Resepi Inti Karipap Paling Sedap

By | September 2, 2015

Sila angkat tangan siapa nak resepi inti karipap paling sedap hihi πŸ˜€

Well, Assalamualaikum readers

Petang tadi selesailah sudah Kursus Pengurusan Pusat Sumber yang saya hadiri. Celah-celah berkursus dan berbengkel, sempat juga saya korek-korek rahsia dari seorang kawan tentang resepi inti karipap paling sedap dan tips untuk membuat karipap dengan jayanya.

karipap pusing

Sekejap lagi sayaΒ  share kan tentang resepi membuat inti karipap yang sedap lagi ohsem ni. Sebelum tu beri saya sedikit ruang untuk bercerita tentang Kak M ni.

Ok, Kak M ni seorang teacher yang mengajar di sekolah menengah. Orangnya pandai memasak. Taklah sepandai saya yang pandai makan je ngehee.. πŸ˜€Β  Saya tanya pada beliau, akak masuk kelas bakery ke ? Jawabnya tak, just belajar dari orang tua-tua. Emmm, patut lah pandai … bukan tak tau kan orang tua-tua dulu-dulu ni memang banyak tips atau petua memasak . Mereka tak bergantung kepada Cik Aji, stok ayam dan sebagainya macam kita sekarang ni.

Sekarang Kak M dalam perancangan nak buka gerai pisang goreng, keledek goreng, cempedak goreng dan semua goreng-goreng yang seangkatan dengannya lah.

Opps, Kak M bukan terdesak sangat tapi beliau dan suami ada minat dan bakat dalam perniagaan. Lagi pun boleh menambah tabungan untuk menunaikan ibadat haji, satu-satunya target mereka sekarang . Dulu pun Kak M pernah membekalkan karipap home made air tangannya sendiri ke beberapa pusat pengajian tinggi sekitar negeri ni termasuk UiTM.

Sekarang anak-anaknya pun dah besar panjang, so beliau ada masa lapang untuk berniaga. Katanya dah ada tempat yang sesuai sebagai tapak dan beliau berhasrat nak buat semula bisnes dulunya tu.Saya percaya, insyaallah perniagaan kecil-kecilannya akan menjadi berdasarkan sejarahnya terdahulu. Rasa macam tak percaya bila Kak M cakap, berniaga goreng pisang boleh dapat sampai RM 500 sehari .. Wahhh !

Cuma satu yang Kak M rasa ralat sikit. Terkadang ada juga suara-suara sumbang yang bercakap belakang … apa gaji cikgu tak cukup banyak ke sampai nak buat kerja sampingan ?! Entah pelik lah kan. Orang kita ada stigma macam ni bila tengok orang lain especially cikgu yang buat kerja part time 😐

Sebenarnya cikgu pun manusia biasa, macam orang lain juga. Ada keperluan dan ada tanggungan . Ada cikgu yang tak buat kerja sambilan kerana merasakan gajinya cukup , mungkin ada sumber lain atau pun mungkin mereka sendiri tak mahu kerana faktor-faktor masa , tak minat, tak sihat dan sebagainya.

Sebaliknya ada cikgu yang berasakan perlu berusaha lebih daripada kerjaya hakikinya kerana tanggungannya ramai, mahu ahli keluarga lebih selesa, sebagai backup kewangan dan 1001 macam sebab lainlah. Semuanya terpulang kepada diri masing-masing. Selagi tidak mengabaikan dan menjejaskan amanah kerjaya hakiki, rasanya taklahΒ  jadi masalah besar pun kan.

Opss terlajak pula cerita Kak M ni huhu. Ok, jom tengok resepi inti karipap paling sedap yang diturunkan oleh Kak M.

Resepi Inti Karipap Paling Sedap

  • 1 bungkus daging kisar jenama RAMLY
  • 4-5 biji kentang dikupas, dibersihkan dan dipotong dadu kecil-kecil
  • 3 sudu besar lada hitam dikisar halus
  • 2 sudu besar rempah kari daging jenama BABAS, dibancuh dengan sedikit air suam – brand yang lain pun boleh
  • 1 sudu besar jintan manis, ditumbuk halus
  • 2 labu bawang besar, dicincang halus
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk halus
  • Minyak untuk tumisan
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara Membuat Inti Karipap

  • Daging kisar dibersih dan ditoskan sebentar
  • Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar sehingga kuning dan naik baunya.
  • Masukkan rempah kari daging, lada hitam dan jintan manis. Tumis hinggga pecah minyak.
  • Masukkan daging kisar dan kentang. Masak atas api yang sederhana .
  • Setelah hampir kering, masukkan bahan perasa secukupnya.
  • Setelah semuanya masak mesra, matikan api.

Tips inti karipap Kak M

Gunakan kentang berbanding keledek sebab rasanya lebih manis dan harganya lebih murah
Biarkan inti sejuk sepenuhnya sebelum dimasukkan dalam doh karipap.

Tips kulit karipap

Sebenarnya, saya tidak tanyakan secara terperinci langkah demi langkah sebab kesuntukan masa. Sekadar beberapa tips ini.

  1. Buat 2 adunan untuk kulit.
  2. Adunan pertama, tepung gandum diuli dengan marjerin atau mentega. Rehatkan
  3. Adunan ke dua, bancuh tepung gandum dengan air bancuhan garam . Gunakan air sejuk dalam peti untuk bancuhan garam. Rehatkan.
  4. Tujuan menggunakan air sejuk adalah supaya kulit karipap menjadi rangup.

Tips menggoreng karipap

Kebiasaannya kalau nak menggoreng apa-apa, kita perlu tunggu sehingga minyak betul-betul panas tetapi untuk karipap lain pula ceritanya. Tunggu sehingga minyak agak suam,lalu masukkan karipap. Biarkan lama sebelum boleh dibalikkan.

Rasional tak boleh tunggu sehingga minyak terlampau panas adalah kerana karipap akan ’ terkejut ’ dan lapisan kulit luar jadi menggerutu πŸ™‚ Tak cantik u olls.

Untuk gorengan kali ke – dua, matikan dulu api. Tunggu sehingga minyak gorengan menjadi agak kurang panas dan bolehlah masukkan karipap. Biarkan dalam seminit dua, hidupkan semula api dapur. Begitulah sehingga habis semua karipap tu.

Haa, agak renyah kerjanya kan. Tapi insyaallah, hasilnya sangat memuaskan.

Selain pandai membuat karipap, Kak M juga pandai membuat puding dan roti. Tapi saya tak sempat nak korek rahsia cara-cara membuat roti yang lembut dan sedap . Mungkin di kesempatan lain, boleh berguru lagi dengannya.

Ok lah sahabat semua. Nanti bila free, cubalah buat karipap sendiri dengan menggunakan resepi inti karipap paling sedap yang saya kongsikan di sini. Kalau buat lebih, hantar sini sikit ye.

Selamat mencuba. Dan terima kasih sudi baca.

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada πŸ˜€ ). Jika sudi, follow saya sekali ye πŸ˜€ …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

12 thoughts on “Resepi Inti Karipap Paling Sedap

  1. Nurul

    Rasanya tak salah guna kemahiran kita untuk jana pendapatan asalkan tidak mengabaikan tugasan utama kita. Untung siapa yang order kuih dengan Kak M, hasil kerjanya penuh dengan kemahiran dan kasih sayang.

    Reply
  2. reezluv

    memang kalau karipap intinya tak sedap..tak best nak makan..kalau sedap tu,makannya sampai 5-6 ketul sekali hadap..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Follow Me