sungguh syahdu dibelai angin Timur yang dinginnya menggigit tulang
wah best nyer
rindu zaman ni masa kecik2
skrg nak bg anak2 rasa swh pun dah xda.. 🙁
10 tahun lagi sawah mungkin lenyap ditelan pemodenan
cuti sekolah masa terbaik untuk balik kampung..
Betul tu 🙂
Dah lama sangat tak memancing samada di sungai atau di laut. Henti terus aktiviti tu sejak kahwin lebih 13 tahun dulu. Beruntung orang yang tinggal di kampung ….!
Yup,memang bertuah dan saya berbangga menjadi orang kampung
saya tidak pergi ke kampung
saya tidak punya kampung
Cuba ziarah ke kampung rakan-rakan. Indah dan tenteram saudara Tommy
dapat makan ikan sedap sekali heee
Assalamu’alaikum….^^
Inilah pertama kali Ummi singgah di sini…selamat menyambut tahun baru 2014 Masihi semoga menjadi lebih baik….aminn.. ^^
Kalau bercuti pulang kampung memang bahagia tak dapat dicerita…jumpa dengan ibu yang jauh di kampung, dapat menghilangkan stress dan menghirup udara segar….aduh….seronok rasanya…. ^^
Sis pernah bw senyap2 kat blog Ummi, tapi dek kerana tak pandai berpantun, tak berani le nak mengomen. Tq… memang keindahan hidup di kampung satu momen yang cukup indah, tak boleh diperoleh di mana-mana tempat sekalipun