Tudung kanak-kanak
MASAK LEMAK BUAH SETUL DAN UDANG – Kongsi Macam2 Cerita

MASAK LEMAK BUAH SETUL DAN UDANG

Menu hujung minggu kali ini ialah masak lemak buah setul  dan udang ( juga diterima pakai sebagai sentul mengikut Kamus Dewan ). Pernah tengok atau makan buah setul tak ?

Buah setul , nama panggilan kepada sejenis buah di tempat saya ( tak tahu kalau namanya lain di tempat anda … ), pada zaman kanak-kanak saya popular kerana dijadikan jeruk. Rasanya masam-masam manis dan dijual pada harga 5 sen atau 10 sen sebiji ketika itu. Ada juga yang dimakan cicah garam belacan.  Walaupun sudah agak jarang kelihatan sekarang, namun bagi anda yang pernah atau selalu menggunakan laluan Jeniang – Baling, di Kedah, tentu pernah terserempak dengan gerai-gerai jeruk yang menjual aneka jeruk termasuk jeruk setul berderetan di kiri kanan jalan tersebut.

Kebetulan awal pagi tadi saya telah ke pasar pagi Balai Baru yang terletak dalam kawasan Beseri, hanya kira-kira 5 kilometer saja dari rumah untuk membeli ikan ,sayur-sayuran dan keperluan dapur yang lain. Hmm beli stok untuk seminggu lah konon .. tapi akhirnya beli kat restoran mamak juga heheh 😀

Pasar pagi  Balai Baru yang lebih dikenali sebagai ‘nat’ oleh penduduk tempatan ini merupakan antara pasar pagi terbesar di negeri Perlis yang mendapat perhatian pengunjung dan para pelancong. Mungkin kerana terdapat banyak jenis barangan atau lebih tepatnya produk makanan yang  terkenal seperti belacan Kuala Perlis dan belacan Tanjung Dawai yang terkenal tu, aneka ikan bilis dan ikan kering, aneka jenis pekasam seperti pekasam ikan puyu, sepat , lampan dan tak terkecuali ikan haruan kering yang harga pasarannya tidak kurang daripada RM70 sekilogram. Itu belum lagi termasuk aneka sayuran atau ulaman kampung yang sudah agak jarang dilihat, dibawakan segar oleh petani atau orang kampung yang pohonnya tumbuh serumpun dua di sekeliling rumah.

Banyak lagi keunikan nat Balai Baru di Perlis ni. Perlu tulis entri khas pula jika mahu menceritakannya secara terperinci. Jika anda ingin datang ke Perlis, rancang jadual percutian anda agar anda tiba lebih awal  .

Pagi Sabtu mungkin anda boleh turun ke nat Balai Baru, petang nya pula boleh pi ke Padang Besar. Hari Ahad pagi awal-awal lagi boleh turun ke Wang Kelian. Selesai membeli-belah boleh pergi ke nat pokok getah di Pauh untuk melihat keunikan pasar tersebut. Malamnya boleh menjamu selera dengan ikan bakar dan aneka seafood di Kuala Perlis.

Aicewahh … memandai pulak Cik Kiah plankan untuk korang … promosi negeri sendiri lah pulak 😀

Opps, sampai terlupa pula tujuan utama entri kali ini adalah untuk berkongsi resepi masak lemah buah setul dan udang .. huhuhu

Resepi Masak Lemak Buah Setul Dan Udang ( Versi Utara )

 photo 009d744b-4712-4437-a258-eab3baa5158c_zpsc12df8e5.jpg

Posing dalam periuk je kali ni Cik Kiah… dah tak menyempat-nyempat nak sendukkan ke dalam mangkuk 😀

  • 5 biji buah setul
  • Semangkuk kecil udang yang telah dibersihkan ( boleh juga gunakan udang kering atau udang baring )
  • Santan secukupnya
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 batang serai
  • 3-4 biji cili padi  ( tambah jika suka pedas )
  • Sedikit kunyit hidup ( jika tiada, boleh juga guna serbuk kunyit )
  • Garam & gula secukup rasa

Cara Memasak

  1. Buah setul dikupas kulit dan dipotong memanjang isinya – biji berwarna putih seperti ulas manggis di bahagian dalamnya  tu ketepikan
  2. Bersihkan lalu rendam dengan sedikit garam selama 10 – 15 minit
  3. Celur isi buah setul dengan tujuan untuk menghilangkan rasa masamnya lalu ditoskan
  4. Tumbuk serai dan kunyit bersama-sama sehingga agak lumat, barulah dimasukkan bawang merah dan cili api dan ditumbuk lagi.
  5. Kaup semua bahan yang ditumbuk lalu masukkan ke dalam periuk.
  6. Masukkan sekali santan dan isi buah setul lalu masak di atas api yang sederhana
  7. Apabila hampir mendidih, masukkan udang, garam dan gula secukup rasa ( saya gunakan gula kerana saya tak gunakan ‘Mak AJI ‘  yer )
  8. Setelah mendidih, bolehlah diangkat untuk dimakan

Masak lemak buah setul dan udang ini saya hidangkan bersama paru goreng berlada sebagai hidangan tengah hari hari ini. Best tau 🙂

Selamat mencuba resepi masak lemak buah setul dan udang … ummm yummy !

Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang ‘Hubungi’ untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada 😀 ). Jika sudi, follow saya sekali ye 😀 …. Terima kasih dan jemput datang lagi!

Facebook Twitter 

About the Author

SisHaza
Salam ukhwah buat semua. Terima kasih kerana sudi membaca entri kali ini. So, ada komen tak ? Jika ada, jangan segan2 untuk tinggalkan melalui ruangan komen di bawah. Kalian juga boleh gunakan borang 'Hubungi' untuk sebarang pertanyaan , cadangan mahupun pengiklanan ( bagi yang berminat kalau-kalau ada :-D ). Jika sudi, follow saya sekali ye :D .... Terima kasih dan jemput datang lagi!

11 Comments on "MASAK LEMAK BUAH SETUL DAN UDANG"

  1. sedapnya kak, kecur airliur saya ni, makan dengan nasi panas-panas letak kicap manis emmm 😉

  2. tak pernah masak lemak pakai buah setul..selalu makan buat colek dan aiskrim.

  3. Saya pernah makan buah sentul, sedap. Yang dimasak lemak ini, tak pernah rasa lagi, nampak macam sedap jer. 🙂

  4. boleh buat masak lemak rupanya… teringin pula nak cuba.. mesti sedap nie.. tq for sharing.. 😀

  5. Tak pernah makan pulak sentul masak macam ni..biasa makan jeruk jer..

  6. penasaran seperti apa buahnya.

  7. Memang sedap masak lemak setul, tapi takleh lawan masak lemak kulit rambai 🙂

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


Follow Me